Sunday, September 2, 2012

A long walk

I
Ehem. Ehem. Fuh. Fuh. Sungguhlah berhabuk blog ni. Sorry baby, i just dont have enough time because it has been stolen by moutains of homework and assignments. Peliknya follower bertambah. Kau orang stalk entry hikayat silam ke apa? First and foremost nak welcome the new follower. Hai. *lambai-lambai* Moga ada manfaat kita bersama.

When somedays back during the raya holiday, my cool abah said,

"Apa sangat yang esyah nak share to the whole world. Bukannya artis pun"

Ohoi. Sentap 3 saat kejap. Who knows esok-esok memang jadi retis kan kan. Okay. Jangan berangan. Somehow memang buat kita berfikir. Kalau tak memberi manfaat pada public kenapa nak share di public kan. Baik buat blog private. Maka sebelum lakukan sesuatu di khalayak umum, well yeah blog pun kira khalayak umum apa. Ada je senior-senior mak pak mentua dia stalk blog dia. Ehe bukanlah nak kata jadi sopan santun untuk dapatkan perhatian mak pak mentua tapi sebagai cerminan peribadi kita sendiri pada seluruh dunia dan jadi sopan baik memberi manfaat tu kan sebagai saham akhirat kita juga.


II
Ramadhan berlalu mengikut sunnatullahnya. Moga bertemu lagi di Ramadhan akan datang. Moga Ramadhan yang 30 puluh hari terus bersisa semangatnya hingga ke Ramadhan akan datang. My own Ramadhan was awesome alhamdulillah. Dirai bersama insan sekeliling yang turut sama menghidupkan roh Ramadhan.

"Esyah dah juzu' berapa? Amin dah khatam dua kali", si adik menghantar text message yang buat rasa macam nak cubit dia kuat-kuat.

Abah pun tak kurang, "Hari ni 12 Ramadhan abah dah juzu' 12. Jangan bagi abah menang"

Kemain betul. Geram geram.

Beriktikaf dengan sahabat, adik, kakak, omak tercinta dan mualimah yang anggun lagi bergaya dalam mengejar Al-Qadr. Omak memang dah berkampung di masjid tinggalkan comforter, bantal segala sejak bila pun tak tahu. Sampai malam raya masjid memang dah macam rumah kedua.

PS : Sharing tentang iktikaf dari kakak cun Zahidah Azman 


Dah seminggu raya,

"Mak rindu masjid la. Jom lepak"

Syawal ada lagi kan? Ehe. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Taqabbalallahu minna wa minkum. Wink wink.

III
Alhamdulillah syawal kali ini seronok girang gembira juga. Rumah meriah dikunjungi tetamu. Omak semangat masak bersiap segala untuk tetamu.

"Kita kena beli set pinggan mangkuk ni"

"Kenapa? Bukan nak buat kenduri pun"

"Takpe nanti esyah kawin senang"

Ok la. Kasi chance merancang masa depan. Terima kasih awak-awak yang datang ziarah ke rumah buruk saya. Rasa air tangan yang tak seberapa. Moga kalian datang dan pergi membawa seribu rahmah untuk kami si tuan rumah.

Hurm tapi tak puas lepak borak berguling dengan sepupu-sepupu yang anggun cun.

"Kite kena plan trip bersama baru puas"

"Bila? Set masa, tarikh. Jom"

Fuh. Laju aje.


IV
Di satu petang yang hening. Matahari bersinar syahdu membuai alam. Angin bertiup sesepoi alunan bahasanya. Pantai indah terbentang beradun ombak yang memukul pantai. Sungguhlah aku jatuh cinta. Jatuh cinta lagi dan lagi.

"Kita nak pergi mana?"

"Suprise"

"Kenapa macam cantik je tempat ni"

Kereta diberhentikan, aku terus buka pintu berlari girang.

Argh. Kenapa hari itu terlalu indah!

 first gambar snap selepas berlari girang 





Kadang-kadang cinta tak memerlukan kata-kata. Tak perlukan jejaka tampan mahupun gadis jelitawan. Sungguhlah rosak jiwa taiko tengok pantai pun jadi syahdu. Sungguh nikmat Allah yang mana kau mahu dustakan?

Ini kisah benar. Harap maklum.
Ini kisah cinta. Cinta dari hati. Tulus ikhlas di hati.
Angau.


V
Di satu hari di bulan syawal yang meriah mesra dalam senandung aidilfitri yang berbaki. Berlangsunglah sudah walimatul urus sahabat baik kekasih cinta hingga syurga.

"Hurm, kalau mak tak pergi sekali boleh?"

"Kenapa?"

"Sebab esyah risau nanti esyah borak sakan gelak comel-comel tak ingat dunia dengan kawan-kawan"

Sungguhlah hari itu terlalu indah. Melimpah barakah dari-Nya insya Allah. Bila bertemu dan berpisah kerana Allah. Tiada yang lebih indah dari bertemu sahabat sejati yang berjanji sehidup semati berpimpin tangan hingga ke syurga firdausi. Walau jauh benua memisahkan kita. Kasih dan cinta terus bersemi dalan alunan doa saban waktu. Sungguhlah aku ni berbunga-bunga jiwanya dengan cinta dan kasih mesra samapai ayat gaya novel tahap tak ingat.

Melangkah masuk ke dewan,

"Ana! Akak mana? Kat depan ea? Nampak budak-budak geng batch 14?"

"Tu kat meja tu"

Kemain kalian meriah sakan conquer satu meja bulat besar gaya mesyuarat agong tahunan tarik kerusi tambahan dari meja sekitar. Bertahun tak bersua muka memanglah mengundang rindu yang berimbun. Allahu Allah tak terkata sayang dan cinta di hati ini. Sampai sudah memang macam tak sedar. Macam masuk dunia lain tak pandang kiri kanan sampailah dah melangkah keluar dari dewan. Updates segala kisah hikayat, gelak gembira sopan-sopan.



"Ohoi tingginya heels"

"Kata pengantin kan. Jangan tolak tau. Ni jatuh kang nanti"

Terus ditolak cik puan pengantin

"Weiii, pengantin jatuh"

"Eh eh sambut cepat!"

Wahailah sahabat-sahabatku yang terlalu comel. Sampai dah kawin pun tak sudah comel dan sengalnya. Barakallahu fiik sahabat cintaku, 'Puan Laling', moga berbahagia hingga ke akhirnya. Moga terus saling mendoakan. Moga terus berlagu cinta dalam jalan juang yang penuh ranjau dan duri ini. Moga jannah tempat bertemu pengakhiran kita. Kite sayang awak sampai syurga puan laling. Wink wink


VI
Sesungguhnya hidup ini satu medan dan jalan juang yang jauh dan panjang. Kadang hadirnya perit dan duka terkadang selalu juga dihadirkan bahagia. Jangan diukir kisah duka. Biar cuma yang bersemi terukir indah kekal dalam kenangan abadi itu yang indah buat koleksi memori di masa depan.

"I really meant it. Jangan share hikayat tak best tak comel awak kat blog, tweet ke FB ke please"

"Herm"

Nanti esok lusa kita juga yang selongkar belek kembali kenangan itu. Paling tidak kita hanya akan teringat kenangan yang semakin pudar dimamah masa. Kenangan indah yang diukir pasti mampu sedikit sebanyak memberi semangat di kemudian hari insya Allah.

"Jangan tutup blog awak please. Kite rasa happy and bersemangat baca entry yang awak tulis"

"Allah bagi ilham dan tak suka tulis yang sedih gundah gulana. Hidup terlalu perit untuk ditambah lagi dengan ukiran kisah derita"

Biarkan kisah duka lara derita sengsara itu berlalu dibawa angin lalu, dimamah waktu. Jangan diberi izin untuk dia kembali.

PS : Sebenarnya ada assignment untuk subject markteting on creative thinking yang kena buat novel tu. Agak-agak lulus tak nak buat novel ni? Haha. Ayat berbunga girang betul. Ehe.

Moga bermanfaat.
Moga Allah redha.

Doakan final cuma empat minggu akan datang. Sedang diuji dengan minggu-minggu kesibukan tahap melampau. Rabbuna yuqawwiy


No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords