Saturday, November 10, 2012

Jaulah to Jakarta : Day 1

Sebuah rancangan 'kekanak riang' yang selalu berangan nak travel sesama akhirnya menjadi realiti. Berangan travel di negara yang ada kawan atau kenalan di sana. Alhamdulillah we have made it. Perjalanan penuh erti selama 5 hari di bumi Jakarta.

Semuanya bermula bila satu hari ketika sibuk di sebuah program 'konferens riang', seorang kawan yang cun lagi baik hati call,

"Aishah! Ada tiket murah RM250+ ke Jakarta ni. Kite dah check jadual cuti sem awak nanti sama dengan cuti mid-term kite. Jom!"

"Haaa jom!"

Confirmation yang dilakukan saat itu juga. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami berdua.

Dengan tema duo back-packers kami memulakan perjalanan dengan menaiki KTM seterusnya ERL dari KL Sentral dan Shuttle Bus ke LCCT. Sebelum bertolak dari rumah pagi itu sambil menyediakan sarapan pagi terasa rugi pula kalau beli makanan di LCCT nanti. Maka diambil 4-5 ketul ayam digolek-golekkann di dalam mangkuk bersama sedikit bahan dan dibakar di dalam oven. Memilih untuk bakar kerana lebih healthy dan jimat masa, sambil masak sambil mengemas rumah dan bersiap. Sekitar jam 12 tengahari kami tiba di LCCT dan terus ke self-check in terminal, hantar luggage dan solat zohor serta jama' asar. Masa berbaki untuk menunggu boarding, kami lunch di Food Court bersama bekal ayam dan nasi putih yang dibeli bersama sedikit sayur dengan harga RM5 untuk dua orang.

Flight berlepas sekitar jam 3.30 petang waktu Malaysia dan tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Sukarno Hatta jam 5.30 petang waktu Jakarta. Servis telefon yang bermasalah dengan roaming service menyukarkam kami berdua untuk menghubungi teman-teman di Jakarta. Solusinya kami bertanya di information counter,

"Nak tanya, kat sini ada public phone tak?"

"Sorry, can you speak english?"

Oh walaupun bahasa Indonesia dan Malaysia hampir sama tapi masih tak mampu untuk berkomunikasi dengan staff di situ.

"Sorry miss, I want to make a phone call but where can I find a public phone?"

Sungguhlah ketika bermusafir teknik komunikasi itu sangat penting. Bukanlah setakat perlu tahu asas bahasa Inggeris tapi juga sedikit asas dan lenggok bahasa di negara yang kita pergi. 

Maybe I should use, 

"Permisi mbak, di mana sih saya bisa buat panggilan telefon?"

Jam-jam awal yang masih belum mengadaptasikan lagi lidah ke slanga tempatan. Ada senyum-senyum kegelian hati bila mendengar dialog seakan di dalam sinetron tapi lama kelamaan kami sendiri yang berbahasa Indonesia, teknik penting untuk sesi tawar menawar ketika membeli belah!

Sekitar jam 6 petang baru kami dapat bersua dengan Mbak Yuni dan keluarganya, Nenek Sofeah dan Mbak Mustika yang comel. Perjalanan yang sepatutnya kurang sejam dari airport atau dipanggil 'bandara' di sana menjadi lebih 2 jam perjalanan kerana kesesakan lalu lintas di sana, Jakarta yang sememangnya terkenal dengan 'macet' nya. Rupanya kenderaan yang kami naiki adalah kenderaan pinjam dari 'kantor' jirannya. Masha Allah terharu sungguh kami dengan sambutan yang diberikan. Kawasan rumah Mbak Yuni kelihatan sangat menyedihkan tapi sungguh hangat dengan hubungan kejiranan yang sangat mesra. Rumah Mbak Yuni yang jauh ke dalam dan tidak dapat dilalui dengan kenderaan memberikan kami pengalaman untuk mengucapkan salam pada kejiranan di situ.

"Ini cucu saya dari Malaysia", ujar nenek memperkenalkan kami kepada setiap jiran yang berselisih di sepanjang jalan menuju ke rumah Mbak Yuni. 

Di sepanjang jalan ke rumah Mbak Yuni selain berselisih dengan jiran-jiran yang mesra, kami turut berselisih dengan ayam dan itik!

"Di sini itik dipanggil 'bebek'", kata Mustika

Informasi awal yang kami terima ketika menghubungi Mbak Yuni tentang hajat kami yang ingin bermalam di rumahnya, 

"Rumah mbak jelek sekali tahu. Betul mahu bermalam di sini atau mahu di hotel saja?"

Dengan niat yang memang mahu bersama masyarakat dan mengenali kehidupan sebenar di Jakarta, pastinya itu satu peluang yang sangat-sangat dinantikan. Bayangan hotel mewah dan makanan yang indah-indah terhidang di depan mata memang tidak terlintas di fikiran. Walaubagaimanapun rumah Mbak Yuni dikira antara rumah terbaik di kawasan itu. Rumah dua tingkat yang punya sebuah bilik di tingkat atas sebagai ruang istimewa menyambut tetamu atau kegunaan istimewa oleh anak-anak Mbak Yuni. Rumah kecil yang cuma memiliki 2 bilik kecil, satu bilik air, dan 2 kipas kecil, tanpa sinki dapur ini masih mampu menghidangkan kami bubur kacang, limau mandarin, rendang daging, kangkung goreng belacan dan tempe goreng buat makan malam tetamunya. 

Kedatangan kami disambut dengan anak-anak jiran yang belajar di rumah Mbak Yuni. Mbak Yuni yang merupakan 'ketua warga' atau ketua kampung di kawasan kejiranan  tersebut sering menjadi tempat rujukan masyarakat sekitar dan rumahya menjadi tempat anak-anak di kawasan kejiranan tersebut untuk belajar. Semangat Mbak Yuni dalam membantu anak bangsanya sangat mengharukan kami berdua.

Malamnya kami 'capek' sekali. Malam-malam kami di Jakarta memang tidak keluar ke mana-mana. Mungkin kerana kepenatan berjalanan sepanjang hari. Sekitar jam 8 selepas isya' waktu Jakarta selalunya kami dah terlena di atas katil. Banyak aktiviti sepanjang siang hari di Jakarta.

"Abah tahu, kat sana pukul 8 malam Esyah dah tidur sebab siang tu penat sangat", celoteh dalam kereta bersama abah dalam perjalanan pulang dari airport ke rumah.

"Baguslah malam tak keluar. Kat sana malam bahaya", jawap abah.

I guess my daddy's prayer has been answered. Alhamdulillah everything's safe and sound back in Malaysia  again. Will continue the journal later with experience of meeting the awesome Malaysian students and mingle around with the Jakarta's people.





No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords