Satu rutin biasa suatu kelompok manusia~
“hahaha”
“ko memang bo@#$ plak”
“hahaha, ko pun sama bo#$%~”
Dimana nilai seorang sahabat?
Pada wang sakunya?
Pada rupanya?
Pada gayanya?
Pada cerdiknya?
Tidak kurang pada bodohnya
“aku suke bo*** ! kamceng ngn die sebab die lurus..haha~!”
“ari nih ari aku, sok ari ko lak”
“ari ni aku diboikot, esok ko diblasah”
Apa kesudahan kepada nilai sebuah persahabatan yang begini?
Atau..
Mungkin kerana terpaksa..
“aku bukan pe, benci tu memang la tapi aku berlakon je ar depan die”
Urm~benci sangat kalau berhadapan dengan senario sebegini~! Sudahnya mana halatuju kesatuan umat Islam kalau dalam persahabatan sudah ada pergolakan yang enteng tapi punya jangkitan buat hati yang jahil. Zahirnya enteng tapi bisa bikin hati jadi sakit kerna punya jangkitan. Tolong teman-teman jangan biarkan ia berulang dalam hari-hari mendatang kita. Bimbinglah teman-teman sekitar kita yang berpenyakit ini. Rasailah nikmat ukhwah itu. Manisnya kekal ke syurga. Lazatnya merentasi zaman. Jangan biarkan ukhwah yang indah itu dicemari dengan sikap jahil kita.
No comments:
Post a Comment