Wednesday, July 18, 2012

Love need repetition

Sambil menghirup teh panas melegakan tekak dan hidung yang tersumbat, teringat kisah selepas penghijrahan Rasulullah ke Kota Madinah. Bagaimana Sa'id menawarkan isterinya-isterinya untuk dinikahi oleh para muhajirin. Kisah Abdul Rahman Al-Auf yang mencari pasar agar beliau boleh menjalankan perniagaan beliau berbanding menerima sedekah golongan Ansar.

Meninjau kisah sirah yang bukan sahaja mengajar kita untuk ithar atau mengutamakan orang lain tapi juga tidak mengambil kesempatan atas kesenangan atau tawaran yang diberikan. Malah berusaha dan berdikari tanpa terus menerus mengharapkan orang lain. Allahu.

Dahulu mungkin kisah sirah seperti ini seperti halwa telinga yang diulang-ulang. Tapi percayalah yang diulang-ulang oleh mak ayah, ustaz ustazah itulah yang suatu hari nanti akan menusuk di hati.

"Love need repetition"

Melihat ibu kita suatu ketika dahulu yang tak jemu-jemu melatih kita bertatih. Berapa kali pun kita jatuh dia masih tersenyum dan bangunkan kita kembali. Betapa comotnya kita pun dia masih terus duduk di situ dan membersihkan diri kita. Dulu saya kurang melihat perkara ini. Mungkin kerana kita tidak nampak secara langsung atau tidak mampu membayangkan kesungguhan ibu kita mendidik dan menjaga kita.

Sesi latihan berenang bersama ibu tercinta sejak menginjak usia lebih 20 tahun ini banyak menyentuh hati. Betapa si ibu tak jemu menyuruh proses buble-straight-kick. Mungkin juga ini proses atau perasaan yang sama dia lalui ketika melatih saya bertatih, mengaji quran, membaca Peter and Jane, membuat latihan matematik, menghafal hadith. Masha Allah. Moga Allah sayang kita berdua mak.

Selaku anak sulong perempuan banyak perkara yang saya lalui bersama mak. Biarpun mak saya bukan jenis yang suka mendengar luahan hati kerana bagi dia itu merungut. "Be thankful my dear", ayat yang sering diulang-ulang.

Entah kenapa semakin berusia semakin banyak mengenang jasa mak. Berada di tahap ini dan bermuhasabah setiap tindakan. Apa yang patut apa yang perlu dihindari banyaknya hasil didikan mak. Biarpun zaman kanak-kanak yang lebih manja dengan ayah somehow didikan mak lebih banyak menyerap. Sesekali merajuk dengan mak pun, abah akan kata, "She loves you more than anything"

Aha. Thanks Allah the tears rolling down. Memang orang demam ni emosi tunggang terbalik. How I wish to have my mom by my side right now. Even sebenarnya saya seorang pesakit yang sangat berdikari. Demam pun boleh masuk dapur masak sendiri, cari ubat sendiri. But at least I have someone for sure without doubt who i love her and she loves me because of Allah. This is not just a mom-daughter relationship but also a murabbi-mutarabbi, sahabah sahabiah long lasting eternal relationship. She nor me wont be sad if any of us pass away first. But we will regret if we dont contribute and give such tarbiyah and teach me who is Allah.

"Keep going baby comel mak. Kejayaan itu kuncinya usaha. Usaha yang berulang-ulang"

Ye kejayaan itu memerlukan sesuatu yang berulang-ulang. Sebab tu kena buat latihan taxation 3-4 set. Sebab tu kena buat latihan costing 5-6 set. Sebab tu kena buat latihan financial accounting 5-6 set. Sebab tu kena spend masa 1 jam setiap hari menghadap partnership and corporate law. Semuanya agar terus jatuh cinta pada pelajaran kita. Mungkin la kan. Ehe. Rabbuna yuqawwiy ya Allah!


Siapa je yang mampu sayang dan cinta kita seperti ibu sendiri?

Ummi ya ruhi wa hayati

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords