Sunday, April 22, 2012

yeay kawin!

Hikhik. Ada orang ajak saya kawin. Eh eh tak bukan. Dia suruh saya berkongsi tentang perkahwinan. Alahai dik, akak ni kawin pun belum. Dia adalah junior saya di SMKA Kuala Selangor merangkap 'anak ikan' saya. Dia hebat tau selaku Timbalan Presiden BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) a.k.a Ketua Muslimah. Masha Allah, dia ni sampai sekarang suka betul merujuk dengan saya. Saya sangka hubungan dengan dia terputus di situ sahaja. Suka betul dia call dan message saya. keke. Rindu lettew!

Oh okay sila abaikan mood yang sedang menggedik-gedik. Then tiba-tiba teringat ada satu buku yang berbincang soal munakahat (perkahwinan) yang dibeli semester lepas. Maka tidak perlulah saya menghurai lebih lanjut pada dia. Oho beli buku ni pun dalam keadaan bersembunyi kerana takut hilang macho. Keke. Tak main la kan jiwang-jiwang ni. Apa kan daya usia makin lanjut maka perlulah juga pada persediaan. Eh persediaan? Takde apa-apa. Sila abaikan.


Best cara huraian dia. Disokong dengan dalil dan hadith dari sumber yang jelas. Hakikatnya perkahwinan bukan soal 'teknikal' dan hukum-hakam semata. Ia tidak rigid . Medan pembinaan ummah yang bermula dengan dua individu muslim dan pastinya banyak aspek yang perlu diteliti selain hukum dan adab di majlis pernikahan atau walimah semata-mata.

Melangkah ke tangga seterusnya bukanlah persediaan untuk satu hari semata-mata tetapi memerlukan pada persediaan untuk fasa seterusnya, persediaan pada alam seterusnya. Fasa yang mungkin mengambil masa hingga 50 tahun mungkin.

Di satu hari dalam perjalanan ke bulatan gembira,

"Akak, kite rasakan sangat membazir nak buat walimah gempak sangat. Lagi best buat yang simple and tak banyak protokol segala serbi. Biar boleh lepak dengan kawan-kawan and kenal dengan saudara mara lebih lagi. Lagi best duit banyak tu celebrate wedding anniversary setiap tahun by buat doa selamat and ajak orang datang makan-makan in order to thank Him yang masih tak jemu-jemu berikan nikmat bertahan bahagia dengan rumah tangga and thank others too yang doakan masa walimah dulu and teruskan doakan hingga akhir hayat"

Hurm. Macam tu la kan bila usrah-mate semua tua-tua belaka. Kiki tua! No gedik mengada. Perbincangan yang matang-matang je. Ehem. Anda seorang wanita ye harap maklum. Oho wanita.


Buku ni pun nampak best. Tak baca lagi la tapi. Ehe. Kena tunggu line clear baru boleh beli. 

Jemput yang lain baca sekali. Ehe. Sorry mar, akak keseganan menghurai tajuk ini kerana belum kahwin. Lepas akak kahwin nanti tanya banyak-banyak ye. Keke.


Jika hakikat perkahwinan itu adalah kerana nafsu,
maka pasangan akan selalu bertengkar kerana servis di kamar tidur

Jika hakikat pernikahan adalah kerana harta,
maka pasangan akan lari jika rumah tangga bakrup

Jika hakikat perkahwinan adalah kerana kecantikan,
maka pasangan akan lari jika rambut mula beruban
dan muka mula kerepot atau badan jadi gendut

Jika hakikat perkahwinan adalah kerana zuriat,
maka pasangan akan cari alasan untuk lari
jika tiada rezeki dikurniakan anak

Jika perkahwinan adalah kerana keperibadian,
pasangan akan lari jika berubah tingkah lakunya

Jika hakikat perkahwinan adalah kerana cinta,
hati manusia itu tidak tetap
dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik
tanpa kita sedar cinta itu hilang

Jika hakikat pernikahan adalah kerana ibadah kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk


Jadi soal pernikahan bukanlah kerana mahu mencari imam dalam kehidupan kerana dia juga manusia biasa yang pasti ada salah silapnya. Bukan juga soal ingin menjadi teman hidup kerana dia juga makhluk Allah yang pasti akan mati satu hari nanti.

Jadikanlah perkahwinan sebuah medan lebih banyak peluang mengutip pahala dan menjadi saham di akhirat kelak. Anak-anak itu boleh jadi saham yang tiada tarikh expired bila berjaya dididik dengan kefahaman Islam yang jelas. Tapi bukanlah anak-anak semata yang boleh menjadi saham akhirat kan?

"Abang, terima kasih kerana memberi saya peluang menimba pahala sepanjang abang hidup. Moga kita bertemu lagi di syurga"

"Along, terima kasih kerana menjadi sumber saham akhirat ummi. Moga ia turut menjadi saham akhiratmu sayang"

Jika suramnya hari itu, itu adalah hari untuk kita mendapat pahala sabar lebih
Jika nikmatnya hari itu, itu adalah hari untuk diuji tahap kesyukuran kita

Sungguh hidup ini adalah mencari redha Allah semata kerana hanya Dia yang kekal selamanya.
Cinta yang sejati adalah bila bertemu kerana-Nya, berjanji bersama ke syurga dan berpisah juga kerana-Nya. Cinta Dia, redha Dia, sayang Dia yang kita damba.

Cukuplah Allah bagiku.

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords