Omel mak pada satu malam. Sebagai guru penolong kanan beliau selalu 'bergosip' hal-hal sekolah dan pengurusan bersama saya. Well yeah, kami dah jadi 'gossip partner'.
"Esyah tahu niche tu apa? Dalam kamus dewan bitara. It's something yang orang lain takde tapi you ada"
"Oh okay. So everyone ada niche dia tersendiri camtu?"
"Yes, of course. So semalam kitorang geng-geng pengurusan brainstorm untuk ziarah nazir ni. What is our niche"
Oho.
Dari dulu ada sesuatu yang susah saya nak gambarkan. Tadi 'berjalan' sana sini dan jumpa ini.
Antara perkara yang saya paling fobia di dalam hidup ini adalah 'menjadi ketua'.
Saya pernah menjadi ketua asrama. Saya amat tegas dan kasar, hingga tidak menjaga hati ramai ahli asrama saya. Walaupun asrama saya selepas itu menjadi asrama terbaik di sekolah, tetapi nyata hidup di dalamnya ibarat seperti kem tentera. Entah berapa banyak kasut saya sudah buang, berapa banyak orang telah saya denda.
Saya pernah menjadi ketua kepada sebuah kelab remaja. Saya jarang dengar pandangan orang lain dalam mesyuarat. Banyaknya saya buat kepala saya sendiri, dan saya sering paksa orang ikut kepala saya. Saya jarang berikan peluang orang untuk sumbang idea. Akhirnya, walaupun kelab itu berjaya dan kemudian menjadi contoh hingga membina sesuatu yang lebih besar lagi daripada apa yang saya bina, tetap saya telah lukakan hati ramai orang.
Itu belum lagi dengan beberapa tanggungjawab lain yang pernah saya pegang. Biasanya, kalau pangkatnya adalah 'ketua', saya mesti akan jadi kasar dan amat tegas dalam melaksanakannya. Orang kata, tegas tak mengapa, kasar yang orang tak suka.
Sebab itu, 'menjadi ketua' adalah satu ke'fobia'an untuk saya.
Bila saya datang ke Jordan, saya suka lari dari mendapat jawatan.
Saya memang fitrahnya kasar. Sebenarnya. Kemudian saya dididik dengan agak tegas semenjak kecil. Umur 8 tahun saya sudah tidur berhari-hari di dalam hutan. Pernah berkem dan makan berkuahkan hanya minyak. Berjalan berkilometer untuk ke air terjun. Meredah hutan tanpa lampu suluh di kala malam. Saya dulu sampai pernah fikir, saya ini dibesarkan untuk menjadi seorang panglima perang. haha.
Kemudian saya banyak bersama orang-orang tua sepanjang pembesaran saya. Dan bersama mereka, pandangan saya sering tidak didengari. Mungkin kerana saya budak. Jadi, bila saya 'besar', dan ada 'kuasa', membuatkan saya juga malas mahu dengar pandangan orang. Apatah lagi jika pandangan itu hanya membuang masa sahaja, atau keluar dari perbincangan.
Itu semua membentuk peribadi saya yang kasar. Saya tidak pernah fikir apa orang mahu fikir. Yang saya tahu, saya cakap apa yang saya mahu. Apa yang saya yakin benar. Hingga kini, kalau perasan, benda itu masih ada pada saya.
Walaupun Jordan dan persekitarannya, guru-gurunya, masyarakat melayunya, banyak mengubah peribadi saya, tetapi saya sentiasa fobia dengan 'menjadi ketua'.
Allah izin, saya kini menjadi ketua kepada Team LangitIlahi. Menjadi pengerusi kepada Syarikat LangitIman Resources. Pada usia yang muda. Kadangkala, saya risau jika saya ada lukakan hati mereka, berkasar dengan mereka. Apatah lagi kalangan mereka rata-ratanya lebih tua daripada saya. Ada yang merupakan guru saya, senior saya, kawan kepada ayah saya. Kami pula sering berhubung melalui tulisan yang tidak bernada, memandangkan saya di Jordan dan mereka di Malaysia sana.
Saya berharap, kelemahan saya tidak akan mencacatkan perjuangan ini.
Saya juga tidak pernah redha dengan kelemahan ini.
Saban waktu, saya berusaha menanggalkannya.
Tinggal kadangkala, saya gagal untuk berjaya.
Satu perkara yang saya belajar daripada semua ini adalah,
kita memang perlu sentiasa muhasabah diri.
Dunia tidak akan tunduk mengikuti kita jika kita sekadar berkata 'ikutlah aku'.
Kita yang perlu menjadi 'sesuatu' hingga dunia sudi menundukkan dirinya kepada seorang 'aku'.
Perlu sentiasa muhasabah,
untuk berubah.
Rasa terpalit pada batang hidung sendiri. Ada juga sesekali disuarakan,
"Mak, esyah nak jadi garang macam dulu boleh?"
Garang yang bila ada orang bersuara dalam dorm yang saya diami,
"Ehem, tak nampak orang belajar ni?"
Selepas lima ke sepuluh minit tiada perubahan, mulut lancang bersuara,
"You, shut up boleh?"
Oho. You're so rude aishah ismail.
Dush.dush.
Bahagian fitrah yang agak kasar itu memang serupa. Dilatih dari kecil berkhemah 10 kali setahun. Masak menggunakan kayu api, tidur di dalam khemah 'A' frame, membina gajet-gajet kayu, bekerja dalam teamwork. Segalanya saya mahukan yang terbaik. Tak pernah segan bersuara. Lantang menjerit di padang kawad. Sesat dan lemas trekking di Pulau Pangkor. Masih dengan sifat kasar hingga tingkatan tiga. Teringat ketika masuk tingkatan satu,
"Mak, esyah ada dua je baju kurung ni. Pergi 'prep' kena pakai baju kurung. Mana cukup dua"
Baju kurung yang hanya digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan atau majlis rasmi. Seluar semua berpoket banyak, seperti 'cargo pants'. Pernah juga sekali memotong rambut pendek. Sekali diperli oleh senior,
"Echot, tak payah nak berlagak tomboi. Enti tu muka perempuan. Nak jadi jantan rupa macam pondan pula rasa"
Dush. Terasa panas pipi.
"Enti ni buat kerja ligat. Semua benda nak buat. Tapi duduk bersimpuh juga. Enti ni ayu tahu? Tak payah nak berlagak kasar kalau dah memang feminin"
Bermula dari situ mungkin mula berazam macam-macam. Nak bela rambut, nak belajar pakai kain batik, nak belajar pakai kasut ladies, nak kurangkan pakai seluar.
Fokus utama dari share Hilal Ashraf ini bukanlah soal menjadi ketua. Tetapi sesuatu yang saya dapat dari pengalaman dan menjadikan saya sesuatu. Pengalaman yang tak banyak beza dengan Hilal Ashraf kerana sekolah kami berada di bawah naungan dan sistem yang sama. Sering juga berjumpa junior-junior Hilal Ashraf dalam program-program sekolah di peringkat kebangsaan dan kini masih kekal bersahabat.
Bila berubah dunia, bila berpindah sekolah dan masuk ke universiti, saya tahu banyak yang perlu dibaiki. Saya lebih banyak berdiam diri. Sekurang-kurangnya pun gelak dalam hati atau menjerit dalam hati. Pada zahirnya cukuplah saya berikan segaris senyum tanpa perlu berkata apa-apa.
Pada hari ini saya bersyukur apa yang saya miliki sekarang. Pengalaman yang sangat berharga melahirkan saya yang hari ini. Masih kekal ganas bila perlu :P
No comments:
Post a Comment