Friday, July 29, 2011

the love mood.

siapa yang sebarkan mood love ni hah?
baik ngaku!
love for the ukhwah.
love for the next step.ehe
love for the study.
semua lah nak love!
*okeyy tu gedik.

Alhamdulillah aku suka hidup semput-semput macam ni.

*mood bersyukur.better dari asyik mengeluhkan? Ehe.

Kau tahu hari ni je yang malam aku tak keluar bilik.

Ohh dah buat sujud syukur tadi.


Ahad-meting

Isnin-dinner

Selasa-program+meting

Rabu-FREE

Khamis-program

Jumaat-program

Sabtu-discussion assignment

Ahad-program

Isnin-program

Selasa-program


Suka sangatkan hidup semput-semput.hamek!

Hidup semput itu betul adalah satu pilihan.

Supaya mengorak langkah yang semakin jauh.


Aku kan mahu jauh.

Jauh lagi.

Jauh.


Dengki dengan johan yang dah mampu berlari jauh.ehe. congrats bro :P


I’m lack of feeling.

Ada satu masa kita tak tahu nak happy ke nak segan.

Ada satu masa kita tak tahu nak bersopan atau nak tahan tebal muka.

Ada masa kita tak tahu nak tunjuk hati berbunga riang atau tahan muka blushing.

Saat hadirnya cinta.hee


Dia segan.

Aku pun segan.

Apa nak jadi?

Aku kata dia hebat.

Dia kata aku hebat.

Aku segan dengan dia.

Dia segan dengan aku.


Walau fi eh musyawish enta fi huna.

*dan itu 'ammiy terabur.haha



Thursday, July 28, 2011

kisah satu dekad.

aku bukan jenis jiwang meremang bulu roma.
tapi tak bermakna aku tak punya rasa.

kisah 8 tahun.
pasti banyak yang akan dikhabarkan :)

fi eh kaman?
hihi.

"mak!"
"tadi mak nampak bayang dia"
"MAK!"

anak sulung memang manja ke? manja yang dirahsiakan.


aku lihat semuanya sama kecuali kau.
kau yang sentiasa berbeza dengan yang lainnya.
kau yang setia masih di situ walau apa pun menimpa.

oi.oi lusa test berlonggok.
offline cepat!

bekerja di jalan Allah itu banyak durinya.
pedih meraung itu normal.
kerana pastinya ada bahagia di penghujungnya.

yakini janji DIA.

Tuesday, July 26, 2011

the man who say good night.

i prefer to sleep after maghrib then i wake up around 11pm
and i don't sleep anymore.

mr.lee :)


it is not about how hard you fall but how hard you fight to stand up back.
-the irish rugby player.




by the tough heart

Sunday, July 24, 2011

kawin omputih.

"ko ni macam takkan kawin dengan orang melayu je. otak ko macam omputih. macam yang aku selalu baca dalam english novel"

"ko nak kata aku heartless la?"

"ko bukan heartless but something yang aku pun susah nak describe"

"ko ni ketagih the lion lady la"

=.=

dah lama nak berkongsi tentang ini.
mencari kata yang sesuai.
mencari masa yang sesuai.
ehe.

intelegensia.

people always expect more from me.

"awak tahu awak punya intellegence yang tinggi"

=.=

mengawal diri agar tahap intelengensia itu kekal tinggi.
menggagah hati.
mengekal prestasi yang tinggi.

mana aishah ismail yang dahulu hanya punya A dalam buku rekodnya?

semangat awal menghadapi final semester ini.
chaiyyok!
go bebeh.go!

Lancaster University Mac 1999.

pesan dia.
ya. dia yang ku cinta sampai mati.

"future awaits you ahead kak"

do it all out.
you can be more than you expected.

melihat bayang big ben.
impian awal ku saat kecil dahulu.

mac 1999.
Lancaster University, England.

"mak lang, nanti esyah nak datang belajar kat sini la.
nak bagi makan dove kat trafalgar square lagi.
nak lompat and baring atas tulip kat keukenhof lagi.
nak datang northen scotland lawat kak aida and abg shawn jumpa adam and decklon selalu"

memijak henyak segala yang lain.
ya. itu adalah aku yang dahulu.
yang memandang remeh untuk segala kecuali ini.

untuk berjaya, hebat dan cemerlang itu
perlu kepada tiga.
passion, hardworking, clever.

dan sungguh hardworking ku punya corak yang beralun.
dihempas badai perasaan.
dipukul ombak jiwa.
ya.itulah wanita.
kaya perasaan.

my heart grow bigger?
the brave heart. come on!

kisah yang mak excited sangat.

a few days back ada program apa entah.
dan emak saya pulang dan bersemangat waja untuk bercerita.

*mak saya memang teruja bercerita tiap kali balik dari program pengisian.
tapi kisah-kisah peribadi orang lain dia sangat benci.

on the phone.

"ha! yeke! awak tak tahu ke? kan dia tu memang macam tu"

datang tangan mak cubit.

ya.mak sangat tak suka gosip tah-apa-apa.

okeyy, kisah yang mak teruja sangat tu adalah

ada dua orang lelaki.
satu si nelayan dan satu si cikgu.
keduanya mahu ke seberang sungai.
si nelayan mahu pergi ke jeti seberang dan si cikgu mahu mengajar di seberang.
maka berangkatlah mereka menaiki sampan.

tiba-tiba.
kata si cikgu, "wahai nelayan, kamu pandai membaca?"
"saya tidak pandai membaca cikgu" jawap nelayan tadi.
"oh, maka kamu telah sebahagian dari hidupmu"

tanya si cikgu lagi, "kamu punya wang banyak?"
dengan rendah diri nelayan menjawap,
"saya cuma peroleh keping-keping wang syiling dan jarang sekali wang kertas"
"maka kamu telah hilang sebahagian lagi dari hidupmu" perlekeh si cikgu.

tiba-tiba di pertengahan sungai
sampan yang dinaiki mereka bocor dan dimasuki air.

nelayan bertanya, "cikgu pandai berenang?"
dengan penuh gelisah dia menjawap, "tidak saya tidak pandai berenang"
"oh maka kamu akan kehilangan seluruh hidupmu"

=.=

siapa pun kamu.
tiada yang sempurna atau yang lebih hebat.

kita hidup saling memerlukan bukan?

mengetuk genta rasa.

it's just a sharing dari hati yang berbunga riang :)





"apa kelemahannya sekiranya begitu?"

"kelemahan?"

"kelemahan yang dibumbui sufisme dan diwarnai sinkretisme ini?"

"dakwah dan kehadiran islam menerusi ahli tasawuf ini menyebabkan islam hanya tertumpu kepada hal-hal ubudiyah atau ibadat sahaja serta menyebabkan pengabaian banyak aspek lain. Maka pendakwah Islam kurang berjaya merubah pandangan hidup dan cara hidup masyarakat melayu tradisional kepada yang lebih murni yang dikehendaki Islam bukan hanya membawa agama atau hal-hal berkaitan ibadah sahaja tetapi juga unsur-unsur keduniaan bercorak politik, ekonomi, pendidikan, bahasa, seni dan sastera."

FT, Sebongkah Batu di Kuala Berang
PTS 2011

apa mereka pandang apa-apa yang islami itu kuno dan jumud?
apa kau tahu Rasulullah itu tokoh professionalisme?


make sense?

Saturday, July 23, 2011

honeymoon.

honeymoon ibadah :)
ramadhan datang lagi.

alhamdulillah.moga ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya.

mencari tenang.
menggapai aman.
bila kau yakin DIA bersamamu.

azam nak hide wall FB.
supaya takde orang ajak gosip selalu.ehe.

mid-sem break yang happening.
tidak merancang untuk banyak aktiviti.
banyaknya cuma di rumah.
aktiviti di rumah sebagai part-time house-wife yang pastinya.

seronok menaik aura ukhwah.
aura kegemilangan dari mereka.

"restoran ni memang macam kita punya kan"
>_<

gosip+update status sampai tiga jam.ape ke~
ish.ish.
then sambung bowling 3 jam lagi.ehe.
insyallah bermanfaat semuanya.
bukan omong kosong pastinya bukan?

all the best gurls :)
sayang antunna sampai mati.

yang dahulu jadi bahu setia mengelap air mata.
yang kini setia menahan mata menghadap skype.

even berjauhan kasih itu masih begitu dan terus bertambah.
"of course la, mana ada kawan that we can call sahabat except from there"

lot of love.

mini gathering batch 14 hira'

laling -medicine RAE
mia - law UIA
auni - marketing USIM
ili - health science UiTM
sakinah - medicine UiTM
kinah.z - B.Acc UiTM
sh.kinah - BENL UIA
amr - ACCA LSE London
jiah - A&D UiTM
hanan - G&D UniSel
hajar.n - A-level Taylor's

and can't wait for the so-called grand reunion.ehe

ma'ahad reunited 1st batch banat.

kak ira- medicine JUST Jordan
kak 'iffah - medicine Egypt
kak belle - medicine JUST Jordan
kak amer - dentistry JUST Hordan
kak keyma - medicine CUCMS
kak farhah - diniyah KUIS
kak amal - medicine UM
hajar.h - econs UIA
huda.mimi - engine UIA
jaja - medicine UiTM
ainur - engine UiTM
aiffah - engine UiTM
afifah - econs UIA
nafisah - dentistry Egypt
som - comp science UiTM
dzaty - diniyah Jordan

ma'ahad reunited adalah kawan sebantal sekatil lain selimut saya.
kawan himpit 17 orang pada dua double decker.
kawan fanatik harry potter.
kawan fanatik syuhada' palestin yang hebat+hensem+macho
kawan nangis meraung hafal quran sama-sama.
kawan fly lari dari sekolah sama-sama.
kawan panjat pokok jambu sama-sama.
kawan juara bertahan karnival for three years.ehe
kawan iktikaf ramadhan.
kawan BBQ depan pintu dorm.
kawan curi TV warden masuk dorm.

ah.semua!

sayang.cinta.kasih. RINDU.

okeyyy.full-stop

jatuh cinta lagi.

semacam datang petunjuk baru.
mula angau kerana dia.
mula tidak nyenyak kerana dia.

ape ke~
jam lima baru lelap.

dari buang masa baik hafal section and act of LAW.

dan FT datang lagi.
ohoooo~
suka tak terhingga!
and i'm really fall into andrea hirata.
kata-kata buat jiwa.
membisik rasa.
menyemai kasih.


buat sahabat yang membisik semangat.

"kawan-kawan awak semua buat medicine"
"tak mustahil satu hari nanti you'll come back to science field"
"i see the true you there"

semacam datang hidayah.

Friday, July 22, 2011

the full-stop.

banyak perkara lebih awla yang perlu diutamakan.







make it to the full-stop!

the love and adeq.


adeq, ingat tak tu?

saat pertama. dan yang pertamanya.
botol tu adeq tak ingat kot.



adeq, akak rindu laksa and cendol KK >_<

kasih dan cinta.

sejak dua menjak FT sunyi, saya pun rasa sunyi.
saya terasa kurang membaca which it should be my habit.
dan lalu saya kurang bercakap.
kecuali apabila perlu.
atau bila dipaksa.

"hah, cepat gitau!"
"ohh cani la kannn"

hape ni.hape ni.

dan lalu terjadilah perbualan yang penjang lebar.
siapa suruh paksa aku cakap. kan kena.ehe

ada masa ada perkara yang lebih baik dipendam.
biar dimamah hati sendiri.
dan peritnya terasa dengan juraian air mata.

penat dengan pelbagai andaian.
cukuplah aku serahkan segalanya pada DIA.



kasih dan cinta sampai mati.

Wednesday, July 20, 2011

untuk budak-budak comel :)

syahadatul haq.





copy of description of the short film :)


Kesimpulan dari short film ini adalah;
"Apakah peranan SAKSI?"
"What if saksi ambil tindakan untuk berdiam diri?"
Analogi: seperti short film di atas.
Kalau saksi2 itu berdiam diri shj, siapakah yg menenggakkan keadilan utk si victim itu? dan membiarkan shj si driver itu melepaskn diri..kalau begitu, bukan SAKSI namanya..

Tanggungjawab saksi bukan sahaja setakat berpeluk tubuh akan tetapi berani bergerak ke hadapan untuk memberitahu manusia apa yang sebenarnya yang mereka saksikan.


DAN!

Samalah dgn tanggungjawab KITA! Tanggungjawa ape? Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

wallhualam.."Agar dunia menjadi saksi,kelak tiada alasan diberi"

for the deep thinker (two)



focus on the point delivered.

for the deep thinker (one)




focus on the point delivered.

nangis sorok-sorok.

mereka yang buat aku tersenyum.

aku tahu hakikatnya kalian juga menangis.

"aku kalau bukak blog kau mesti nangis"
"erk.aku tak pernah tahu pun kau bukak belog akuh"
"aku bace senyap-senyap jerk"

dan hiduplah mereka yang sakit jiwanya dalam dunia mereka.
dunia yang sentiasa diharap hujan akan berhenti
dan hadirkan mentari dan pelangi.

woi kita nak jumpa kan? kan?

*sejak bila aku dah kembali berpuitis.ehe
bila pencinta FT bersatu.aha

jauh.jauh lagi!

mahu sembuh.
atau mahu pergi?

biar DIA tentukan :)

tiada yang dalam pengetahuan melainkan cuma DIA.


sakit weh!!

perlu pecut dan terus berlari.

"sejauh manakah aku mampu pergi tanpa perlu melihat ke belakang lagi?

credit to johan

terima kasih kerana terus mengetuk batang hidungku =.=



izinkan aku pergi jauh tuhan.
sejauh yang tak mampu aku lihat bayangan silam.

ayuh,berlari!

Tuesday, July 19, 2011

the three gurls.

adah.
pikah.
echah.

tak.tak. echa tak rindu korg pong! >_<
ada jgn nak bajet ganas sgt okehh.
echa lagi ganas taw! grrrr.

pika tengok dari jauh geleng-geleng

rindu nak kacau ada tido! :P

naik cuti jgn lupa ade rumet baru =.=

ehem.sopan sikit dik.

biar rasa itu tenggelam.

pijak.
henyak.

nah.hamek.
pakai headphone bass effect.
speaker 2,3 gabak pun sedap.




hape ganas-ganas tak comel nih.
=.=

untuk yang mahu bangkit.


ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

pasti kau hairan bagaimana selepas bertahun
aku tetap teguh, utuh, tak roboh, tekun, pegun
kau cipta aku untuk kau musnah di bila perlu
kau bina aku dengan tipu mimpi bohong palsumu

mungkin kau tak tau sepenuhnya yang aku ini
sebenarnya phoenix yang takkan pernah akan mati
ku sentiasa kembali
walau dibagi api
walau terhancur diri
tetap ku gagah berdiri

kalau kau fikir aku bodoh kerna mencintai
kau lebih bodoh kerana fikir aku akan pergi
lagi kau pedang aku
lagi kau pijak henyak sepak caci maki aku
lagi kebal rusukku

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati

aku masih bernafas dan aku takkan lemas
dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas
namun aku dibenci,dihina dan dimaki
ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti

ingin ku memberitahu kepada kau yang ku cintai
namun kau tak mengerti apa yang terpendam dalam hati
apa orang berkata akan ku tolak ke tepi
kerna engkau yang ku nanti dan ku terimpi-impi

my heart was hurt deep ya'll can listen to my heartbeat
the wound is getting deeper my blood is getting thicker
but i'm stronger than you, boo, you can't keep me away
my phoenix will be by my side you gotta step aside!

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

tak cukup buat aku mati
tak cukup buat aku mati

mungkin sebenarnya
ku mahu percaya
yang mungkin bila kau lihat ini semua akan kau celik mata

mungkin satu masa
setiap setia
dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya

everybody cursed me cuz i got no loyalty
it was you all along been cheating on me
you wanna fight fire with fire, come stab me with a knife
if that's what you want it come on give it a try!

you dead wrong if you think my phoenix gonna die
i'm still standing right here waving you good bye
all these years all the pain and the suffer i take
every breath you take you gonna regret when you're dead!!

ah~ha aku masih lagi bernafas
ah~ha aku masih tak duli kebas
ah~ha lihat aku yang tetap bangun kembali--
kakimu tak cukup buat aku mati

youth : the hope




it's so inspiring rite?

without the heroes.




the kids gang in our home :)

and when the pictures talk.


kedemaman setiba di tempat kejadian >_<


moving to the opposite island.
senyuman budak 4flat engine :)


the first non-stop 500 times star-jump.
rasa macam dah takde kaki =.=


tuan azrul!


berakit-rakit ke hulu. lembam-lebam tangan buat rakit sendiri.
kalau tak tenggelam la kat tengah laut nanti
it really depends on your skill




there's hira's kontijen :)


when it comes to it ends. excited nak balik!


the kolam udang


we're at the back


gane mu nak buat kalo lemeh.ehe


i'm in purple without the cap.ehe


go.go!



the canoe lesson by tuan azrul.

periuk sape tak cuci bersih ni. tak pasal semua kena.
guling macam kucing atas pasir and dapat scrub muka free =.=

the comander.

after the 5km cross-country

and the rest is history.
kursus komander 2006.
G7 lumut.

Sunday, July 17, 2011

kakak hot!

tadi jalan-jalan.
dapat seat dalam tren di tengah kesempitan sardin manusia.

tiba-tiba

"eh, akak!!"
"eh, aishah!!"
salam.peluk.cium.gosip!
*and the rest is history
the sahabiah from UM

then next, tadi masjid-hopping

someone datang tegur dengan senyuman :)
ohh sweetnya mereka.

kak damia
kak ayu
kak mas
kak hanis
kak adibah

meeting nice people will make you feel nice too ^.^

that's the awesomeness of ukhwah!

one week to go for the other hot girls :)

Friday, July 15, 2011

okeyy itu awesome!


Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Syeikh Jum'ah Amin
ziarah ke SM Islam Hira' Jeram Kuala Selangor
my former school :)

junior 1


junior 2
dah besar dah budak-budak ni :)



mualim soleh aka tuan soleh. pegawai komander KRS Musleh

mualim hadi :)
reminds me of mualim amin yang duduk saudi 24 years
sampai dah tak reti cakap melayu yet we do have a nice class with mualim amin :)
barakallahu fiik ya mu'alim!

ust. muhaimin :)
my favourite ustaz especially in seerah part
even we meet him in every thursday!
before the fast-breaking which is compulsory at our school

my mom is there too :)

after all side of performance in front
i choose this one.
i prefer the percussion part :)
rindu ber-komander.
sekarang dah sarjan.


rindu hira'
bumi tarbiyah.
tempat mengenal dunia.
menjana potensi menuju akhirat.
dan syurga dalam impian.

tarbiyah.
do explore for it.
and you will find the magic of life there.

dan terus berlalu pergi.

yeah.masa akan terus berlalu pergi.
diiring bayu dingin memori silam.
*ececeh :)

biarkan yang silam itu pergi.
usah ditangisi lagi.

tipu lah kau dah lupa.
aku baru nampak kau nangis semalam kan!

cis.kantoi.

memang lah. bukan boleh halau pun kenangan tak comel tu.
biar je.

faham?
biar je.


"life should be lived in its moments, and not quantifier by its passing seconds"


fokus apa yang berada di hadapan.

program ramadhan kelab.
program ramadhan kolej.
program ramadhan diri sendiri :)

assignment membuak-buak.
alhamdulillah lecturer semua cool-cool :)

sedang belajar self-control.
supaya tak menangis merata tempat.
supaya boleh sepak terajang rindu tah pape.
supaya jadi anti-body penyakit gedik malas.
supaya sedar banyak lagi impian kena capai.
supaya sedar dunia ni kejap je.
supaya sedar diri dalam perjalanan menuju syurga.
kerana mahu syurga!

semalam kenduri durian.
3 guni durian+pulut+santan.
RS,resident staff ajar makan pulut durian.
ustaz sebut "de-ghian"

"ust! cane nak makan ni?"
"kamu pi amek pulut tuh, dah tu letak santan tu banyak cam kuah,
makan dengan de-ghian buat macam ayam"

=.=

cepat! cepat! buat muka jerk.

bila dah makan boleh tahan laaaaa.
tapi rasanya makan durian begitu sahaja lebih menjilat jari.hehe
saya bukan hantu durian harap maklum.
makan biasa-biasa saja.
cukup tiga ulas semalam.
nak tidur malam pun macam ber-jogging tahu!

by the way, bila tenung title post ni lama-lama,
something come across my mind.

dan terus berlalu pergi.
kitaran hidup, the life learning process

baby - learn how to live the life - eat, walk, talk,
kids - learn how to see the life - read, count, manners
teenagers - start to define life
adulthood- that's life.

tapi hakikatnya ke mana kita?
kejar cita-cita?
mencari cinta?
cita-cita untuk dapat kerja bagus-dapat gaji masyuk
cinta? mencari pasangan hidup.
untuk menambah bilangan umat semata?
untuk menunaikan fitrah semata?

kalau dah dapat semua tu apa lagi?
terus meluaskan cita-cita dan yang kononnya cinta?

i dont think so.

so hakikat hidup itu apa?
di penghujungnya di mana kita?
apa boleh kumpul masa sebelum mati bersuka ria bersama harta dan berjimba dengan wanita.

apa yakin bila hujungnya tiba?

sesaat dua kemudian juga mungkin.



i want to share some inspiring yet awesome words :)

here from jeps :

Last week I had a revelation while talking to a toddler, about his future;

Me : Nanti dh besar, along nak jadi apa? [What do you want to be when you grow up?]

A : Along nak jadi macam abah along lah. [I want to be like my father.]

Me : Jadi cikgu ke? [Being a teacher?]

A : Tak lah, along nak jadi mcm abah. Jaga keluarga. [No, I want to like my father. Taking care of his family.]

When I was child, my answer would've range from the typical doctor, lawyer and policeman to the more adventurous space-cowboy. But never would my answer was to be a dad.

cool tak? :)


Thursday, July 14, 2011

i found my way!

Manusia harus berjaya.

Saat dia tahu sebenarnya dia hebat.


Manusia berkejar mengejar ilmu.

Menggapai kejayaan gemilang.


Dan dimana aku saat itu.


Harus kuat.

Harus tabah.


Yeah.bukan senang nak belajar.

Spending time alone at library is quite awesome.

Got no one to chit chatting or gossip with.


Yes. I found my way!


Praise HIM.

Praise HIM.

Praise HIM.


Belajar penuh focus is a great nikmat!


No facebook-ing.

No chit chatting.

No internet surfing.

No text messaging.

No phone calling.

-put the phone into exam mode and put it inside the pencil case.


My silent mode is still vibrating and beeping!

Annoyed!


Turn on mr.lappy

Just for work and study.

Otherwise, only jotting down some words.

Like I’m doing right now.hehe


Lusa dah nak balik SA!

Cepat sorak jerit pekik!

Tapi banyak kerja nak buat =.=


Monday, July 11, 2011

yosh. move!

satu entry bosan.
again.
tak sabar nak balik rumah.
banyak assignment nak buat.

assignment yang tiba-tiba nampak macam seronok nak buat.
hari ni nampak semua orang berseri-seri.
masuk kelas kena puji.
masuk admin kena puji.
masuk ofis kolej kena puji.

nak bagi duit syiling habis.haha

sungguh bila dipuji
katakanlah.
alhamdulillah Allah maha bijaksana menyembunyikan keburukan diriku.
hingga mereka nampak yang baik-baik saja.

ya rabb.jadikanlah diriku lebih baik dari yang disangka.









i hate when i miss you.

benci.
tahu?!


hape ni.
abaikan.


Sunday, July 10, 2011

phoenix bangkit.

m.nasir dah cakap.
fynn jamal cakap lagi.

siapa kata dah jatuh tak boleh bangun?

islam teach us to be strong.

in-tansurullaha yansurkum

ah-ha~ lihat aku yang tetap bangun kembali.
kakimu tak cukup kuat buat aku mati.

ah-ha~

budak comel the weekenders.

Alhamdulillah.

Praise to HIM.

Baru selesai program katibah dengan budak-budak comel

Termasuk saya ketua budak comel.haha

Katibah is a program tidur-tidur, lepak santai gitu then bangun qiam sama-sama.

Comel kan? Hehe.


Start lepas maghrib then ta’aruf sikit.

Followed by isya’ berjemaah and dengar ketua budak comel membebel bermanfaat insyallah.

Then main game! Ulalalalala~

Around 11pm dah free, boleh buat apa suka,

Assignment ke, discussion ke, tidur terus ke.

In the morning around 5am budak-budak comel bangun qiam berjemaah.

Lepas subuh berjemaah ada ma’thurat sikit then reminder 2 minit.

Then dah boleh balik.

Kadang-kadang naik basikal pagi-pagi.

Terasa diri sangat comel.haha

It’s just something simple yet meaningful.

Lepas seminggu yang macam sardine penyek orang.

Having sometime gedik macam budak kecik.

Merengek depan DIA yang maha kuasa.

What a beautiful distraction.

Kan? Kan? :P


p/s : tengok budak comel lain semangat buat assignment, terasa semangat jugak. Yeah!


Dah balik bilik.

Bukak lappy.

Katup telinga dengan headphone gabak.

Layan assignment.ulalalalala~


Current song :


hamza namira - “insan”

* I wish tajuk dia bukan insan.ada orang perasan kembang masuk bakul dah la berat.haha. ana dah layan hamza namira sejak ehlam ma’aya lagi okehh.bukan sebab insan tu je.haha


Amer munawer -Seluruh mahabbah

*cool gila boleh takkk.

Saturday, July 9, 2011

sambungan 18SG.

jom la sambung cerita.haha

then kitorg pun jalan la bawah ular yang tgh bergayut terjuntai kat pokok tu.
at last lepas la dari ular tu.
alhamdulillah.

then macam-macam la kitorg jumpa.
lubuk pacat and lintah :)

pesan saya pada member,
jangan duk belek-belek badan korg time trekking ni.
gatal ke apa, rasa pelik ke ape biar je dulu.
kau nak belek nanti jumpa benda pelik-pelik kang berjoget kat tengah hutan ni
bukan boleh buat apa.
nak belek nanti dah sampai toilet ke camp site ke.

*tahukah anda kalau pacat atau lintah tak puas hisap darah kita
dia akan meninggalkan kesan luka yang tidak berhenti darah mengalir.
dan parut yang sangat gatal hingga berbulan-bulan.

so kitorg pun teruskan perjalanan hingga ke muara sungai.
sampai tepi pantai.
laluan ke teluk camp site kami kena rentas laut or redah hutan balik.
nak jadi kisah kami pilih jalan laut.
memang hebat kami semua nak berenang kann.
ada la sorg dua yang berjaya berenang.
yang selebihnya termasuk saya,
pegang tangan ramai-ramai masuk dalam air.

sekali ombak datang.
dush.
semua tenggelam.
nak timbul balik orang kiri kanan saling tarik-tarik.
a'ah memang best gila telan air laut banyak-banyak sampai kenyang.
sampai muntah-muntah.

at last kami yang dari golongan tinggi lampai *dulu jela* berjaya timbul.
tinggal la seorang kawan kitorg yang tak berjaya mendarat lagi.
lantaran ketidakcukupan tingginya.huhu

kami yang lain tercungap-cungap di tepi batu-batu.
muntah mengeluarkan segala air masin yang masuk ke anak tekak.
semua orang dah tak mampu nak tolong kawan kecik kami tu.

at last datang la sorg hero.
menghulur bantuan.
dia hulur batang kayu entah celah mana dia jumpa.
hulur kat si kecik then dia capai then tarik sampai tebing.

berjayalah dia mendarat.
alhamdulillah.

belum lagi kisah yang jatuh gaung patah gigi.
memang tragis gila.

haihhh.anak sapa la ni main ganas sangat ni.
tak rupa anak perempuan dah gamaknya.

solat tengah hutan dengan air wuduk satu group satu botol.
tidur malam dengan full uniform.
solat tepi pantai tanpa alas.
rasa gila kepentingan solat tu walau di mana jua.

redah selut paras dagu.
lompat bintang 1000kali.
kena rendam dalam kolam udang.

badan dah tough gila kot.
tapi masih maintain ayu and comel selalu.hehe

anyway, pengalaman banyak bagi pengajaran kat kita.
how to work in a group.
build your leadership.
overcome the fear.
build your confident.
how to deliver the task.
how to differ the priority.
most important, how to be creative and be independent.
banyak lagi la kann.

camping bukan cikai-cikai weh.
siap ada task jaga barang amanah tu biasala kan.
telur mentah la, daun la, biskut hup seng la.
yang mencabar, kena bangun qiamulail.
kena hafal satu surah.
yang ingat sepanjang camping surah yang kena hafal,
al-fath, al-hujurat, as-soff, and lain-lain.
for your information semua aktiviti ganas-ganas ni,
our uniform are tudung labuh, tshirt labuh.
smart je semua orang.nanti upload pic eh.
cool huh?

they teach us how to bring your iman every where you go.
bukan letak iman dalam masjid atau tinggal kat sejadah je.

and sekarang paling penting macam mana nak istiqamah dengan semua ni?
hurm.
tahan lasak dan kuat iman!


kisah ganas. 18SG

Warming up the brain.ulalala.

Jom review kisah zaman otai-otai dulu.


Saya mula join aktiviti lasak secara serius adalah pada darjah4.

Semua pelajar tahap dua akan ada camping 10 kali setahun.

Which are 9 kali di padang sekolah and lagi satu camping tahunan.

Camping tahunan, darjah4 di hutan and

batch saya dapat di taman pertanian bukit cherakah sh.alam

Darjah 5 di sungai tua.

Darjah 6 di pulau pangkor.

Form 1 kat padang sekolah tapi explorace satu Bandar kuala Selangor, yang dia bagi duit tambang untuk pergi je tambang balik kena cari duit sendiri kat Bandar tu, tolong jual goring pisang, tolong cuci pinggan.

Form2 kat hutan rimba komanwel rawang yang ada main game perang-perang kul 2pagi!

Cikgu kejut senyap-senyap memang bajet cam musuh real datang. Lawan pakai belon air and plastic ada isi tepung and air *mixture of nak buat cekodok

Form 3 kat sawit estate tapi ada sembelih ayam

Form 4 kat hutan dusun apa tah tapi kena sembelih kambing.

Form 4 skola baru kat sungkai, takde pape sangat tapi ada flying fox yang macam nak bunuh diri

Form 5 dah jadi wanita sejati >_<

Lepas SPM join kem sebulan yang 2 kali seminggu masuk hutan mandi lumpur selut segala bagai.


Semua camping ni pakai khemah A frame yang canvas biru oren tu.

Memang dah pakar ketuk pancang yang besar lengan tu.

Tegak tiang khemah.

Segala jenis masakan camping hutan-hutan ni dah pro dah.

Masak pakai kayu api okeyy.bukan gas.

Sampai ada sekali camping komander,

Kitorang dah tak masak dah makanan-makanan hutan ni.

Guess what kitorang masak breakfast pancake.

Nasi lemak.

Air sirap limau.

Tak main dah brahim, sardine bagai.

Time kem komander datang visit dia surprise gila tengok kitorg.hehe


Pernah time jambori bila entah. Yang kat gunung belumut johor tak silap.

Kitorg ada dodol and kuih raya.

Serius tak bleh bla.haha


And rasanya kisah paling tragis sepanjang camping ni time camping darjah 6 and camping kursus komander.

Camping darjah 6 kat teluk segadas pangkor.

Before sampai camp site dah kena trekking dulu.

Rupanya camp site tu navy punya.

Takde toilet. Just ada sungai and laut je.

Pandai-pandai la korek tanah sendiri kat celah-celah semak kalau nak membuang tu.huhu


Best sangat!

Trekking dia paling tak boleh bla.

Nak jadi kisah kitorg tengah mendaki bukit beramai-ramai time tu.

Kalau dah kat area bukit mana boleh nak gather ramai orang in one time.

So the first two group which are mine kena move forward.

Tengok-tengok belakang dah takde orang.

Memang hebat aku merentas hutan ni kannn.

Dengan group tu takde cikgu.

Satu lagi group laki yang bajet poyo tak nak gerak dengan kitorg.

Actly memang derg saingan kitorg.


So tinggal la 11 orang gadis comel kesesatan dalam hutan.

Semua pun bajet berani nak redah hutan sendiri.

Eceh. Lepas discuss nak wat decision cane,

Kirorg decide utk cari sungai then nanti jumpa la muara sungai so boleh la

Jalan di pesisir pantai sampai jumpa camp site.


Jalan punya jalan.

Mula-mula saya berada di depan bajet cam renjer hutan la konon.

Tebas hutan and buat laluan utk bdk group.

Dah tengah-tengah jalan, saya kena jaga belakang sebab ada sorg member ni lemah sikit

Kena banyak tolong dia.

Then jalan lagi.


Tiba-tiba ada satu part ni semua orang jalan itik.

Saya pun curious kenapa semua jalan itik

And bergerak takde bunyi langsung!

Guess what, atas kepala kitorg ada ular!

Ular besar lengan ada kot.

Time tu jantung dah hilang kot.

Takde nak nervous lagi dah.

Dah memang jantung dah gugur time tu.


dah la to be continue~

haha.malas nak type panjang sgt kisah.ngee

cukup.

cukup aku tahu yang buat baik itu dibalas baik.
cukup aku tahu mencintai DIA adalah segalanya.

DIA tahu apa rahsia hati dan segala kisah.
segala.

merintih kekuatan, ketabahan.
kala hati lupa kasih dan cinta DIA yang maha agung.

hari ni dapat usrah-mate baru!

kak hana from france.
kak ain from republic of czech
kak atam from russia.

:)

see the world from the different side of view.
dan kau akan tahu DIA hebat.
terlalu hebat.
maha hebat.
hanya DIA hebat.

membina cinta hanya untuk DIA.

suke.suke.suke!




Friday, July 8, 2011

dalam bayangan.

dulu saya ada junior yang sangat taksub.
bukan nak perasan sangat.
tapi tu memang habit dia dengan orang-orang ada ciri seperti saya.

and i used to call her as "CCTV"
*jahatkan?
sorry but i'm not the one yang kau boleh nak menggedik selalu.
saya akan berusaha lari sejauh mungkin dari dia.
hee.sori dik.

and one day i told her,

adik, memang betul kita perlu cari contoh yang baik untuk kita ikut.
tapi bukan duplicate her 100%
tak perlu tiru brand tudung,gaya tudung, brand pencil case.
ape jadah benda kecik-kecik semua tu.
and tak perlu jadikan diri awak sebijik sejibut cam diri dia.
tak perlu nak intai every single step yang orang tu buat.

just be yourself.
be yourself sayang.
ambil apa yang baik and serapkan dalam diri.
bukan menjadikan diri macam kembar dia.

even you put the same name.
even you train the same experience as her.

sungguh hargailah setiap kewujudan.
mereka punya keistimewaan tersendiri.
just improve your potential.
improve your iman.
improve your taqwa.

dulu masa zaman kecik-kecik ada jugak obses dengan kakak senior.
biasalah hidup asrama ni kan.
tapi saya tak rasa saya obses sangat.
cukup untuk tahu apa yang menjadikan kakak ni hebat.
belajar untuk jadi hebat seperti dia.
bukan dengan menjadi diri dia.

berhenti hidup dalam bayangan.


 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords