Sunday, September 16, 2012

Get back on the track

I
Alhamdulillah hari ni dah masuk penghujung Syawal. Ramadhan dah lama berlalu pergi. Jom muhasabah balik setakat mana momentum Ramadhan tu terus memberi impak pada kita sampai hari ini. Kalau dulu berkejar balik dari kelas untuk beli makanan dan berkejar ke masjid untuk berjemaah solat Maghrib, Isya' dan Terawih. Hari ni berkejar lagi tak kita untuk solat awal waktu. Bersemangat lagi tak kita untuk bertadarus. 

Walaupun mungkin tiada lagi ganjaran sehebat dalam bulan Ramadhan tapi kita sendiri nampak kesannya walaupun tiada ganjaran berbentuk fizikal atau material. Rasa lebih menjaga masa. Lebih banyak solat sunat. Lebih rajin Qiamulail. Yang mana hasilnya jelas memberi kita hati yang tenang, fokus dalam pelajaran, tak ada gundah gulana berduka lara. 

Hari ni bila bersedih, teringat hebatnya momentum bulan Ramadhan dulu. Jadilah kamu hamba kepada tuhan bukan hamba kepada bulan Ramadhan. 

II
Allahu Allah. Lemahnya kita sebagai hamba yang leka. Bila masuk musim exam, kesibukan di kemuncak tertinggi, kita mula solat terkejar-kejar, mula baca doa yang pendek-pendek. Mula abaikan hak sesama manusia. 

Bila diuji mula melalak meraung. Macam dah lupa segala tempat pergantungan. Salahkan itu ini. Sedangkan di situ kita kena lihat semula mana amal-amal kita yang cacat. Mana hak-hak yang terabai. Kadang-kadang mungkin kita dah lama tak menangis dalam sujud. Egonya kita dengan Allah. Nak bajet hebat sangat. Lupa ada Dia yang Maha Mendengar Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Maha Mengetahui. 

Dia Allah, Pencipta kita.
Dia tahu mana yang terbaik untuk kita.
Mana yang kita mampu dan tak mampu.
Pasti ujian yang hadir tanda sayang-Nya.
Tanda nak naik pangkat lagi satu.
Tanda penghapus dosa. 

Muhasabah di musim kesibukan tahap melampau.
Getting back on the track

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords