Saturday, August 23, 2008

berhenti jadi gelas

[ I’ve found the story~!!! ]

Seorang guru sufi melihat anak muridnya yang sedang bersedih lalu bertanya, “ kenapa kau selalu murung, nak? Bukahkan banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana pergi wajah syukurmu?”

Jawap anak murid itu, “ sejak kebelakangan ini hidup saya penuh masalah . sukar untuk saya tersenyum. Masalah datang bertimpa-timpa.” Sang guru tersenyum lalu berkata, “nak, ambil segelas air dan dua genggam garam, bawalah ke mari. Biar aku perbaiki susana hatimu itu. Si murid melakukan seperti yang disuruh

“ ambil garam tadi dan masukkan segenggam garam ke dalam gelas itu”, kata sang guru. “setelah itu cuba kau minum airnya sedikit”. Si murid pun melakukannya dan wajahnya terus berubah kelat.“bagaimana rasanya?” tanya sang guru. “masin dan perutku jadi mual.” Jawap si murid.

Sang guru ketawa dan berkata, “ sekarang ikut aku”. Sang guru membawa muridnya ke sebuah tasik lalu menyuruh si murid taburkan segenggam garam dan tanpa membantah si murid melakukannya. “ sekarang cuba kau minum.” Kata sang guru. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air tasik lalu meminumnnya. Terasa sekali betapa air tasik yang dingindan segar mengalir di tekaknya lalu menghilangkan rasa masin air yang diminum dari gelas tadi.

Sang guru bertanya, “ bagaimana rasanya?” “segar, segar sekali.” Kata murid sambil mengelap bibir dengan tangannnya. “ terasakah rasa garam yang kau taburkan tadi?” soal sang guru. “tidak sama sekali.” Kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu minum sampai puas.

“ nak.” Kata sang guru setelah muridnya selesai minum. “ segala masalah dalam hidup ini seperti garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang hidupmu sudah dikadarkan oleh ALLAH, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-gitu sahaja, tidak kurang tidak lebih. Setiap manusia yang lahir di dunia ini pun demikian. Tidak ada satu manusia pun, walaupun dia seorang nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.

Si murid terdiam, mendengarkan. “ tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu bergantung kepada besarnya ‘qalbu’ yang menampungnya. Justeru, supaya tidak rasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan ‘qalbu dalam dadamu itu sebesar tasik~!!!

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords