Tuesday, February 12, 2008

Salam ‘alaik sume~
Rase bersemangat bila ku jenguk – jenguk lembar – lembar kelmarin yang ku catatkan suatu masa di gua itu. Coret-coret yang bernilai tinggi biar pun kadang-kadang ada kartun-kartun comel kawan-kawan yang gatal tangan menconteng sana-sini. Kartun-kartun yang memberi nasihat, kartun-kartun yang meluahkan rasa kasih pada sahabat “ aisha. Jg diri baik2 nnt, uhibbuki fillah~” . ku selak-selak lembar demi lembar lalu terjumpa~

Jamuan kepimpinan 07
[ ntah knape~ tangan rajin nak menyalin kalam-kalam insan yang memberi ucapan di hadapan. Macam dah tahu diri ini akan tercampak keluar dari gua itu. Mungkin nampak lucu bila ku mencatat setiap isi-isi penting dari kalam yang terlontar dari mulut mereka. Namun itulah yang menjadi azimat ku kini ]

Sebenarnya penghuni di situ ramai yang dah bosan dengan tazkirah-tazkirah yang berulang kali diberi. Yang menjadikan tazkirah itu menarik hanyalah bila isinya terkena pada situasi penghuni di situ. Misalnya, tazkirah tentang ‘wa ni’ma ajrul amilin’ rase terkena pada insan-insan sering menganggap diri tak berfungsi dalam satu komuniti tapi sebenarnya setiap yang bekerja itu punya fungsi dalam sesebuah komuniti

Mungkin kadang-kadang penghui gagal mengaitkan diri dengan tajuk tazkirah yang diberi walaupun hakikatnya setiap tazkirah itu punya kaitan dengan mereka.

Banyak kalam-kalam yang menarik yang mungkin boleh dikongsi bersama~

“semua orang berdosa kerana setiap insan itu tak sempurna,
Namun pembuat dosa yang terbaik adalah orang yang insaf dan bertaubat ”
Sentiasalah perbaharui taubat kita
[ manusia ni kan..buat dosa..taubat..buat dosa …taubat…hurm cam tu lah kite nih.. selalu lah beristighfar dan bertaubat agar sempat menggapai maghfirah-Nya sebelum kita dijemput pulang ]

“ setiap muslim itu perlu jelas matlamatnya. Yang jangka panjang dan pendeknya. Mesti punya impian untuk melihat daulah islamiyyah kembali tertegak. Mesti sentiasa improve diri untuk jadi rijal yang berkhidmat untuk ummah dan berusaha membimbing orang-orang sekeliling yang sama berimpian melihat daulah islamiyyah di muka bumi Allah ini ”
“ kenapa kita perlukan sesuatu yang baru sedangkan kita punya sejarah islam yang agung dan pengalaman-pengalaman yang boleh dikongsi bersama dalam komuniti islam kita? ”

“ ar-rahatur rijal ghaflah”

Baiklah~ coretan ini tertangguh setakat ini untuk ku langsaikan tugas bersama buku-buku sekolah ku yang kini jadi teman setia. Ada kitab lain yang dengki dengan keakraban ku dengan buku-buku itu~ Al-Qur’an yang jadi teman setia kala suka dan duka. Sering ku jeling-jeling ke arahnya dan ku tatapnya setiap hari agar keadilan diberikan kepada semua yang berhak ke atas diriku

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords