Hidup ni tak pernah senang aisha..
Ingatlah tika kita diuji Dia rindu untuk berbicara dengan kita
Dia ingin bicara tentang sabar..
tentang tabah..tentang setia..tentang istiqamah
hati meraung tatkala rasa rindu dan cinta gagal dibunuh
walau bertahun lama menderita fitrah hati
hati sering diuji dengan pelbagai nikmat dan dugaan dari-Nya
hati tak layak persoalkan nasib diri
sebab kita hamba sang pencipta
bawalah taqwa sebagai teman sejati
genggamlah iman sekuat hati
jangan persoal kenapa ujian ini terlalu pahit
kerana perlu diingat syurga itu manis yang abadi
tiada kejayaan tanpa pengorbanan
tiada bahagia tanpa air mata
tapi menangislah kerana taqwa kepada-Nya
tangis kerana rindu kepada-Nya
tangis kerana hina di hadapan-Nya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment