Lately sungguhlah banyak dalam newsfeed gambar kawin, updates pasal pregnancy, updates orang sana sini dapat baby. Subhanallah meriah sangat rasanya. Besides the normal feeling yang macam,
"Sweetnya kawin awal"
"Bestnya dah kawin ada body guard"
"Comelnya baby dia"
"Nak baby jugak"
"Nak kawin jugak"
Pasal kawin macam dah banyak sangat je orang bincang and macam segan nak bagi opinion pasal kawin sebab tak kawin lagi. Lagi pun macam tak best la kan asyik hal kawin je. Angau sokmo. Let it comes naturally. Allah knows best.
Al-kisahnya nak cerita a few days back,
"Mak, Esyah time baby cemana eh? Ada gaya budak gedik manja cewek ke gaya baby genius ke?"
"Esyah baby jalan confident je. Muka tak pernah cuak. Apa Esyah nak buat semua lanyak je"
LOL for me baby yang tak tahu malu. But until now I can feel the feeling of tak malu tu. Memang sometimes kita kena jadi sangat berani for something tapi selalu juga kita jadi tak malu pada perkara yang tak patut. Something should be think again.
Baby dan kekanak riang yang selalunya tak reti penat. Tak reti takut. Yeah I miss that.
Bila mengisi masa sesekali di rumah dengan adik yang bongsu mula terfikir,
"Dah besar dia ni. Dulu baby je. Tak lama lagi dah besar handsome tak boleh nak manja sangat macam ni"
Well, kita yang dewasa ni selalu ada perasaaan yang 'We are the best'. Tanpa kita sedari ada banyak sisi lain pada orang lain yang boleh diambil pengajaran. Seburuk mana sesuatu perkara itu carilah cantiknya. Benci mana kita pada seseorang itu carilah baiknya. Perit mana pun dunia ini masih banyak perkara lain yang membahagiakan. Kenapa perlu fokus pada perit, pada buruk, pada jahatnya?
Biarpun sebenarnya nak mencapai tahap mampu meredhai terhadap sesuatu perkara atau memaksa diri menerima kebaikan yang kita benci itu sangat sulit dan perit. Macam semalam bila berborak dengan seorang best friend,
"Badan kita ni jahat tau suka comfort zone je. Let's say you dah workout from two weeks then badan dah selesa dia akan jadi stagnant (tak berubah)"
Perkara yang sama juga berlaku pada nafsu dan hati kita. Susah betul nak bangkit. Degil betul nak jadi baik. Kadang-kadang kita seseolah dipaksa untuk jadi baik dengan diuji, dengan diberi keperitan supaya kita belajar dan berfikir, muhasabah dan buat peningkatan untuk diri sendiri. Itulah perkara yang mendewasa dan mematangkan kita. Nilai kematangan seseorang yang bergantung kepada cara dia menyelesaikan masalah.
Sedih merajuk dan putus asa atau duduk muhasabah dan terus melangkah, kita yang pilih.
Putus asanya kita pada sesuatu pasti tidak membawa apa-apa perubahan pada diri. Terus di takuk yang lama dengan perangai lama dengan beranggapan kita lah yang terbaik sedangkan kita tak pernah buat apa-apa perubahan dan peningkatan diri. Tak mustahil kita yang berumur 20 tahun hari ini masih bersifat kita 10 tahun yang dulu.
Berbezanya kita mungkin pada pertambahan skil atau kemahiran hidup. Dah pandai memasak atau lebih petah berbicara tapi memasaknya kita itu atau berbicaranya kita adakah dengan hikmah dan bijaksana? Hikmah dan bijaksana yang bukan hanya sedap masakan tersebut tapi juga maklum tentang khasiat dan kesan khasiat tersebut pada tubuh badan, menepati selera golongan sasaran kita atau tidak.
Bagaimana pula cara kita menyelesaikan emosi kita? Dilanda masalah terus berduka lara menangis hiba mengadu ke sana sini dan akhirnya berusaha sehingga tercapai apa yang dihajat? Adakah cukup hanya berbekalkan keinginan yang kuat dan nafsu yang tamak haloba sehingga tidak memikirkan nasib orang lain yang mungkin kita 'terpijak' atau diketepikan haknya? Lebih penting lagi adakah kita sentiasa memastikan dalam setiap tingkah laku, setiap gerak hati, setiap keputusan adalah beriringan dengan redha Allah?
"Sebolehnya dalam setiap inci kehidupan kita ada dalilnya"
Sebuah gabungan hamasatusy syabab dan hikmatusy syuyukh (semangat pemuda dan kebijaksanaan golongan berumur) yang jarang dipandang kepentingannya. Tanpa disedari banyak masalah, banyak tribulasi dalam kehidupan kita ini kuncinya di sini. Keterbukaan kita pada penerimaan dan kesudian kita dalam memberi secara ikhlas.
Secara tak sedar definisi 'pemuda' tersebut turut boleh diterjemahkan sebagai junior atau freshie dan 'golongan berumur' sebagai seseorang yang lebih senior dalam sesuatu perkara. Boleh jadi junior sekolah, junior dalam sesuatu kelab, junior di tempat kerja.
"Is someone not a human first, above all? So forgive, love, respect and cherish!" - absolutemar
PS : Ehe asalnya nak cerita pasal baby je, otak berkembang cepat sangat ni. Hehe. Tak rujuk apa-apa pun. My random personal opinion selepas whatsapp dengan 'Baby Neny' tadi. Love you fillah
Wallahu 'alam.
Doakan nak exam next week.
Rabbuna yusahhil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment