Tuesday, November 20, 2012

Jaulah to Jakarta : Day 2-4

subuh di Cipinang

Hari kedua bermula dengan subuh di jam 5.15 pagi. Kepenatan perjalanan dari 'bandara' ke rumah Mbak Yuni membawa kami ke labuhan mimpi lebih awal dan segar lebih awal. Pagi itu kami mengikut Mbak Yuni ke pasar pagi dan bersama Nenek Sofea menghantar Mustika ke sekolah. Pasar pagi yang berlainan dengan pasar di Malaysia. Tempe yang 'gede' banget! Kuih muih yang sangat murah. Kanak-kanak sekolah rendah yang berlari girang menuju ke sekolah; wajah-wajah harapan bangsa, wajah-wajah harapan ummah, wajah-wajah kebanggan Rasulullah, wajah-wajah yang aku impikan bertemu kembali di syurga, begitulah potensi besar pada jiwa yang muda lagi suci.

Sekitar jam 10 kami ke tadika di balai warga. Tadika yang ditubuhkan atas usaha penduduk tempatan sendiri demi pendidikan anak-anak mereka. Balai warga yang dijadikan tadika dengan yuran percuma dan guru-gurunya terdiri daripada wanita-wanita yang nampak kehadapan dalam kalangan masyarakat setempat. Pasti usaha ini dijalankan atas dasar sayangkan anak-anak dan mahu mereka berjaya di masa depan. Tidak semewah kita di Malaysia pastinya memberikan satu perjalanan yang penuh muhasabah buat kami berdua.


balai warga

tadika balai warga

tuition di rumah Mbak Yuni

"Adah, nak kawin dengan orang cina sebab derang bangsa yang rajin berusaha"

Satu persepsi biasa yang dilihat bila di Malaysia melihat bangsa Cina yang rajin berusaha tapi di sana semuanya nampak sangat rajin. Pasti terlihat di mana-mana sahaja orang menjaja barangan untuk dijual. Pasti kelihatan di mana-mana orang memikul guni besar. Makanan sangat mudah diperolehi dan hampir semua makanan ada delivery! Pecal delivery pun ada. Jelas sekali rakyat Indonesia sangat-sangat berusaha dalam meneruskan hidup meskipun mungkin banyak faktor yang menjadikan mereka begitu.

Perjalanan kami diteruskan lagi bila berjumpa pelajar perubatan Malaysia di sana. Perjalanan memborong buku dan baju penuh sakan bermula sekitar zohor. Tapi nampak gayanya nafsu shopping buku melebihi nafsu shopping baju.

toko buku buyung, kecil tapi kaya dengan buku yang hebat-hebat dan sangat murah!

tak muat masuk luggage, boleh pack untuk shipping

hasil buruan yang dimampatkan dalam luggage

backpacker or shopper?

Masjid Tanah Abang yang terletak di atas shopping mall lebih 15 tingkat dan blok A hingga F

musolla Central Park

antara buruan utama, akhirnya jumpa di toko buku Gramedia


 Dua malam kami di rumah pelajar Malaysia bersama bakal-bakal BFG (back for good) yang turut sama turun shopping untuk bekalan mereka pulang ke Malaysia nanti. Hari pertama shopping bersama Kak Ain di PGC, Pusat Grosir Cililitan (sebut : pegece) memborong stokin yang berharga RM1 sepasang. Dasar kekanak comel yang sukakan benda-benda comel seperti stokin belang warna warni dan kartun riang ria. Cadangan bagus untuk mereka yang sukakan menutup aurat dengan comel. Tiba di Tomang kawasan perumahan banglo di rumah pelajar Malaysia yang katanya disewa dengan harga 1 juta rupiah atau bersamaan kurang RM300 sebulan. Esoknya ke Tanah Abang yang sangat besar dan penuh dengan manusia dengan nafsu yang ditahan-tahan kerana lebih bersemangat untuk shopping buku di destinasi seterusnya. Beli ala kadar untuk ahli keluarga terdekat. Beg dah gaya student yang belajar di Indonesia. Sungguhlah Jakarta ini syurga bagi pencinta karya!

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords