Saturday, June 7, 2008

great dream = great work

Suatu ketika
Hati menetapkan untuk mencapai impian hebat
Akal mula merancang perjalanan yang lebih hebat
Jiwa bersedia dengan mozek-mozek hidup yang maha hebat
Serasa hati sering dibisik kata-kata semangat
Walau kadang rasa tak tergalas beban
Tak sanggup untuk walau buka mata di pagi hari
Berbanding dulu bangun dengan penuh semangat
Semangat dengan tarbiyah yang mencurah-curah
Memikirkan kenapa jasad masih mampu hingga kini
Masih bertahan dengan kemunkaran
Serasa dibisik satu semangat yang hebat
Untuk meruskan kerja-kerja khalifah
Kaki tetap terus melangkah
Meneruskan jejak-jejak perjuangan
Serasa diri sering ditemukan dengan situasi yang
buat rasa terfikir hikmah yang Maha Esa
Terasa hati dibisik dengan semangat yang berkobar
Tiada alasan untuk bermalasan
Buat akal terfikir tanggungjawab yang memang perlu digalas
Untuk apa hidup~?
Jika muda hanya sementara
Jika seronok tak selamanya
Jika harta tak kekal lama
Jika dugaan sering menimpa
Jika derita sahaja yang kunjung tiba
Tak lain tak bukan
Nilai hidup hanya sifar tanpa usaha seorang mujahid
Hidup bernilai bila dipenuhi dengan
Usaha di masa muda seorang mujahid
Usaha tidak leka dengan seronok seorang mujahid
Usaha tidak alpa dengan harta seorang mujahid
Usaha tidak putus asa seorang mujahid
Usaha bersabar dengan liku-liku hidup seorang mujahid
Sesungguhnya usaha itu yang dinilai di sisi-Nya bukan hasilnya
Impian besar = usaha besar
Usaha besar = korban besar

korban besar = ganjaran besar

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords