Wednesday, May 7, 2014

sisa-sisa

sebolehnya sisa itu biar bersih,
biar hilang segalanya tanpa walau secebis,

ya, ia masih tersisa di sana sini,
sekejap begitu, sekejap begini,
sudah ada peningkatan tapi belum cukup memuaskan,

masih ada cubaan mencari peluang,
seolah-olah tiada pilihan lain,
sedangkan banyak cara lain untuk melakukannya

kepercayaan yang hilang tidak mudah dibina semula,
membentuk prinsip bukan kerja mudah,
bukan kerja sekelip mata pastinya,

maaf kerana terlalu teliti dalam pembinaan individu muslim.

bukan kerana cintakan dia
tapi kerana cintakan Dia
kerana Dia, amanah dipikul,
kerana Dia, segalanya mesti diteruskan

walau berat kaki melangkah
walau payah hati menggagah

moga Allah redha

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords