"When i fall, I fall hard"
Kata mak, kata-kata ini hanya relevan pada kekanak yang tak matang. Macam kekanak yang tak dapat chocolate dan mula buat tantrum di tengah alam.
"I want it! I want it!", menangis menjerit-jerit sambil berguling di atas lantai shopping mall.
Sesungguhnya kita cuma digalakkan berlumba-lumba dalam perkara kebaikan. Apa pun kebaikan yang dikatakan itu mengikut awlawiyatnya juga. Perkara dalam ibadah fardhu sebagai contoh dalam situasi kemarau dan sumber air mutlak sangat sedikit maka kita tidak boleh mengutamakan orang lain dan harus untuk berebut.
Ada satu masa dahulu, tahun 2006 mungkin.
"Mualimah, ana tak nak tukar kumpulan usrah ni. Ana tak kira nak juga usrah dengan mualimah"
Rebel dan mogok kononnya ketika itu, duduk sebaris di hadapan kelas. Oh rasa sungguh tidak matang bila dikenang kembali. Kejadian seperti itu sebenarnya berulang beberapa kali cuma dalam keadaan reaksi yang lebih matang. Setiap kali perkara sebegitu berlaku seharusnya kita merenung kembali. Niat dan tujuan kita menghadiri halaqah-halaqah ilmu, bahkan niat untuk menghadiri atau melakukan apa pun adakah kerana penyampaiannnya, muwajjihnya? Di mana niat yang suci murni yang dikatakan memang tulus kerana Allah? Untuk mengetahui sesuatu perkara tersebut dilakukan dengan ikhlas kerana Allah tidak susah, terutama sekali bila ditimpa sesuatu ujian.
Menghadiri kuliyah atau tazkirah dengan tajuk yang sama atau tajuk yang dirasakan sangat remeh bagi kita tanpa menyedari bahawa keberadaannya kita di situ ibarat berada di taman syurga yang dinaungi dengan sayap-sayap malaikat. Sesuatu yang abstrak dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar sememangnya sangat susah untuk difahami melainkan dengan kehadiran mata hati. Memahami bahawa kelebihan majlis ilmu yang bukan sekadar sebagai penambahan ilmu tetapi juga sebagai muhasabah dan menguji daya kefahaman kita untuk memahaminya dari aspek yang berbeza.
"Majlis ini rupakan salah satu dari taman-taman syurga dan dinaungi sayap-sayap malaikat yang sentiasa berzikir kepada Allah, bahkan wajah-wajah ini juga merupakan wajah-wajah calon syurga", ayat sentap yang buat mengalir air mata jika difahami dengan hati.
"Yelah, kau tahu tak aku ni bukan sahabat rasulullah yang dijamin syurga. Buat amal banyak pun belum tahu diterima ke tidak. Masalahnya banyak mana sangat pun amal aku ni. Aku risau. Sanggup ke nak duduk neraka walaupun sekejap?"
Menyedari bahawa hidup ini adalah satu perjalanan pastinya memerlukan kita yang sentiasa berjalan bahkan berubah mengikut situasi. Dahulu bajunya dress baby berenda sekarang kita lebih memilih baju kurung atau jubah. Dahulu kita bersama program kanak-kanak sekarang kita duduk bersama lingkungan dewasa.
Dahulu kumpulan kita cuma rakan sebaya, tapi kini ada team-mate yang sudah bekerja, sudah berkahwin. Dahulu cuma bermain di taman permainan, tapi kini bergotong royong memasak bersama makcik-makcik pelbagai umur. Pastinya juga tajuk perbualan kita sudah lebih matang.
"Macam orang putus susu. Mana boleh dah berlari melompat sana sini masih nak menyusu. Umur awak dah dewasa mana boleh dengar rancangan kanak-kanak lagi. Awak dah bekerja kenapa masih masih menumpukan pada kerja-kerja universiti."
p/s : masalah critical thinker ayat caca merba tak ikut flow, otak banyak sangat cabang. tapi bak kata dia, "as long as i delivered the message"
Ada unsur matang yang semakin bertambah aku rasa.
Matang yang aku tak minta tapi atas keperluan.
"Kenapa nak sibuk hal-hal orang dewasa? Chill la. Kita kekanak lagi kot sibuk menggedik menebarkan kasih sayang melepak dengan geng-geng kita"
"Sorry, gerabak aku laju sikit dan masa terus berlalu tak menunggu aku untuk terus bermanja. Perjuangan aku bukan setakat ini sahaja"
Aku rindu mualimah Aishah Ramli naqibah usrah kerepek darjah 5.
Aku rindu mualimah Ummu Khadijah naqibah yang suka main calit krim kek.
Aku rindu kak Khansa' AJK belia remaja yang suka buat explorace kat bandar Shah Alam.
Aku rindu Cikgu Norizan yang suka ajak datang rumah.
Aku rindu teman baik sehati sejiwa tekad janji berpimpin tangan ke syurga.
Tapi aku tahu aku semakin dewasa dan perjuangan aku panjang lagi. Sesekali bila bersua ada sinar mata yang jelas saling merindu tapi ada satu bisik,
"Go aishah. Berlari dan berderulah. Moga terus kuat dan kita berjumpa di syurga"
Moga Allah makin sayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment