Tuesday, May 8, 2012

berita kematian

Semalam sambil scroll down di news feed facebook, terlintas beberapa khabaran tentang kemalangan.

"Eh, accident apa ni?"
"Ada yang meninggal. Innalillah"
"Ya Allah. kawan ana ni!"

1992-2012

Bergenang air mata. Mula terimbas kenangan bersama arwah di jambori kebangsaan beberapa tahun dulu. Biarpun arwah bukanlah sahabat yang rapat. Cuma sesekali berjumpa, lepak, borak bersama dalam beberapa aktiviti anjuran MGB SIM dan sempat kenal muka ketika di SRI Hira' Klang sebab beliau batch yang lebih junior.

Berita kematian sering membuat kita rasa sedih apatah lagi bila kenalan sendiri dan tidak dapat dibayangkan kalau sahabat sendiri, yang saban waktu dia yang jadi tempat rujukan menggedik, mengada, diherdik agar kembali ke 'track' perjuangan semata-mata demi redha Allah. Ya Allah ukhuwah ini terlalu hebat ya Allah. Janji cinta kami biarlah sampai ke syurga.

Hakikatnya kematian itu sudah ditetapkan sejak alam rahim lagi. Yang pergi akan tetap pergi. Tidak akan tercepat atau terlambat.

Berita kematian sepatutnya menjadi ruang untuk kita berfikir,
Kalau aku mati saat ini bagaimana?
Sudah cukupkah bekalan akhirat kita?
Adakah mak abah redha?
Adakah sahabat handai sudah memaafkan dosa kita?
Adakah ada dosa yang kita tidak tahu?
Mungkinkah ada hati insan terguris kerana kita?
Allah.

Kafa bil mauti mau'idzon.
Cukuplah mati itu sebagai peringatan.

Buat insan-insan yang membaca entry ini,
Maafkan salah silap terkasar bahasa, terlebih kurang dalam hak ukhuwah, mungkin ada hutang yang tidak tertunai, boleh maklumkan sebelum nafas ini berakhir. Moga kita bersama peroleh husnul khatimah, penghujung yang baik.

Moga Allah redha.

1 comment:

Unknown said...

kitorang kt uia sangat2 terasa sebab ramai kawan2 die kat sini..semoga dapat bertemu kembali kat syurga nnti insya Allah

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords