100508
Huh exam dah abes 14 paper, lagi 12 paper tinggal. Tiada istilah rehat kini. 4.30 pagi lampu dah bernyala. Insan-insan berluru-luru mengurus khidmat diri. Tepat 7 pagi kami dihimpunkan. 7.30 sesi menenyeh otak bermula hingga jam 2 petang. Sesi menenyeh ditangguh untuk memberi laluan kepada jiwa dan perut untuk diisi. Sesi memaksa otak pula bermula hingga azan asar berkumandang. Selesai memberi makan kepada jiwa. Insan-insan kerdil itu berluru ke petempatan masing-masing. Melakukan apa yang patut supaya diri tak dipanggil pengotor atau selekeh. Ada juga insan kerdil yang mengisi senggang waktu dengan membaca nota-nota ringkas untuk persiapan menenyeh otak. Beberapa puluh minit sebelum maghrib dikerah pula keluar untuk menghadap yang Maha Agung dan memberi hak kepada jasad. Selepas maghrib sesi memaksa otak bermula lagi hingga kala waktu kelopak mata tak mampu diangkat. Sebelum memberi hak kepada otak untuk direhatkan kewajipan pada yang Esa ditunaikan. Turun naik ke tingkat 3 di aspuri ditambah turun naik di tingkat 2 di blok akademik. Terasa penat yang melampau bila terpaksa melalui rutin sebegitu rupa tapi memberi semangat pada akal “ lagi beberapa ratus hari je lagi nak skola~!”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment