Tuesday, October 25, 2011

the one I miss the most

sipping the warm mushroom soup, dicecah bersama french loaf.
warming up the soul, the one who missing someone

*buruk beno ayat bunga-bunga aku. tapi tulah yang aku rasa.
rindu. with mushroom soup. need someone to be cuddled of

ada kisah rindu yang buat aku menitis air mata. oh bukan menitis lagi tapi berjurai-jurai.
aku tahu kisah ini panjang. well, selalu entry pendek-pendek je agar mudah dibaca.
tapi serius tak rugi baca.

"Pada saat terakhir Nabi Muhammad s.a.w sedang sakit, seluruh Madinah berada dalam keadaan suram. Suasana yang selama ini indah dan aman bersama Rasullullah, bertukar menjadi satu tikaman duka kepada para penduduknya. Mereka semua merasa hiba kerana kekasih mereka, orang yang paling dimuliakan oleh Allah sedang berada dalam keadaan uzur dan sakit tenat. Tidak ada seorang sahabatpun yang berjalan melainkan dengan wajah yang suram dan bergenang airmata. Begitulah cinta dan sayangnya mereka kepada junjungan Rasullullah s.a.w

Pada hari Ahad, sehari sebelum hari kewafatan baginda, sakit yang baginda tanggung selama 18 hari menjadi bertambah tenat. Pada hari tersebut Bilal bin Rabah seperti biasa mengumandangkan azan. Setelah selesai azan, Bilal pun menuju ke rumah Rasullullah lalu berdiri dan memberi salam di depan pintu, sambil menjemput Rasullullah berjemaah. Lalu keluarlah Fatimah dan memberitahu Bilal bahawa Rasulullah sakit. Kemudian Bilal kembali ke masjid dengan linangan airmata. Menunggu seketika.

Ketika hari hampir siang dan sahabat menunggu lama, lali Bilal cuba lagi ke rumah Rasullullah. Bilal berdiri dan memberi salam lagi. Lalu baginda menyuruh Fatimah menjemput Bilal masuk.Bilal masuk dan duduk di sisi Rasullullah dan memandang Rasullullah dengan penuh linangan airmata.
Kemudian baginda bersabda,"aku sekarang dalam keadaan sakit tenat, wahai bilal,kamu perintahkan sahaja Abu Bakar menjadi imam menggantikan aku"

Lalu bila keluar menuju masjid sambil airmatanya semakin deras mengalir dan kesedihannya tidak bisa ditahan lagi. Bilal menyampaikan pesanan Rasullullah kepada Abu Bakar r.a supaya menjadi imam. Pesanan ini pula menjadikan Abu Bakar bertambah hiba. Beliau cuba berdiri untuk menjadi imam, tetapi bila memandang ke tempat yang Rasullullah selalu berdiri, tetapi pada saat itu kosong ketiadaan Rasullullah, lalu Abu Bakar menangis terisak isak dengan suara yang agak kuat. Beliau tidak mampu membendung kesedihannya lagi. Lalu beliau menangis dengan suara yang kuat dan akhirnya pengsan.

Suasana di dalam masjid menjadi hiba dan penuh dengan isak tangis, menjadi bising sehingga terdengar kepada Rasullullah s.a.w.Lalu baginda bertanya,: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab, suara kesedihan dan kebinggungan kerana Rasullullah tidak ada bersama mereka.

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.” Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku?

Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?

Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”

Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.


Kesedihan Para Sahabat

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”

Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”

Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”

Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Lalu Mu'az pun menuju ke makam Rasullullah.

Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh, sebagai muazzin Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yakni orang yang begitu penting dan rapat dengan baginda, berasa begitu sedih dengan pemergian baginda sehinggakan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh tidak lagi mampu melaungkan azan sepertimana selalunya beliau melaungkan azan untuk baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Maka, semenjak daripada pemergian baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallamitu, suara emas Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh tidak lagi kedengaran melaungkan azan di Madinah.


Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh kemudiannya telah berpindah ke Syam.

Sehinggalah pada satu ketika, Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh bermimpi bertemu Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang mengisyaratkan kepada Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh untuk menziarahi baginda (yakni, menziarahi makam baginda). Maka, berangkatlah Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh ke Madinah.


Sampai di Madinah, maka Bila bin Rabah radhiyallahu ‘anh bertemu dengan para Sahabat yang lain. Para Sahabat, apabila melihat kehadiran Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh, lantas meminta beliau untuk melaungkan azan. Namun, permintaan Sayyiduna Abu Bakr as-Siddiq radhiyallahu ‘anh, juga permintaan Sayyiduna Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anh, agar Bilal bin Rabahradhiyallahu ‘anh melaungkan azan terpaksa ditolak. Para Sahabat sangat mengerti, Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh begitu sedih sehingga tidak lagi mampu melaungkan azan sepertimana beliau sering melaungkannya untuk Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.


Kemudian, datanglah dua permata baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, Sayyiduna Hassan radhiyallahu ‘anh dan Sayyiduna Husin radhiyallahu ‘anh bertemu dengan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh. Betapa gembira dan senangnya Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anhapabila bertemu dengan dua cucu kesayangan Rasulullahsallallahu ‘alayhi wasallam itu, lantas dipeluknya mereka erat-erat. Tiba-tiba Hassan dan Husin radhiyallahu ‘anhuma meminta Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh untuk melaungkan azan sepertimana beliau selalu melaungkannya untuk nenda mereka. Itulah permintaan yang cukup besar. Permintaan tersebut tidak sanggup ditolak oleh Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh, kerana itu permintaan daripada dua orang cucu yang sangat disayangi dan dikasihi oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, lantas mereka berdua turut dikasihi dan disayangi oleh semua Sahabat.


Maka, buat pertama kalinya semenjak pemergian baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, suara emas Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh kembali melaungkan azan di bumi Madinah. Apabila terdengar sahaja laungan azan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh, seluruh penduduk Madinah – lelaki dan perempuan – keluar daripada rumah masing-masing. Mereka menyangkakan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah kembali, kerana kerinduan mereka terhadap baginda sehingga apabila terdengar azan Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anhyang menggamit memori itu mereka menyangka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sudah hidup kembali.


Apabila sudah menyedari hal sebenarnya, maka seluruh penduduk Madinah menangis. Mereka menangis kerana terlalu rindu akan baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Laungan azan daripada suara emas Bilal bin Rabah radhiyallahu ‘anh menghadirkan semula kenangan dan memori-memori mereka bersama baginda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Maka, dikatakan bahawa tidak pernah kedengaran suara tangisan yang lebih kuat di Madinah melainkan pada hari itu! Itulah tangisan para Sahabat yang begitu mencintai Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam!

Sejauh manakah kerinduan dan kecintaan kita kepada baginda?



Sunday, October 23, 2011

what more could i have ask for?

aura-aura gembira dan bahagia menyerbu ke dalam diri.
apa mungkin kerana umur puluh makin bertambah nilai.
meninggalkan jejak-jejak umur belasan yang penuh pancaroba.

i know someone would laugh at me when he's reading this entry!
amirul! don't laugh at me okay!
even i know you are missing me.haha
akak will not going anywhere :)
pray for my result and jumpa amirul and sofea kat madinah

p/s : jangan buli sofea tau! tunggu kite buli sofea sama-sama! hoho

i'm still waiting for the meeting with great people.
somehow i've meet a few nice people here and there.

sungguh hidup ini dipengaruhi oleh nilai-nilai di sekeliling kita.
i'm glad to have great, awesome and cool people around me.
what more could i have ask for?

i refuse to give up
i refuse to give in
because you wouldn't let me
thank you mr super cool

currently being annoyed by amirul with great food in madinah!
grrrrr. i'll grab you one day soon!

Thursday, October 20, 2011

re-post : kau gagah

you're just such a great people
never let yourself down

Allah knows best

"kalau kau sudah sampai sini maknanya kau boleh pergi jauh lagi"
-johan champ radzi-




edit sikit lepas baca post johan.lalala
malam bermotivasi agar hidup penuh prestasi.ehe
pantai timur yang melambai.wee
ucap selamat malam semua!
may Allah bless

Wednesday, October 19, 2011

baby comey

kenapa selalu lepas update blog dengan entry yang panjang mesti rasa macam ayat tunggang terbalik? tapi malas nak edit balik. buat-buat faham je boleh? keke.

nak tahu kenapa saya suka cakap perkara-perkara yang comel?
kadang-kadang bagus jugak menjadikan diri kita comel.
sebab kalau nak ikutkan terlampau banyak perkara yang tak comel.
buat-buat comel pun boleh la kan.hehe



ni baby sea lion yang main guling-guling dalam snow
twin! i nak guling-guling macam ni!


cuba sesekali baring kt sofa ruang tamu macam ni. confirm kena lanyak dengan adik si kecik

hahahaha, ini sangat innocent *hape font kena hyperlink. okay abaikan

haaa, tengok! mak dia yang garang pun bila buat-buat comel pun nampak cool jugak!


sebenarnya mendalam makna yang nak disampaikan ni.
sometimes life is so hard.
and sometimes we're not a superman
yang macam hebat boleh buat macam-macam
yeah, kita still manusia yang banyak kelemahan
jadi jangan pernah rasa kecewa atau lemah
take it easy, berlapang dada lah, bertenang lah.
pasti ada ruang untukmu
pasti ada yang lebih baik untukmu

lebih usaha, lebih pahala bukan?

tapi tak pernah salah memasang cita-cita
membina impian
pasang dan bina dengan sebaiknya
merancang dengan back-up plan nya sekali
bersiap sedia dengan kemungkinan yang datang
biar sempurna perancangan dan impian kita
bukan semangat untuk berjaya semata
tapi bersedia menghadapi kegagalan dan kekecewaan juga
apa pun semua itu milik Dia
padanya juga kita akan kembali

tiada yang mustahil bagi Dia untuk kurniakan segala
mintalah apa pun.
yang penting kita perlu minta.
ini solat pun berlengah-lengah.
doa pun mahu yang ringkas-ringkas.
adoyai

apa yang pasti
yang hak milik mutlak kita
cuma amal-amal kebaikan
yang kita laksanakan dengan dibantu oleh 'alat-alat' yang dipinjamkan Allah

dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk beribadah
dikurniakan keluarga untuk beramal bakti
dikurniakan sahabat handai untuk saling menyokong teguh di jalan-Nya
dikurniakan harta untuk melabur di pada jalan kebaikan

atau mungkin sahaja untuk melihat setakat mana tamaknya kita pada harta yang hanya pinjaman semata. sanggupkah kita berkorban dengan harta yang sementara ini.
mabuk dengan dunia atau sedar semua itu hanya pinjaman yang sebenarnya menjadi medium dan alat bantuan kita mengumpul amal bakti untuk saham akhirat

wah! akhirnya ada entry yang matang.keke
ehe may Allah bless

wallahu 'alam





small ideas

well yeah a long period of holiday sometimes may kill us.ehe
especially when it's the only you stay in the house.
sometimes it may sounds scary too.

then ehe something come across my mind.
al-wajibat aksar minal auqat.
which means the works or tasks to be done is more than the time provided
ehe. so? dear darling, come on!

for now, my newborn little kitty just have been eaten. *sigh

mula2 tiga ekor. sekor mati mak dia makan.
sekor lagi mati abg tiri dia makan. sbb lapar sgt. org bg whiskas tanak. nak ikan jugak.
gedik.hape dia ingt adik tiri dia tu ikan jugak ke. kejam punye abg.
then yg last tadi mak dia angkut bawak gi mana tah.then mak dia nyanyuk tak ingt letak mana.
tengok2 ade kesan darah je tinggal. gile ngeri. mcm kes pembunuhan

that's how the cat's owner being sad.

somehow, what i love the most about holiday is i can do something creative!
i got the time and space much!
perhaps cooking, baking and decorating something.
yeah, girls stuff.
besides being enough with going out with some friends
commonly window shopping while chit chatting updating the 'ummah' issue
unfortunately most of them currently are busy with test, exams, and studies.
so nothing much i can do except being at home doing all the house chores
anyway, while waiting for them this holiday i've planned something 'green' with this coming girls day out.hehe
lets explore something new!

bila nak 'lepak' lagi ni?


i'm currently browsing some recipe.
listing out the 'potential recipe'
well, memang masak tiap hari but doing something new kan macam awesome.keke
then akan dikomen oleh my dad. heee
well, my mom do not encourage much in cooking except for healthy recipe
she's worry too much in blood pressure, glucose level, cholesterol level, etc

well here i've put some ideas to be done. heee


guess what she's doing with the cloth

cabut pintu almari kejap and put the cloth on

yeah new colour for the almari baju! kalau macam ni tiap tahun tukar colour pun boleh. keke

this would be my mom favourite spot. she'll love it and plant all her herbs there. maybe my bro can do this. hak rumput and pokok-pokok kecik kat belakang umah yang tak comel tu boleh la buang

dah lama nak cari something which i can put all the accessories. lagi-lagi lately ni banyak orang menghasut beli earings yang gantung kat tudung tu. bila nak pakai dah jenuh nak mencari dalam box. sangat tak efficient. so this could be nice kan?


have a closer look. mana-mana cermin yang pecah tu boleh amek frame dia then buat macam ni. kalau base dia alas dengan span yang nipis tu pun ok. then alas dengan apa-apa fabrik yang macam comel. kan? kan? bukan susah sangat pun then lekat pakai stapler gabak tu. ke pakai hot glue gum pun boleh

well for this, as usually i don't sleep in dark room. at least boleh nampak muka. ehe sebenarnya selalu tidur lewat, buat kerja baca buku and apa-apa kerja la then selalu terus tertidur. besides rasa macam calm je kan buat kerja mood macam ni.keke. but selalu beli table lamp kadang-kadang patah la, koyak la, and the bulb of course senang je nak beli lagi kat kedai. why not amek mana-mana plastik basket, perhaps tong sampah plastik yang colourful tu pun boleh kot.ehe. macam comel jugak ape. kan? kan?

the ideas are from http://www.ikeahackers.net/

cuti masih tidak membawa mood untuk berblogging tajuk yang matang-matang lagi.
i've got some request for the topics.ehe
later boleh?
i need to arrange the points.keke

may Allah bless.






Sunday, October 16, 2011

the beauty beyond the sorrow

let the sun rise
let the bird sings
let there be light
let there be morning

credit to johan champ radzi.

praise Allah there's another morning.
when everything you know is like a blessing.

i won't talk to emotional people.
kalau semuanya emosi, bagaimana akan lahir rasionaliti?
please, emotional tak comel.
do calm and find the inner peace.

maybe it is never meant to be.
it's okay let them be.
Allah knows best.

when the waves are crashing down
pulling me to sorrow
you sail me back to shore
through hopeless and darkest day
through it all.

"no more sorrow please"

"i've been too tough for it"

"i'm glad for you sha"

:)

let see the beauty of the world!
jom bagi breakfast kat baby hyppo!
wink wink!

Friday, October 14, 2011

lovey-dovey stuff

yeah i know i'm 20.
ehe. 21 in less than 3 months.

but can we ignore this stuff for now?
we can't expect what may happen in the future.
let the lovey-dovey stuff come cross.
but can we just say hi to them?

ehe. hi love!
nice to meet you.
but can you come and visit me again soon?

keke :)

because i prefer friendship than love-ship. ehe. ada ke?
love ship is full of risk.
i got enough risk for my study.

well, a real boyfriend is as haram as a fake one.
nanti dah couple nak cukup kasih sayang merajuk la. jealous la.
while i'm just his girlfriend who can do nothing much.
takkan nak kena pujuk rayu.
nak kena peluk pinjam bahu nangis-nangis.

ehe. or should just marry? sounds gatal.
but that is the most appropriate way to have a legal and halal boyfriend.
somehow it's not the time yet.
or is there any one have the courage to do so?

so lets pray for my unknown husband-to-be get the enough courage to meminang me.
sorry, i'm not interested in making such girlfriend-boyfriend relationship.
ehe. but you can be my friend :)
then lets the time fair us.

jiwang meremang is not cool okay!

coolness, it's free

"i belong neither here nor there.
i will have to reinvent myself and put to use my two worlds"

Hala, Beirut, Lebanon


just came back from work.
ehe. should i call 'them' work?
yeah, a meeting for FIVE days.
a bit boring and tiring.
but there's some brilliant and awesome part.

"well, we're the one who need to discover the awesomeness,
tengok kan dah banyak idea gila keluar" - exco-mate-

hey mate, sila bangga. saya gembira berkerja dengan anda! hehe.

meeting people here and there.
i guess nothing much different.
from the old school ages until the current university life.

i think i can conclude that sampai bila pun we're living in the so-called earth kita still akan jumpa a lot of creatures name manusia. well kat mana pun it's manusia it's not an alien. manusia yang banyak perangai. some maybe pleased with us, while some are so annoying. but we're the one who create the environment. nak rasa marah ke, nak cool and relax je ke. it's really up to us. kalau nak ikut hati sampai bila pun we'll not be satisfied. nak ngamuk banyak-banyak pun nanti senang sakit high blood pressure and of course ia nya tidak comel untuk dilihat.ehe so cool jela kan, as it won't cost us anything. it's free. be calm. or we called it as salamatus sadr, which means berlapang dada. let them. let it be.

well, kita manusia punya nafsu. something yang dah memang embedded dalam diri. bukan boleh campak-campak letak luar kejap. nafsu which something yang selalu men-suggestkan pada kita something yang happy, enjoyful, marvellous and so on. so who owned the nafsu? kita sendiri kan?

so here, we need the self-controlled. to control those such things. i guess i talked much about this self-controlled lately. ehe. a few days back, kak hanim my sis said,

"sejak akak dah masuk 21 ni, i feel more calm. umur 18-20 ni memang macam senang mendidih sikit. over sensitive to any disturbance"

ehe. the twin called it as hormon gedik aktif. sometimes kita realize hormon tu mengada-ada. but then macam susah nak control kan? so how? me myself banyak cool kan diri. put sometimes for yourself. the real privacy. left the handphone. shut off any of the possible disturbance. maybe at the masjid. i love masjid negeri shah alam the most. maybe somewhere yang tidak ada orang.

calm yourself and think wise.
put the priority.
there's something yang kita boleh choose.
there's something yang memang kena buat.
so do put your judgement wisely.
the power is in your hand.



Saturday, October 8, 2011

the second mom


azan maghrib, everthing's off.
kejar kanak-kanak riang untuk dibawa mandi.
check dah solat.
check baca quran.
check homework.

done with the kidos.
lepas semua selesai menjilat-jilat sudu
ber-apple crumble with vanila ice cream.

si kecik yang perlu dilayan.
bedtime story. his favorite comic.
komik iktiar hidup gempak starz
melayan segala soalan.
nak kena peluk.
nak kena usap-usap badan.

bila dia dah start ngada-ngada tanya pelik-pelik.
"okay baby, go to your bed"
"tapi nak dengan esyah boleh?"
"nanti bacakan ni pastu nak peluk ngan gosok badan"





demand kan??
untunglah ada kakak :)

sambil guling-guling dengan mak.
borak sakan pasal bahasa arab.
well, mak nak exam arab this weekend.
pray the best for mak.

"caya lah mak. arab senang je"

kelakar pulak kadang-kadang tengok mak abah gelabah nak exam.
sibuk hafal segala macam term.
tak faham tanya anak. kiki

"sha, ni dia nak apa"
"tolong check abah hafal ni"
"kalau macam ni dia fe'el ke isim?"
"tolong type assignment mak"

my parents belajar part time.
mak syariah.
abah bahasa arab.

"yela dulu kitorg tak blaja agama, tak aci la korg je anak-anak terer"

keke. sila gelak malu-malu.


yang seorang lagi.
nak tanya soalan math.
nak kena supervise revision dia untuk final exam nanti.
ngada-ngada nak tengok drama korea pulak.
hesh.siapa transfer korea dalam lappy ni.

"okay, done with 3rd episode. esok sambung. time for sleep"

petang tadi bersama iman my sister.
untunglah iman ada kakak.
tiap kali visit bawak cake.
bawak macaroni, bawak dessert.
tanya soalan itu ini.
PMR dah berapa tahun dah lepas.
macam la ingat lagi.
teman shopping.
well sisters shopping sangat awesome okay.

making some calls to the two 'bodyguards'
kali ni i'm the bodyguard.

"amacam exam? essay BM dah okay? kau jangan buat malu esyah top scorer BM"

"what's up? test bila? latihan buat? lecturer tu dah jumpa? ape cer pompuan yang kacau kau tu? gedik lagi?"






see.
i'm the second mom.

okay.rindu jejaka bodyguard berdua itu.
seorang di utara.
seorang di pantai timur.


sayangi keluarga di situlah bahagia :)


ps : rindu adam, aqeel, haziq, nana and zafrano

twin.

it's you.


the one who can read everything.
the one i saw 'virtually' just now.
the one i mentioned just now.




the hammered you.
the gedik you.
the zombie you.
the warm-blooded you.



it's all you.
yes, it's you.





end.


ps : you baca ni, i belasah nanti! i panggil superman i!

Friday, October 7, 2011

of love and tafseer



semalam.

kisah cinta berputik.
jealous dengan dia yang hebat bahasa arab.
sedikit bangga dengan hadith yang dilafaz banyak lagi yang aku ingat.kiki


" Allah verily hath shown grace to the believers by sending unto them a messenger of their own who reciteth unto them His revelations, and causeth them to grow, and teacheth them the
Scripture and wisdom; although before (he came to them ) they were in flagrant error" ( 3: 164)

the beloved prophet came with three objectives

recite = tilawah
cause = tazkiyah
teach = ta'lim


fakta menarik :

tilawah itu punya dua cara.
1. al kauniyah - dilihat pada tanda-tandaNya
2. al qauliyah - dibaca pada ayat-ayatNya

mudah bukan nak tilawah?

soalnya bagaimana nak menghidupkan proses tilawah dalam kehidupan seharian?
lihat ibu kucing.
menjilat manja anaknya.
penuh kecomelan yang amat.
-jadi pasti pencipta kucing ini lebih loving and caring dari ini.



ya, ini bukan kucing tapi dia loving jugak! :D


buat experiment science.
hebat bahan ini bertindak.
yang ini meletup. yang ini tidak beraksi apa pun.
kenapa ia berbeza.
hebat yang mencipta.
-oh itulah DIA

itu juga tilawah :)
membaca dan melihat tanda-tanda-Nya supaya sentias merasa kehadiran Allah.

maka tidak cukuplah hanya sekadar baca berlumba.
tidak merasa apa pun di hati.
tapi lebih hebat jika tilawah pun banyak.
yang terasa di hati pun banyak.
lalu beristighfar atas kekerdilan diri.
merasa hinanya diri di hadapan dia.
merasa malu atas kesetiaan kasih sayang-Nya pada kita.
merasa terharu atas maha mendengar-Nya Dia
yang lebih erat dari urat leher.

"dan Dia lebih dekat dari urat lehermu"


tazkiyah.
penyucian.
tazkiyatun nafs = penyucian hati.
siapa pun kita.
hebat mana pun kita.
kita perlukan tazkiyatun nafs.
kerana kita punya nafsu yang sudah di-embedded dalam diri kita.
nafsu yang sentiasa men-suggestkan kepada kita semua yang lazat, sedap dan seronok.
ya, kita perlu pada nafsu.
baru boleh kita berimaginasi merangka masa depan.
merancang aktiviti-aktiviti menarik.
membina sesuatu yang luar biasa.
berkobarnya kita saat membawa nafsu berangan melihat, merancang itu dan ini.
malangnya nafsu itu bahaya jika tidak dikawal.
maka dengan itu kita perlukan ihtiham bin nafs.
atau menundukkan nafsu.
supaya kita boleh muhasah kembali.
melihat kembali.
tersasarkah aku?
over-gedik tak?
over-garang tak?




kata mereka lagi.
innama yakhsyallaha min 'ibadihil ulama'
*sungguh tak seronok tak boleh type arab

bermaksud.
sesungguhnya yang takutkan Allah itu daripada kalangan ulama'

jadi apa manusia biasa yang bukan title ulama' ini tidak boleh takutkan Allah.
atau nak takutkan Allah kena jadi ulama' dulu?

maka ada takrifan tentang orang yang 'alim atau ulama tersebut.
perlu maklum alim itu bermakna tahu atau mengetahui sesuatu.

tahu atau mengetahui sesuatu itu boleh jadi,
kenal sifat Allah dan tahu hukum-hukum-Nya

tahu sifat Allah tetapi tidak begitu arif tentang hukum-hukumNya
*mungkin ramai dari kita dalam golongan ini.

tahu semua hukum, perintah dan larangan Allah
tapi tidak mengenali Allah.

apa guna tahu hukum, perintah dan larangan tapi tidak mengenali Allah dengan sebenarnya.
adakah kita mengenali Allah?
atau semata menurut perintah.
atau malas dibebel ibu ayah yang bising suruh solat.
atau malu jika dilihat tidak melaksanakan arahan-Nya

yang akhirnya dimana Allah di dalam hati kita?

itu yang sering dilihat Allah hanya pada masjid dan surau-surau.
hanya pada tikar sejadah.
hanya pada tudung.

keluar masjid lupa Allah.
buka tudung dah boleh buat dosa.

apa kita dalam golongan begitu?

tilawah, tazkiyah, ta'lim
ketiganya harus seiringan.

melihat dan membaca tanda-tandaNya
kemudian di intai pada hati.
ada kurang?
maka perlu dipelajari lagi.

moga ada manfaatnya.

siapa yang start the first good deed, then follow by others, there's reward for the first doer until the deed is stop being done by others

man sunnata 'ala sunnati.. *oh tidak, dah tak ingat hadith ni

sila abaikan bahasa yang tunggak terbalik.
may Allah bless.love

can you smell the awesomeness?


it's the third day of my semester break.
praise Allah the most for everything.

sejujurnya hati gembira yang amat.
meski ada suram di hujung sana.
meski ada resah di hujung sini.
let it go.

"mengapa perlu lemaskan diri dalam perasaan sendiri yang tak pasti?
sedang orang lain berlari-lari menuju yang lebih positif, SO LOSER"

yeah, stop being a loser.

nak makan KFC, Mc D pun susah , fillet o fish je boleh.
nak kerja susah even i got multi-language skills but i'm covered.
gembira sangat dengar azan and orang baca quran kat Malaysia.
islamophobia tak consider lagi.
everything is so hard.

it makes me being so thankful maryam.
insyallah banyak pahala mujahadah enti maryam :)
kita doakan maryam di Paris ye kawan-kawan?

tadi lapar, masuk dapur.
buka fridge, nampak brocoli.
tunduk sikit brocoli lagi.
kenapa semua brocoli ni.
hurm, takpela steam sikit cecah kuah pecal pun sedap.
ambil timun kurus sikit, timun jepun kot nama dia tapi dia kurus.
tengok-tengok tadi tu bukan kuah pecal.
sabar hati. dalam hati, takkan nak makan brocoli ni je.
explore lagi.
godek ayam sikit-sikit ni pun sedap.

steam brocoli and carrot sikit.
godek-godek ayam dalam sesame oil and soy sauce.
panas api. tumis garlic seketul dua. campak semua tadi atas non-stick pan.
curah corn starch sikit.
susun vege tadi.
curah ayam kat tengah.

"esyah!!!"
kanak-kanak riang dah pulang.
bersama satu aluminium tray nasi arab.
abah balik dari masjid dengan ayam golek-golek lepas tu kena percik.
semua makan penuh lahap.

ada tugas and tanggung jawap yang perlu dilaksanakan.
rabbuna yusahhil.

beautiful and great people are on my list.
great project is on my mind.
work hard bebeh!
may Allah bless.


keep moving.




mencari sebab untuk aku mencintai
mungkin lebih baik
dari aku terus menyalahkan
takdir Ilahi.

via - blog sis labib










Thursday, October 6, 2011

a not really panda mode.


macam dah lama tak tulis benda matang-matang kan?
ehe. and of course this doesn't mean i'm not mature *nak jugak tu
just not in the mood nak type panjang-panjang
or can i have someone untuk transfer apa yang selalu ada dalam my mind.

anyone?

memang sampai sudah tak ada.
ayuh rajinkan diri anda!

warming up the mood.
cooking.
baking.
sewing.
oho.

p.s : kaki dah kejang banyak jalan

should i list the venue?
nanti la. tak rajin lagi.keke

till we mee again.love

why?

tadi berkemas-kemas.
mengosongkan beg-beg yang kebanyakkannya sentiasa berisi.
jumpa lolipop zaman bila entah.
jumpa chocolate yang dah penyek.keke
then the last bag which i used it yesterday.
oh man, lupa ada orang bagi buku ni semalam.



cepat semua nganga mulut besar-besar.
orang ni purposely bagi buku ni okay.
ini bukanlah free gift yang boleh dapat dari apa-apa pembelian.

dia cakap nak bagi buku.
okay fine.
but then kenapa sebegini sekali?

siap ada pesanan,

"haa, tengok tu tazawwaju liz zawaj"

erk.okay

"dengan mr.hubby lagi cun la. ni selebet ni tak nampak, siap zombie lagi"

haha.defensive

time flies by

semalam saya pergi lawat dia
dia curi makan rumput luar cage.ish.ish

2004
venue : masjid negeri shah alam, perhimpunan ma'ahad seluruh selangor

si comel : hey, assalamualaikum, what's your name?
si anggun : hai, wa'alaikumsalam.saya maryam
si comel : awak pandai cakap melayu?
si anggun : *senyum

maka bermulalah kisah berutus surat, bergayut telefon, berbalas email.

2009
venue : yahoo mail

si anggun : aisha, i'm married with one daughter
si comel : wahhhhh!

2011
venue : national zoo malaysia

si comel : lamanya tak jumpa enti!! *sambil peluk melompat-lompat
si anggun : a'ah my baby fatim pun dah masuk 3 tahun.


how time flies by kan?

soalan membunuh maryam badiaga : kenapa enti tak kawin lagi?

ana baru 20 laaaaaa!

Wednesday, October 5, 2011

the everlasting love

he may seems like a typical malay guy.
but he's awesome to me.
ini la bila dah sebulan tak jumpa.
lepas tu bila dah jumpa mata tak tidur 24 jam pun jadi segar.
borak during the whole journey.
from cars to economy, politics, study and life
well, i'm a good co-pilot

love you abah.
thanks for fetching me back from segamat.
thanks for helping me carrying all those 'anak gajah'

"esha, tolong picit abah"
my pleasure babah!


besides the beloved parents and families, there's another love.


perhaps it's almost 5 years we haven't meet.
itu pun once in 5 years.
oh dear, from the last in 2003 then 2009 i guess.
perhaps the next is when you get married soon. woot!

"ciah, kite kat kaybee ni"

"which hotel?"

"i'll pick you in 5minutes"

such a nice meeting. yeah you know when the loves meet. borak sampai subuh.
sampai sekarang borak macam gila kat ym and skype.
i never feel you are far apart from me even jumpa 5 tahun sekali!


i wonder i have some friends yang macam tu.
pernah jumpa sekali je tapi then contact dah macam best friend.
jumpa 5 tahun sekali tapi rasa macam jumpa jari-hari.

perhaps thats why i can't defined love.
it's something awesome and great!

Tuesday, October 4, 2011

it wont let me sleep.

selalu nampak dia dari jauh.
cuma jarang dapat bersua.
kali pertama berjumpa bersalam dan berpelukan.
terus berlinang air mata.

perhaps i miss her so much.

rasa hangat peluk dia ibarat peluk para murabbi di bumi tarbiyah dulu.
tapi sayang perkenalan kami tak lama.

musytaq 'alaiki jiddan. barakallahu fiiki


ya Allah, aku rindu jiwa-jiwa hebat mereka.
sungguh aku tak pandai bermanis kata melafaz rindu.
cukup aku titipkan doa. allahumma ameen.




tonight is my last night here.
perhaps it's the last night ever.

semua orang sedang bermati-matian dengan LAW 240.
mesti ramai mengigau malam ni.

lets do some test for offer.

specific offer - bolton vs jones
general offer - carlil vs carbolic smoke ball
offer must be certain - gunthing vs lynn
offer must be communicated - taylor vs laird, R vs clarke
advertisement - harris vs nickerson
display of goods - fisher vs bell
tender - spencer vs harding
quotation - harvey vs facey
auctioneer inviting bids - section 10 of the auction sales act

wahh, awesome sikit la :)
act yang berbilang-bilang tu dah hafal?

*ok bye, sambung hafal!


p/s : do pray the best for me
Allahuma tammim bil khoir

p/s lagi : tadi sebenarnya macam sedih and kecik hati tapi tak jadi, coz i noe i wont make me cool.ehe




 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords