Sunday, March 25, 2012

mahu itu mahu ini.

Seronok berangan hari ini dengan 'baby zahidah'.
Cuma.
Hurm.

Bermimpilah kamu, cuma seberapa besar kamu untuk mimpi itu?

ilmu dan air laut

"I never see anybody as more religious or more clever than anybody else"

Setiap dari kita punya keistimewaan dan kekurangan masing-masing.
Jangan mudah mendongak ke langit membongkak diri.
Ikutlah resmi padi yang makin tunduk ke bumi.

"Yesterday i was clever so i wanted to changed the world, today i am wise so i am changing myself"

Jangan sesekali berhenti menuntut ilmu.
Ilmu itu ibarat air laut.
Makin diminum makin didahagakan.

" Katakanlah Muhammad, seandainya lautan menjadi tinta (dakwat) untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai penulisan kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu lagi" - Kahfi :108

Tuntutlah ilmu daripada ahlinya.

Mungkin bermula dengan hadir ke ceramah-ceramah umum.
Mungkin bermula dengan menonton video-video di Youtube.

Teruskan dengan merujuk sumber-sumber yang diperoleh.

Jika ada ayat-ayat Quran atau Hadith yang diungkapkan dalam ceramah atau video tersebut, balik rumah buka Quran, direnung kembali. Lebih seronok dibuka tafsir ayat-ayat berkenaan. Bukan setakat dibaca terjemahan tapi rujuklah kitab tafsir muktabar seperti Tafsir Fi Zilail dan Tafsir Ibnu Kathir. Turut dibaca bahan-bahan lain yang berkaitan.

Disusuli dengan merujuk kepada mereka yang pakar. Kalau bermula dengan kuliyah Ust Azhar Idrus. Mungkin boleh disusuli dengan mendengar dan membaca kitab-kitab yang disokong dengan nas yang sohih.


Wallahu 'alam.




Bridget Misi Jaga Hati

Jika ingin cepat berjalanlah sendirian.
Jika ingin jauh berjalanlah berkawan.
Jika ingin sampai tujulah Allah bersama para orang yang beriman.

via salimafillah

Jatuh bangun gedebuk gedebak.
Aku juga manusia biasa.
Siapa sahaja yang bisa menerima aku seadanya.
Ada yang terus menengking herdik hina.

Tapi tak mengapa.

Masih ada yang sudi memimpin tangan ini.
Berjanji mahu berpimpin tangan ke syurga
Berjanji mahu menarik andai tersilap langkah ke neraka.

http://bridgetmisijagahati.tumblr.com/


Friday, March 23, 2012

dengki

Ukhwah itu harta paling berharga saya. Semalam bila dibaca sebuah novel, sampai di plot kematian sahabat baiknya. Berjurai air mata keluar.

Malam tadi 11.50 ada call masuk. Bukan nombor malaysia. voip mungkin

"Assalamualaikum"

"Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh"

Jeda sebentar.

Tiba-tiba.

"Laling!!", dua-dua menjerit ceria dan terburai ketawa girang.

Bermula 'update status' dengan nada serius tapi diselangi 'gelak sopan'.

"Laling, nak 'taujihat' sikit"

"Hurm acane eh. It's just we're moving to the another step so mestilah persediaanya berbeza. Dia bukan hanya persiapan untuk sehari tapi persiapan untuk satu tempoh fasa hidup. Fasa yang pasti berbeza dengan fasa yang kita lalui sekarang. Berbeza dari pelbagai aspek yang jelas"

Boleh pula dibalas, "hekhek dah besar kan kita?"

Hikayat kami bermula di bumi itu. Dicanai, dibentuk, dibelai dengan tarbiyah. Siapa sangka alam bahagia itu hanya sebentar. Hari ini semua terpisah jauh. Biar terpisah jauh sekali pun. Biar berapa lama terpisah ukhwah itu tak pernah pudar malah terus membara dalam rindu yang bertaut dalam doa kami.

Hari ini dilihat semakin banyak pembinaan akhawat. Program-program pembinaan jiwa semakin banyak. Alhamdulillah. Timbul rasa rindu pada sahabat-sahabat tercinta.

Hakikatnya kami sudah 'direkrutkan'. Kini sudah tiba masa 'dihantar bertugas'. Sudah tamat masa 'bermanja'.

Jangan mengeluh.
Bukan tak boleh menjerit girang dalam skype, ym, segala kan.

"Anything just let me know echot. Text je. I'll reply"

Okay terharu.

Dakwah nabi nuh itu 1000 tahun kurang 50.
950 tahun.

Jeda.






Wednesday, March 21, 2012

kulit saya hebat

Bila semalam naqibah berkhabar-khabar tentang syurga. Berkisah-kisah tentang akhirat. Terasa sedu dalam hati. Ditambah dengan hidung yang sedang sedia sumbat, suara serak sengau. Aura 'gloomy' itu rasa terlebih pula. Musim exam yang membentuk situasi paling selekeh. Berkabung dalam selimut dari pagi hingga petang. Ubat-ubatan setia di samping. Exam punya pasal apa pun boleh janji study. Rasa mahu menjerit hingga hilang suara.

"Akak, rasa macam nak pergi zoo la"

"Nape?"

"Entah, rindu mungkin atau bosan dan letih dengan manusia"

I just want to see the nature

Melihat mereka berzikir buat aku malu sendiri.
Melihat hebat petanda Tuhan maha kuasa ini.

Membentuk muhasabah diri mungkin.

Teringat plan ke Singapore yang tertangguh-tangguh. Celah mana la nak cari masa. Program-program yang sentiasa berebut waktu cuti.

"Kat sini kan banyak nature jugak. Siap hutan belantara lagi"

"Alaaa nak yang cantik-cantik, yang comel-comel"

Mengada betul.

Menjerit dalam hati. Tertekan sendiri. Bergesa ke tandas cuci muka. Basah. Ada kesan merah tanda demam belum kebah. Eh, merah. Ada darah la kan dalam badan ni. Wah!

Seterusnya aku jumpakan kisah ini

Kisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam


”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)

Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.

Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.

Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.

Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.

Apabila ditanya tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan bahan kajian.

Ia kemudian menerima cadangan para ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore, seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada.

Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran.

Tejasen tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang kulit).

Dalam tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis, terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.

Penemuan moden di bidang anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi.

Saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan sakit. Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent pengatur sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.

Makalah itu tidak saja menunjukkan kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu anatomi, namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran.

Ayat 56 surah An-Nisa ‘mengatakan bahawa Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar mereka merasakan pedihnya azab Allah.

Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta perubatan ini?”

Sebelum berjaya mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para ilmuan Muslim yang mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpunca dari manusia?”

Ketua Jurusan Anatomi Universiti Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya, “Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”

Mereka memberitahu Tejasen bahawa Tuhan itu adalah Allah, yang membuat Tejasen semakin ingin tahu. “Lalu, siapakah Allah itu?” soalnya.

Dari para ilmuan Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang Allah, Sang Pencipta yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.

Profesor yang pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu.

Maklumat yang dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan lima mahasiswanya.

Hingga akhirnya, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan ilmu perubatan.

Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam.

Di akhir persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran Islam.

“Segala yang terakam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta, “katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.


Subhanallah.

Dalam kita berduka dan terasa segalanya gelap, segalanya buruk dan hodoh sebenarnya banyak lagi keindahan dan kegembiraan lain yang kita tak nampak kan?

izzah namanya

Aku mencari di mana kuatnya aku dahulu.
Menyelongkar diari lama.
Mengintai catatan silam

Di mana kamu diriku?

Bila mak sering ungkapkan,

"You should have something in your mind. Create your own project"

Yes. Project!

Aku bukanlah manusia yang peduli tentang kecantikan fizikal.
Bukan juga manusia yang peduli tentang siapa yang pakar.

Soal fizikal dan material jarang mendapat perhatian aku.
Bagi aku erti hidup itu lebih dari itu.

Aku mahu 'memberi'.
Tapi pada siapa?
Aku mahu berjasa.
Tapi pada siapa?

Jasa dan beri dalam kerangka yang strategik dan efektif.
Aku mencari itu.
Ligat otak berfikir.

Alhamdulillah semalam aku jumpakan sesuatu.
Sesuatu dalam butir bicara teman-teman.

Maka jelas tidak Allah hadirkan sesuatu melainkan dengan hikmah dan pengajaran dan beruntunglah mereka yang berfikir.



dia yang bernama pagi

Ini kisah semalam.

Pagi itu satu entiti.
Birunya dia.
Hijaunya dia.
Unggunya dia.
Putihnya dia.

Masing-masing punya makna tersendiri untuk direnungi.
Melihat sang mentari naik ke langit.
Menyinar seluruh pelosok bumi.

Ada dihiasi burung berkicau riang.
Angin lembut membuai jiwa.

Subhanallah hebatnya Pencipta ini.
Hebat sangat ya Allah.
Wallahi hebat tak tipu.
Serius.

Pagi itu sengaja aku bangun awal dari biasa. Aku buka tingkap seluasnya. Terasa aura spektrum warna pagi meresap dalam diri. Dalam kepekatan oksigen dinihari. Aku rasakan tenang yang damai.

Itu tenang yang aku tagihkan.
Ketagih!

Aku impikan bermunajat di bawah langit. Berlantaikan padang luas. Terasa embun lembut menyapa pipi. Teringat pada solat berjemaah menghadap pantai tahun 2003 dulu. Pasti lebih indah solat subuh di tepi pantai. Berderu ombak berlari memukul pantai. Bertasbih memuji memuja nama Allah sambil terbit mentari di hujung ufuk.

Subhanallah.
Subhanallah.
Subhanallah.





Monday, March 19, 2012

wasiat cinta

Tak habis-habis dengan cinta. T.T
Tapi ini kisah semalam yang buat berjurai air mata.
Lalu izinkan aku coret di sini supaya jadi peringatan buat diri sendiri.

"Hurm sedih la jugak sebenarnya tapi pulanglah kepada Allah.
Pemilik segala hati dan cinta.
Fahami erti cinta hakiki.
Cinta hakiki yang membawa ke syurga.
Cinta ini tidak bermakna untuk memiliki kan?
Kalau bukan jodoh di dunia, berdoalah bertemu di syurga.
Bukankah itu lebih indah dan abadi?
Dengan syarat dia turut sama  berjuang menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini"

Dalam 'wasiat' yang lain.

"Peliharalah amal ibadah,
jangan tinggal qiamulail,
solat lima waktu berjemaah dan di awal waktu,
amalan sunat, dhuha, qabliyah ba'diyah,
zikir at least zikir fatimah ,
target istighfar 100x sehari, puasa sunat,
usahakan untuk menghafal ayat quran.
Insya Allah moga Allah mudahkan. Allahu yusahhil"


Pagi ini tangan rajin menggodek folder nasyid zaman tok kaduk.
Jumpa lagu raihan.

"Dunia ini negara bala, dunia ini negara ujian,
Orang kecil orang besar,
Orang miskin orang kaya,
Yang tua yang muda,
Yang kuat yang lemah,
TAK TERKECUALI SEMUANYA

Tetap diuji atas kehendak-Nya

Hanya beriman dan bertaqwa dapat melepasinya
Untuk menuju ke akhirat sana,
Negara asal kekal selamanya
HIDUP DI DUNIA TAK SEMUDAH DISANGKA"


Jeda. Terduduk sendiri.


Moga terlindung dari bisikan syaitan dan hawa nafsu yang menyesatkan.
Moga terus berasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah.

Friday, March 16, 2012

sedu sendiri

"Echot, you have ukhwah, iman, quran in your heart, ada Allah, masih punya masa, masih miliki kehidupan, selagi itu awak tak layak untuk berputus asa"

Aku sedu sendiri bila dimuntahkan kata-kata itu. Jazakillah Mia.

Berteleku berfikir. Zikir Fatimah aku alunkan. Moga tenanglah hati ini biarpun sering aku nafikan gundah yang melanda. Itu cuma sekeping perasaan hamba yang hina. Biar aku korbankan segalanya bila ada prioriti yang lebih penting dalam hidup.

Hatiku selembar daun melayang jatuh di rumput;
nanti dulu, biarkan aku sejenak terbaring di sini;
ada yang masih ingin kupandang, yang selama ini senantiasa luput;
sesaat adalah abadi sebelum kausapu tamanmu setiap pagi."

sumber : http://tidakbest.blogspot.com/

Sebelum segalanya berlalu pergi. Aku berkejar mengutip mutiara berharga biar ada tangis berjurai yang aku abaikan.

"Haip! Haip! Apa nak keluar berjurai waktu-waktu begini"

Aku jerit sekali pun dia terus mengalir laju. Aku impikan alat penghenti air mata agar tiada sisa kemerahan di mata dan pipi juga melecet hidung.

Mereka ada yang datang dan kemudian pasti pergi kembali. Itu adat. Hakikat yang perlu aku terima.

Dalam aku sedu sendiri masa terus berlalu. Maka aku perlu bangkit pantas meredah arus waktu. Aku abaikan lagi air mata yang mengalir laju. Maafkan aku air mata. Aku tak punya banyak waktu. Ayuh, hentikan tangisanmu.

"Kenapa sedih mi?"

Sedih yang aku sendiri gagal tafsirkan. Moga terurai segala yang terbungkam. Hidup ini tak pernah mudah kan?

"Siapa yang cakap hidup senang?"

Aku terduduk lagi. Betul

Ah. Mahu saja aku tamatkan di sini tapi aku benci melihat sedih yang membelenggu jiwa.

"Baby besar! Mana stokin belang-belang unggu dan tudung polka dot?"

Ada riang dalam suara itu. Aku tahu mereka tak suka aku berduka. Bahkan kini aku lebih mengerti mana permata dan mana kaca. Mana kawan ikut senang mana sahabat setia bersama berjuang. Dalam diam aku senyum sendiri. Insya Allah moga dibantu Allah.

Ah. Aku gagal wujudkan sirna dalam kelam jiwa ini!


Sunday, March 11, 2012

the mirror infront me

Ini la masalah bila dah melekat pada laptop. Computerise Accounting will be the first paper. So nak tak nak memang menghadap juga laptop ni.

Sokay nak gedik sikit. Sikit je!

Tau tak nak berjaya ni kena usaha. Usaha tu kena berkorban. Tak ada orang dapat kejayaan free and senang-senang je. It's a package!

:Lagi best dalam setiap langkah kita kan Allah ada bersama. Atotototo ini sweet! So bila kita diuji sikit mesti kita lagi banyak mengadu kat dia.

Instead of,

"Omak....nak balik umah...namau jawap examm"

Better banyakkan berdialog dengan hati sendiri or kurang-kurang cakap depan cermin.
Paling penting banyak ingat Allah dalam setiap langkah dan detik.

Best sangat kalau boleh duduk sentiasa dengan orang yang kita sayang. Tapi kan lagi best Allah yang teman kita setiap masa.

"ya Allah, teman itew tau nak study ni. Nak pinjam kekuatan sikit nak menghadap a few paper ni. Pleasee.."

Eh sesuka hatimu je nak gedik gedik gitu. Well, His everything to me!

Ok bai sambung menggedik dengan buku.


Friday, March 9, 2012

exam mode

Empat hari.
Segamat-KL-Putrajaya-Banting-Shah Alam-Kuantan-Segamat

I
Balik la rumah dulu. Semua orang rindu ni. *nangis*

II
Abah rindu esyah masak kat rumah. *nangis*

III
Kenapa cuti sekejap sangat? Siapa nak ajar nenek pakai handphone nanti?

IV
Nanti teman mak pergi UM, petang ni teman mak shopping and cari mp3 untuk Iman, malam ni teman mak pergi ceramah Syeikh Imran Nazar Hossein,


Terasa ada aura baru yang menyelubungi hidup. Nak kata sibuk sangat tak juga. Selalu je gayut dengan mak gosip-gosip. Selalu juga facebook-ing dengan maklang and sepupu sepapat semua. Balik rumah pun mak macam tak nak berenggang. Tapi seronok je berkejar sana sini dengan mak. Sempat masak every meal hour untuk family. Masak breakfast sambil kemas rumah sambil 'jamming' dengan adik. Sempat ajar adik essay bahasa arab untuk exam dia. Sempat masak lunch sebelum ikut mak. Sempat masak dinner special untuk abah. Sempat habis baca tiga buku.

Text message time shopping dengan mak.

"esyah, abah suruh masak dinner"
"okay, defrost daging and peal kulit carrot and garlic"

Entah. Laju je datang idea nak masak apa. Balik rumah terus letak barang shopping buka tudung and terus masuk dapur. Elok-elok sebelum azan maghrib settle semua. Lepas maghrib abah balik dari surau dia makan penuh semangat.

Alhamdulillah.

Bila masuk exam mode maka segala yang berkaitan dengan internet jadi dormant kejap even winter dah habis. Jadi harap maklum bila blog jadi berhabuk. Malang sekali bila masuk spring rama-rama mula terbang riang. Rama-rama yang perlu didisiplinkan! *rama-rama jiwa*

Suatu ketika pernah Ust.Hasrizal Jamil tweet,

"Jika seorang isteri hendak berpuasa perlu meminta izin suaminya,
dan jika seorang suami hendak tidur di waktu kerja perlu minta izin isterinya"

Betul la kan?

Tugas isteri utama isteri adalah melayan suami dan tugas utama suami adalah mencari nafkah.

Bila fikir balik, tugas aku menjaga tubuh badan sihat sejahtera. Sepatutnya rasa bersalah bila dah lama tak jogging, sepatutnya rasa bersalah bila makan junkfood, sepatutnya rasa bersalah bila tak cukup minum air, sepatutnya rasa bersalah bila tak gosok gigi sebelum tidur.

Tugas sebagai anak. Sepatutnya rasa bersalah bila malas study, sepatutnya rasa bersalah bila sesuka hati tidur sepanjang hari di kampus, sepatutnya rasa bersalah bila sepanjang hari berjimba sakan.

Sila rasa bersalah online lama-lama tapi study tak habis cover lagi!


ps : ada aura wanita matang kan? fuyohh dah tak gedik! >.<


Friday, March 2, 2012




i wonder why i miss them badly

"dear my daughter, you're my big girl kan"

#np : kembali bersatu (lagu tema maahad reborn)
        lagu ini hari ini ( sound track video maahad reborn)


aku rindu kamu

kau yang heret aku di kala aku bermalas-malasan belajar
kau yang bacakan buku di kala aku demam lemah tak berdaya
kau yang usap rambut aku dengan kain basah bila demam tak kebah
kau yang suapkan aku bila aku tak punya kudrat
kau yang paksa aku peluk kau bila airmata ego nak keluar
kau yang layan gedik mengada aku
kau yang layan aku melepas geram
kau yang layan segala kisah cerita yang aku bebelkan
kau yang tegur aku spontan bila aku tersasar
kau yang kejut aku berjemaah solat
kau yang gerak aku untuk tahajud
kau yang tolong mendengar hafazan quran aku
kau yang ingatkan aku bila aku leka

ya ini permata-permata kesayangan aku.
permata yang berjanji saling berpimpin ke syurga.

ya Allah aku merayu tolong jangan kau tarik nikmat yang satu ini.
ya Allah izinkan cinta ini hingga ke syurga
aku cinta kamu teman.
cinta kerana Allah semata.


doakan aku di sini teman.

Thursday, March 1, 2012

Booster

Final exam is just around the corner. Well yeah, kupu-kupu dah mula menari-nari gelisah dalam perut. Ouch. Ouch! There's a list of work to be done. Tones of works to do and absolutely need a great mujahadah too!

Rabbuna yuqawwiy ya Allah.

In two weeks time I've put some plan for the final exam. The second last week, spend time and 'berjimba' bersama sahabat-sahabat girang. We've got inspired by the Native Deen : My Faith My Voice Malaysia Showcase here in Cultural Activity Center, IIUM. It was like a 'wow'! Met up some great people. Berpeluk cium, bergosip riang, bertanya khabar di sana sini, update hikayat hidup masing-masing, melayan marble cheese cake and chocolate indulgence comot-comot :D








Subhanallah, it was just an awesome weekend! Thanks Allah for blessing me these great and beautiful friends!

Juga mahu pulang ke kampung halaman yang tak berapa nak kampung dah. Rindu nenek and segalanya di situ. Mahu melayan nafsu perut sebelum berjimba dengan buku-buku boleh?

The awesome gulai tempoyak ikan patin and mango cheese cake.
Oh Allah, kenapa sedap sangat dua benda ni?

Hey sweetie, maka nikmatkah yang kamu dustakan? After all this while, susah nak deny kan semua nikmat ni? This remind me back once in a tafseer's class, the verse from Ali Imran 164 ;

"....yang membaca kepadanya ayat-ayat-Nya..."

Let's discuss about the tafseer of 'membaca' or here dia cakap 'yatlu' or sebenarnya boleh derived as tilawah. What is tilawah then?

Tilawah can be defined in two ways, which is by qauliyah or by kauniyah.

Qauliyah is by word. Oh tilawah is membaca. Macam orang baca quran dalam TV tula kan. Tilawah quran time ramadhan and so on.

While tilawah by kauniyah is membaca ayat-ayat or the sign of Creator around us. Tilawah yang boleh berlaku dalam bentuk melihat, mendengar, menghayati or anything such.

Maka, bergosip riang yang mengandungi butir-butir hikmah yang menjernih jiwa juga tilawah. Bercomot-comot dengan Chocolate Indulgence sambil berkisah tentang teman-teman di Syria juga boleh jadi tilawah.

Ngee. Let's be creative in tilawah! Dibawa ke mana sahaja nama Allah. Sering mengingatkan di mana Allah aku letak saat ini. Sering muhasabah agar tidak tersasar atau jika sudah terlajak agar masih boleh kembali.

Subhanllah, sokay i think it's enough. Berazam memohon rayu dalam doa supaya jadi extra rajin, tidak mudah putus asa atau mudah bermalas-malas. Hoyeah! Tolong aishah ya Allah.





 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords