Wednesday, November 21, 2012

adik-adikku sayang

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Allah telah berfirman dalam ayat 2-3 surah Al-Ankabut : "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?


Bila adik-adik bertanya,

"Macam mana nak buat kak?"

"Nak buat apa lagi kalau cuma sabar, bertahan dan berjuang sahaja pilihan yang ada"

Adik-adik senyap. Ada jeda dalam suara mereka. Jelas muka risau dan takut di riak wajah.

Pastinya bukanlah sabar, bertahan dan berjuang sehelai sepinggang. Banyak bekalan penting yang perlu dibawa bersama.


"Jangan ambil mudah atau pandang remeh walau sekecil pengisian pun. Biarpun hebat mana pengisian yang pernah adik-adik dapat sebelum ini, pasti ada nilai walau sekecil biji sawi atau sebesar zarah yang mampu menyuci dan menggagah jiwa kita"

"Dunia luar saat tercampak keseorangan bukanlah semudah yang disangka dan tiada jalan pulang atau peluang melarikan diri"

"Jangan menyerah sebelum berjuang. Itu medan amal sebenar kita"

Semuanya jeda.

Akak tahu adik-adik kuat dan hebat. Berlari berderulah wahai adik-adikku!


Tolong jangan pernah mungkiri janji dan tekad yang pernah kita sematkan dahulu. Buktikan hasil pengalaman kalian yang menimba bergunung mutiara.

"Mana pergi hasil ratusan atau mungkin ribuan sekolah agama, tahfiz, pondok, madrasah, selama ini? Kenapa sangat susah untuk melihat mereka menjadi wakil masyarakat atau memegang posisi penting dalam masyarakat atau setidak-tidaknya menjadi wakil-wakil suara kelompok mereka?"

Ayat sentap Pengarah IKIM Datuk Nik Mustafa Nik Hasan dalam satu seminar di Kuala Lumpur suatu masa dahulu. Ayat yang sentiasa terngiang-ngiang di fikiran.

Mungkin tidak perlu menjadi perdana menteri atau artis pujaan yang sentiasa terpampang di dada akhbar tetapi sekurang-kurangnya mampu menyerap masuk ke dalam masyarakat dan mendidik masyarakat dengan sejahtera. Kelihatannya sekarang ini seperti tiada didikan agama atau polisi yang mengambil kira aspek agama. Adakah kita hanya sibuk menjaga jubah dan sejadah sendiri dan melupakan orang lain yang turut mempunyai haknya terhadap diri kita.


Wahai diri yang beribu alasan,

Tidakkah kamu tadabbur firman Allah swt ini ?

انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah : 41)



No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords