Friday, December 31, 2010

it's in your hand!

mahu jadi yang musleh atau yang muqallid?
*apeekah?
mahu jadi yang memperbaiki atau yang menurut sahaja?

teringat abg khairul bagi talk satu masa dulu.

"selagi daulah islamiyah tak terbentuk,ia akan menajdi satu KEWAJIPAN yang tergalas pada bahu SETIAP umat islam"

*hurrmm?

mahu mengikut arus atau turut sama menyinsing lengan turun ke medan?
*ohhh. so choose :)

at least aku boleh bangga kat akhirat nanti.
dulu aku ada turut sama dalam perjuangan agamaku.
perjuangan Rasul yang aku cinta dan rindu selalu!

tapi.

perjuangan yang bagaimana?
mengaji quran semata?
menghafal quran semata?
belajar taranum,qiraat semata?
belajar hukum semata?
jaga solat semata?

siapa kata belajar medic bukan bantu agama?
siapa kata belajar engineering bukan bantu agama?
siapa kata belajar accounting bukan bantu agama?

islam itu addeen. islam itu cara hidup

islam bukan solat sahaja.
islam bukan tentang quran sahaja.

so belajar lah lagi okeyy? :D

tajdid!

cheer up guys.
praise to HIM.

let the past left behind.
just keep praying for the best.
letting the past go doesnt mean u're ignoring them.
at least you still keep praying the best for it. :)
okeyyy,bahang kesibukan next semester sudah SANGAT terasa.
otak dah mula bertabur nak susun agenda,
be smart aishah!! *the only word keep whispering in my mind. BE SMART!!
kinah, i keep up with your words! :D
hee. cayalah!!! sayang awak sampai syurga!!

level of life.

semalam di kL bersama sepupu tersayang *hee. sayang angah!
penat round shopping kami berkejaran untuk tunaikan fardhu zohor.
lalu dekat depan sogo kat area secret recipe tu,tiba-tiba

sejak bile plak ade wartawan tv3 kat sini.! OMG
ohh lantak la orang nak gi solat.
then bleh plak dia datang kat ktorang
"apa azam 2011 anda?" *gaaahhhh
HUH.apekah!! *dah la macam termengah-mengah la jugak kan *sigh
dengan mic n camera bagai.
pergh. *SANGAT berharap editor die nnt x amek shoot ktorg tuh
patut la takde orang nak lalu area tu. haisshhh.

nyway it make me think of sometings.
ohh tua sudah diriku. 2011. 1901 aku dah 20. DUA PULOH.
bukan dua BELAS lagi dah. PULOH yang belakang tu pelik skit.

then disebabkan cuti yang dah nak habis.
aishah ismail macam biasa nak bersiap-siap kemas balik ke kampus.
tak pernah tinggal nak bawak buku selain buku 'skolah'
tapi kali ni dah berazam tak nak bawak buku banyak sangat.
nanti susah nak kemas. *hahahahaha
so terpaksa la mengejar masa nak habiskan jugak buku-buku yang nak dibaca.
ada yang revision,ada yang sambung baca,ada yang baru nak start baca

yang best nak share peringkat hidup dalm buku pakcik HAMDY buat.

umur peringkat hidup
below 20 bayang hidup
20-30an pandangan hidup
40 an pegangan hidup
50 an perjuangan hidup
60 an kenangan hidup

ijlis bina nu'min sa'ah. jom fikir-fikir kejap! :D

Tuesday, December 28, 2010

again.

thank you.
baru je nak bangga dah tak nangis.
im weak.

hasbiyallah wa ni'mal wakil ni'mal maula wa nikman nasir

ayuh berwaja!

counting for the days.
no more playing around.
no more tears. *sigh
setting up the mind.

-never miss the assignment even it's 1 credit hour!! never ever!!

kamu yang saya sayang selalu.
ayuh berwaja! :D
jaga hati. jaga iman. jaga amal.

Monday, December 27, 2010

post holiday

Tinggal empat hari cuma.
Nak buat apa?
Nak pergi balas dendam? *hahaha.come on aishah :D
I’ll leave it it to Allah.
He knows best.

Nak peluk seramai mungkin member tercinta.
Nak borak puas-puas.
Nak jerit-jerit.
Nak ketawa kuat-kuat.
i love u girls!! :D

buat baik tak pernah rugi :)

Kental jiwa+tulus hati

“sesungguhnya dulu kamu lalai tentang hal ini,maka kami singkapkan penutup yang menutupi matamu.sehingga penglihatanmu pada hari ini sangat tajam” 50:21

Hidup memang tak pernah sempurna.
Ada hujan,ada ribut,ada juga pelanginya.
Hidup juga sangat adil.
Buruk pada yang silam semestinya akan jadi panduan bagi yang berfikir.
Kerana yang berfikir itulah orang yang beruntung.

“tiada balasan untuk kebaikan melainkan kebaikan lah juga” 55:60

Biar najis dia taburkan.
Biar yang kesat dia hamburkan.
Biar dusta dia maniskan.
Kau tahu itu.
Kau sedar itu dusta.
Kau bukan bodoh.
Kau cuma bertindak dengan akal dan iman.
Berilah peluang kepadanya.
Yakinlah dengan janji Allah itu sayang.
Buat baik tak pernah rugi.
Takkan pernah.

Dan.
Jangan mudah kau putus asa.
Setiap langkah.
Setiap baris yang kau ulangkan.
Setiap air mata yang kau tangiskan.
Setiap derita yang kau rasakan.
Dia ada.
Dia tahu.
Dia nilai.
Bukanlah kejayaan itu dinilai pada akhirnya.
Tapi pada peritnya usaha yang kau kerahkan.
Rasakan lah kehadiranNya dalam setiap langkahmu
Dalam setiap hembusan nafasmu
Dalam setiap degupan jantungmu

“dan sungguh,kami telah ciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” 50:16

Dia ada.
Dia tak tipu.
Percayalah.

Tak perlu bertindak tidak bertamadun.
Tak perlu menipu.
Tak perlu meniru.
Allah itu adil.
Mungkin kau berjaya hari ini.
Aku takut kau gagal di kemudian hari.
Mungkin kau peroleh keputusan cemerlang.
Aku takut kau tak punya kerja esok hari
Walau ijazah kau kelas pertama.
Allah itu adil.

Berdirilah atas kaki sendiri
Berdirilah berpaksikan wahyu.
Bukan berdiri dengan pengaruh.
Bukan berdiri dengan kuasa.

Peliharalah jiwa-jiwa.
Jiwa-jiwa di sekitarmu.
Kegagalanmu pada hari ini mungkin kerana khilafmu pada mereka.
Peliharalah.
Buat baik tak pernah rugi.

Hidup itu sementara.
Buatlah baik.
Sabar.
Hidup itu sekejap.
Buat baik tak pernah rugi.
Penuhkan lah hidupmu dengan kebaikan.
Insyallah ada ganjarannya.
Percayalah.

Friday, December 24, 2010

post mortem

Jumaat 24 dec 2010. Break post mortem.
Selesai bersama mi rebus dan baked macaroni.
Menghitung hari yang tujuh itu.
Semacam sedar semakin hari semakin banyak post yang mengarut.
Semacam kecelaruan fikiran mungkin.
Keperitan jiwa yang gagal diluahkan juga sangat mungkin.
Ayat bertabur.entah apa ku catatkan.
Saat ku belek catatan lama,terasa ayat-ayat dahulu lebih hebat dan mencengkam jiwa.
Ku hilang kata mungkin.
Ya.banyak yang hilang saat dia pergi.
Pergi yang ku harap kan kembali.
Semacam hilang segalanya.
Bohong pada diri sendiri yang aku kuat.
Walau sedar diri sangat lemah.
Harap jiwa ini mampu bangkit.
Ya.kita Cuma hamba yang hina lagi tak berdarjat.
Yang tak mungkin mampu untuk atur apa pun
Melainkan dengan izin-Nya.
Biarkan cinta ini berlindung di bawah naungan-Mu ya Allah.
Izinkan cinta ini bertemu dalam redha-Mu.
Ku takjub akan kuasa-Nya yang hadirkan dia dalam saat ku sangat menderita.
Saat semua yang di sekeliling aku benci semahunya.
Saat air mata semacam merutinkan diri mengalir merintih memujuk rayu hanya pada-Nya
Saat semua yang hadir tak mewujudkan apa-apa melainkan mengajarku erti sabar.
Sabar yang sangat agung. Sabar yang sangat meruntun jiwa.
Sabar yang merobek hati.sabar yang merampas segala bahagia.
Sabar yang berjaya menghancurkan impian yang tersemat tekad di hati.
Ya.kau berjaya hancurkan impian agungku.tahniah
Impian yang ku azamkan.impian yang ku tagihkan
Dan saat itu dia hadir.hadir tanpaku sedar pada awalnya
Untuk apa dia hadir.hadir dengan seribu perbezaan.
Perbezaan yang membentuk kesempurnaan.
Perbezaan yang membawakan ku impian baru.
Bangkit dari silam yang pedih.
Bangkit menyedari diri masih punya potensi.
Bersama harungi hidup dalam memahami perbezaan.
Bersama membentuk kesempurnaan.
Bersama memahami erti iman.
Itu tarbiyah kita bersama.
Ku bangga dengan perbezaan itu.
Tak pernah ku sesalkan.
Perbezaan yang banyak mengajarku dalam lembut didikannya.
Perbezaan yang mesra dalam sentuhan akalnya.
Perbezaan yang tak pernah dia banggakan.
Malah rendah diri untuk dikongsikan.
Rendah diri bertanyakan yang benar.
Mungkin kerana kehendak diri yang sangat agungkan ilmu dan iman.
Bukan harta dan rupa.

Ya Allah ya Rabb,pemilik segala hati,
Yang membolak balikkan jiwa-jiwa.
Kuatkan jiwa-jiwa ini.
Teguhkan jiwa-jiwa ini dalam mengembara untuk redhaMu.
Kurniakan yang terbaik buat jiwa-jiwa ini.
Kau yang maha mengetahui segala sesuatu.
Hanya padaMu ku pohonkan.

Wednesday, December 22, 2010

kisah sebelum kahwin

sebelum nak kahwin..
kena sayang diri sendiri dulu.
sebelum nak kahwin..
kena belajar pandai-pandai dulu.
sebelum nak kahwin..
kena doa banyak-banyak dulu.
sebelum nak kahwin kena pandai manage hidup dulu.
sebelum nak kahwin..
kena pandai urus stress dulu.
sebelum nak kahwin..
kena pandai jaga hati orang dulu.
sebelum nak kahwin..
kena pandai??

*please add some more >_< *uish.gatal. ehh biala!! org nak tau :D

fighting !

perjuangan itu mendambakan pada kesungguhan + kekuatan mental yang luar biasa.
bukan dicapai dengan menerbitkan banyak alasan-kekalahan-keputus asaan tapi dengan menghadirkan kerja keras+doa yang setia! :D

Tuesday, December 14, 2010

being bullied?

the past.
and let it be a history.

tapi sesungguhnya ketahuilah saya tak perasan itu semua. *skema!
mungkin kerana terlalu fikirkan yg positive.

kalau ikut hati memang saya rasa masa depan saya hancur.
tiada siapa yang boleh sangka saya akan jadi seperti hari ini.
but then, BE POSITIVE!
and i am strong by the LOVE from HIM
subhanallah.HE's was so great and will be great forever.

yeah, i'm blessed with beautiful classmate,
hardworking guys,even kami tahu kami tak berapa nak pandai
so kami berusaha.
siapa sangka saya yang tak punya basic accounting ni boleh dapat dean's list.
it was so alhamdulillah.
and siapa sangka carry mark paper accounting saya yg almost half from the total and when it comes to final it rise to a great grade!
even i wish for 4flat.DIA tak nak bagi lagi sebab DIA nak saya lagi bersungguh. *i will!!
being with them was so such a great moment.

sepanjang saya berduka i just wish that my spirit will come back.
i just wish that i can continue my life better.
i just wish that i have a great roommate,great classmate,great lecturers

and i know i can do nothing except keep pray the best from HIM.
i was just, "O Lord i know who i am.it's not me to choose everything but YOU,so just bless me with the best.only you the ALMIGHTY

Monday, December 6, 2010

hidup kona baring

aktiviti wajib bersama kanak-kanak di dalam kereta.
mentang-mentang kampung belah pantai timur ni highway banyak kona sane sini.
bahagiakan bersama kanak-kanak.
haihh cik aishah mentang-mentang sedang bahagia bersama kanak-kanak.
p/s nanti cik esya upload picture adam okeyy.

having great time with the cuzies and 'anak sepupu'
hari ini saya berjemuran di tepian pantai.
ohh.panas sekali cuacanya.
saya dah lama tak mandi pantai okeyy
saya dah lama tak menikmati pantai okeyy.
silau sekali.
dan saya berjemuran hampir 4jam.hebat bukan?
saya pulang dengan muka kemerahan.
saya rasa muka saya mengada nak merah-merah cani.haisshh

awal muharam dah dekat.
result pun dah dekat nak keluar.
sem baru pun dah nak mula.
kemudian,waahhh.saya dah 20tahun.
urrrmmmmm.dua puluh okeyy.

by the way,saya teruja nak mula sem baru ni.
khairan jazak to syuhada and sakinah.
buku-buku warisan sangat bermakna.
boleh jimat duet.
boleh senang faham.
banyak nota conteng-conteng.
the more the better.
p/s kinah,syu, in future conteng banyak-banyak lg okeh.
saya tahu fatin mesti dah rindu saya sangat-sangat
sebab tak email lagi notes yg saya dapat.
heee.jap eyy ten.
maka dengan itu senarai buku saya bertambah.
yeahhhh!!!

bukang senang utk menerima sesuatu yang kita benci.
tapi apakan daya.
Allah itu lebih mengetahui.
setiap perkara mesti punya hikmahnya.
kalau kamu buat sesuatu kepada seseorang sila lah tunjukkan hikmahnya.
supaya dia faham dan lebih menyenangi kamu.

Sunday, December 5, 2010

itulah hidup

assalamu'alaikum
dear guys (cam ade je org bace blog neh)
lima haribulan sudah hari ini.lima hari lagi yang mendebarkan.
seram okeyy.
by the way,cuti dah lama mula.dah nak habis pun
saya nak update blog tapi..banyak betul gangguan fikiran
at last,type jela..
credit to auni yg call pagi2 and remind suh update.heeee thnx dear :)
hati mati.
hati sedih.
sedang mencari kegembiraan.
miss my roomate.
i noe u glad to hear diz ada,dayah n kak lin. susah btul nak kua ngn korg!
miss my classmates.
classmates yg sgt memahami.
sehati.sejiwa.
can u imagine study at the library with the whole class.
petang2 jogging sama2.heyy miss u much la!!!!
rasa cam sampai grad tanak tukar class.
currently cam pening2 nak susun schedule.
menyusun jadual dating dengan sahabat2 bercinta sampai syurga.
juga merindu adik2 spm espcly yg di utara sana
mis u girls!!! i try to make my dream real for u dears.

dia pergi.dia datang.
hati tetap sakit.

haihhh.tadi berjalan-jalan sana sini.sorang kawan ni lost his friend.takziah.kafaa bil mauti mau'izhon.cukuplah mati itu satu peringatan.tears rolling down.aku mati nanti cane la kan.everything was so fast.kawan tu baru je keluar lepak-lepak,having great time with friends.suddenly he was not so well.just for a few days,Allah dah panggil dia pulang.aku nanti sempat ke aku nak peluk cium org yg aku rindu.urmmmm.most important,am i really ready for it.subjective.bila sedih memang cam tak larat dah nak teruskan hidup but then bila semangat,i even can stay up for the whole week 24/7 focusing on that work.
itulah hati.
semangat bila punya inspirasi.
bahagia bila disenangi.
sedih bila dikhianati.
tenang bila diyakini.

semoga berjaya teruskan hidup.
hiduplah baik-baik.
do the best for everything.
kita tak tahu amal mana yg akan diterima
mungkin ia boleh jadi amal kita yg terakhir
walau hanya tersenyum pada seseorang
mungkin senyuman itu yg akan dikenang hingga akhir hayatnya

Saturday, October 16, 2010

homesick! colaborating with exam mOOd

almost one month i tak jumpe kucing kesayangan i tu.
mesti die rindu i kan?
i pun rindu dapur kat rumah i.
dah lama tak masakmasak.
i boring makan makanan yang banyak ajinomoto kat sini.
bersyukurlah.
takpe next time i order mintak no-ajinomoto meal
boleh plak.
u tahu tak i nak exam ni
menarik kan??
dah nak habis dah sem ni.

ohh exam ku~

CTU (islamic studies) -27th Nov
BEL (english, language) -29th Nov
MAT (business math) - 3rd Nov
AIS (discovering computer) -6th Nov
FAR (accounting) - 9th Nov

doadoakan la k?

versus.full stop

tenanglah jiwa.
walau kau ditipu hati sendiri
nak baik itu perlukan perubahan
perubahan itu harus bermula dengan cubaan.
mungkin sakit sikit.
mungkin sebaldi air mata kau tangiskan.
tapi itu untuk kebaikan.
percaya lah ok?
oh mata,kau berhenti menangis ok?
jangan susahkan dia.
hahaha.

kau pula.
jangan nak lekehlekeh orang ok.
kau jangan fikir kau je boleh jadi baik.
orang lain pun nak jadi baik.

dan kau lagi.
usah dipeduli hal orang kebanyakan.
perlu ke kisah dengan baju baru dia.
hahaha.
perlu ke kisah dengan pakwe baru dia.
hahaha.
perlu kau kisah dia pakai perfume baru.
hahaha.

kalau kau nak aku tau kau boleh dapat lagi hebat dari semua itu.
tapi kau tak pilih jalan itu.
kau kata kau hebat dengan akal kurniaan Allah pencipta kau.
ayuh,buktikan lah!

kerja kau banyak.
usah kau peduli si tukang kejar dunia sekangkang kera.
kerana kau perlu yakin nikmat syurga hakiki yang abadi itu.
nikmat selamanya la beb!

aku tahu kau rasa berat.
nak berubah memang berat.
waking up the sleeping giant is not easy.
tapi perlu gerakkan gergasi itu.
atau bila tiba kecemasan
dia tak sempat lari
susah nanti.
haru tak sudah.

hey dear,
bear in your mind
HE the GREAT is your LOVE
bear in your mind
the WORLD you live in is just FOR A WHILE.
so dear,
relax ok?
kejap je lagi.. :)

Monday, October 4, 2010

eemoosiii

boring kan kalau beremosi?
semua kerja tak menjadi bila terlalu beremosi
saya sedang berusaha mengawal emosi
sebab saya selalu buat kerja dengan emosi
emosi bersungguh
emosi tekun
emosi berfikir
saya suka berfikir sehabis mungkin
Allah kan suka orang yang buat kerja dengan tekun dan bersungguh.jadi tak salahkan?
orang kata saya ni terlalu banyak berfikir
sampai nak makan pun berfikir
semalam dah makan sayur kobis means xde klorofil
klorofil penting untuk keperluan kesihatan
atau nanti saya akan bengap buat math sebab xcukup klorofil dan zat besi
atau saya akan sembelit sebab xmakan sayur yang banyak fibre.
macam pagi tadi
saya keluar awal ke kelas
sambil menunggu di pondok comel itu
ada kepompom yang teman saya.(betul ke eja? duduk U dah lupa BM)
sangat comel dia tonggektonggek.
saya pula cuitcuit dia dengan pensil.
saya berfikir kenapa dia tonggektonggek.
akhirnya setelah berjaya menonggek
baru saya tahu
kepompom tu tu nak masuk betulbetul kat dalam cocoon dia.
dia sejuk ke?
itu saya kena tanya veterinar.hahaha
tapi
kadang emosi yang berlebihan ni membawa padah
saya akan menangis bila teringat sesuatu terutama ketika membuat FAR100
erk.apakah kaitan FAR100?
takpe abaikan.
yang penting sekarang saya nak test FAR100 malam ni.
saya tak boleh beremosi lebihlebih.
oh tabah lah hati.tabah.tabah.tabah.tabah.

Wednesday, September 22, 2010

pusingPUSINGpusing

kobarkobar.khusyu'.
(dia datang)
ohGOD.
tears.
blessed me with the STRENGTH

Friday, September 17, 2010

for the love

oh GOD.final tinggal SEBULAN.test FAR tinggal DUA MINGGU.sedang MEMAHIRKAN DIRI dengan balance sheet dan income statement.yah.yah! da tanak nanges.ok dear,stop mengade! teguhkan lah langkahku! heaven! dah lama tak rasa bersemangat waja kembali ke asrama. oh GOD u bless me with beautiful friends,nice campus. love them MUCH. even saya tak dapat apa yang saya impikan 5tahun yang dulu,yang saya rancangkan dan idamkan sepanjang 5tahun itu. yep i know YA RABB u know me MUCH. even MUCH better than me myself.U grant me with beautiful and nice people around me. who support me MUCH and LOVE me MUCH TOO!! no body will expect what i have right now. guys,trust me. this is me. hahaha! ok tears,no please.. and now i dont even know what HE will bless me MUCH in the future. the best thing is always having a good touch with HIM. yet sometimes memang "oh GOD,jeles gile dengan budak nih" but keep saying to the heart. he know u MUCH dear. everyone got their own ways,their own rezeki. so always be thankful and be nice to others. erti hidup pada memberi bukan?

Sunday, August 22, 2010

yeargh!!


really in need for strong heart!!
come on bebeh!!
the two core test just finished yesterday.
but still in preparing for another two test which is in this coming two weeks.
huh.
hati kuat larh!!
i'm not burden by my study
i'm not burden by my friends
i'm just burden with my feeling
oh man,hati jahat,ko pi men jauh-jauh!
when this test season comes
baru realize yang kejap sangat hidup berlalu
rasa macam dah lama sangat je duduk dekat bandar segar-amat ni
tapi rupanya baru nak masuk 2nd month
yela,dengan roomate dah rasa macam adik-beradik
dengan senior dah boleh gelak-gelak lepak sama-sama
bila test datang,oh yeh ada lagi test next two weeks
then cuti raya
lepas cuti ade test lagi
lepas tu dah final pula
oh pantasnya masa berlalu.
p/s : saya bahagia saya dah pandai buat trial balance dengan laju



Saturday, July 10, 2010

happy to be there~i'm in love??

alhamdulillah.
i'm off to 'there'.yeah
everything is new
and everything is okay!
love the roommate much! =)
love the class
love the lecturers
love the subject
what ever that have been written for us is HIS plan
try to accept for what ever it is
trust me la
you'll be happy one day..=)
 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords