Thursday, April 12, 2012

rakus

"Dan orang yang berlumba-lumba, mereka itulah orang yang dekat (dengan Tuhan mereka)"

Waqiah : 10-11

Ia bukanlah perlumbaan mencari harta,
Bukanlah perlumbaan mencapai keputusan peperiksaan yang hebat-hebat,
Bukan juga mencari kedudukan pangkat yang tinggi-tinggi

Tapi satu perlumbaan mensucikan hati
Bagaimana untuk terus gagah dalam fasa-fasa kehidupan mendatang

Entah kenapa hari ni rasa macam nak melambakkan entry di blog. Entah siapalah yang membacanya. Kalau pun tiada yang membaca, banyak juga entry di sini yang dijadikan tempat catatan untuk rujukan hari kemudian. Catatan buat diri sendiri begitu namanya.

Takut esok lusa tiada waktu berbaki mencurah bakti. Siapa tahu ini amalan yang terakhir.

Bila berfikir tentang rakusnya meng-update blog hari ini. Ada satu perkara menjengah di hati. Dulu saya berazam untuk mengulang hafazan surah pilihan setiap hari mesti baca satu surah dan ulangan surah-surah di dalam juz 'amma itu mesti diulang keseluruhannya setiap hari. Biar menjadi basah di bibir saban waktu.

Hari ini bila semakin banyak kali jatuh cinta, ada satu rasa yang sangat rakus. Rasa mahu lagi dan lagi. Tak puas pula bila dibaca ayat-ayat cinta ini. Semuanya rasa tertusuk di hati. Bukan apa, cuma bimbang rasa ini cuma sebentar. Ya Allah hadirkan rasa ini lagi dan lagi.

Ada terdetik seronoknya dan pasti indah sekali andai boleh dibaca keseluruhan 30 juzuk itu seperti membaca novel. Rekod saya satu novel selalu habis dalam 3-4 jam. Tak susah untuk faham jalan cerita sebuah novel. Faham kerangka cerita dan pasti tak banyak berbeza dengan cerita novel-novel lain. Tapi ada juga pengecualian untuk novel-novel yang memang menambat hati. Kalau boleh setiap bait kata di dalam novel itu mahu dihafal dan dihadam. Itulah yang dirasa bila membaca kitab suci yang satu ini.

Cuma risau rasa ini cuma sebentar.

Azam baru akan datang berusaha khatam 30 juzuk dalam seminggu.
Moga Allah redha.

1 comment:

Zahidah said...

30 juzuk seminggu? MashaAllah. Rabbuna yusahhil.

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords