Wednesday, August 6, 2008

tujohOGOS

Esok banyak kerja yang perlu dibereskan. Dalam kesibukan teringat sebentar~ hurm

esok tujohOGOS = hari apa ye?

Mengingat kembali tarikh itu buat hati rasa tersentak dengan kenangan yang meruntun hati.[ ku berazam ia bukan hanya kenangan] Tarikh itu telah mengundang senyum, tawa, duka, dan air mata. Biarlah masa berlalu asal kita punya langkah untuk meneruskan cita-cita hakiki. Kebenaran itu tidak akan sesekali berdusta walau dihalang jarak dan masa. Manira tidak akan sesekali lupa~

moga sentiasa di bawah lindungan redha yang Maha Satu

kisah saya?

Malam itu baru keluar dari kelas berjumpa dengan sorg sahabat,

“kak, pegi balik tido la~”
“huh. Pehal?”
“muka akak penat sangat”
“erk. Muka pnat ke?”[agakla tapi takdela sangat]
“ktorg tak sampai hati tngok akak. Nak ajak borak pun tak berani tengok akak penat sangat”
[huh.terharu]

Di dorm
“malam ni akak takyah la kuar pegi mane2 meeting lg. tido cepat taw. Sume org jangan kacau akak. Biar die tido”
[aku terkesima]
31/7

HUH. I’m so tired today. Pagi tadi rehearsal majlis penyampaian watikah pengawas dan penyerahan tugas exco asrama. Continue to the ceremony until midday then lunch dengan perasmi, timbalan ketua polis daerah kuala selangor. Then as usual sambung keje2 swift desire sampai petang. Hurm~ bile nak buat liqo’ ye? Esok kena gi kursus kat sekinchan. Petang sabtu habis program terus balik rumah for tuition and this weekend ade aqiqah ayyash. Hurm nak jmpe baby~! [ the strive baby ] Rindu nak borak same makciknye..hehe

Kalau la boleh borak dengan baby tu, I’ll ask him how u strive to live in this world? Hurm~ akak [ ke makcik?] respek ngn ayyash~! Chaiyyok~

Lately nih memang selalu kena kuarantin. Huhu duduk dalam bilik LK [ lukisan kejuruteraan ] berjam-jam ngadap computer [ bajet budak LK ] jengok kelas kat blok sebelah rindu lak nak masuk kelas. Hurm~ cane nak cover balik study? Alhamdulillah mak paksa masuk tuition. At least tak de la tertinggal sangat kan?



1/8-2/8

Ari ni birthday sabrina n hanan. May Allah bless you two~
+ umur
+ iman & taqwa
Sab jgn main2 ag. Nak exam dah tuh. Ngeh ngeh sab dah tua. Dah jd makcik kan?
Same goes to hanan. Dah form4 takde masa nak main dah. Kadang-kadang slalu gak tengah-tengah busy uh jerit “ nak main~!” heh. Serius rasa cam robot bile naik upper form nih. Anyway wish you two the best of luck~uhibbukuma fillah

At Alam Desa Seaview Resort & Chalet, bersardin dalam bas dari sekolah dan berpanggang dalam dewan. Takpe..takpe.. tiada yang sia-sia dalam setiap takdir-Nya bukan? Life’s goes on~the best way is always through


3/8

Alat penghubung bergegar tanda ada mesej masuk. Hurm, sape yg kacau daun org nak study nih? Satu arahan untuk bersiap sedia untuk outing. Kami bergerak ke shah alam kemudian ke petaling street mencari bearing tayar kereta. Huh sejak bile aku minat kereta-kereta nih? Hantam saja la~ cari pengalaman. Then ke bukit jalil jmpe associate engineer for national CAD/CAM Programme SIRIM. Huh penat ma~ balik asrama dah pukul 9. sambung plak dengan diagnostic test for additional math. Tu pun dah lewat. Abes test bajet nak study math, hurm bukak kejap dah tak larat. Malam tu demam. Titik

Sunday, July 27, 2008

hari mendatang~

ngee.really suspens for the coming this 2-3weeks..sume doakan taw~ May ALLAH give us the best for everything

Saturday, July 12, 2008

assalamualaikum w.b.t
Huh. Sekian lama jari tak menari di atas keyboard. Jadual yang agak padat memaksa diri untuk tak berkesempatan meng ‘up-date’ blog nih. Tugas-tugas bersama ‘swift desire’ yg agak membebankan walau seronok sebenarnya. Mungkin sebab kurang biasa lagi berkerja dengan bukan golongan ‘gua’ [heh.alasan] mujahid perlu sentiasa bersedia. Yah. Yah. Sedang usaha ke arah itu.
Antara kerja-kerja swift desire~


20,21,22 Jun. bertempat di kolej 14 [ klo tak silap] UPM, serdang. Satu kursus dijalankan. Shortly known as KKPI 2008. Setelah banyak kesulitan yg dihadapi, kami berlapan dihantar. Kami diajar seni mengurus manusia. Mencari misteri bunyi rusa, penguin, buaya, coala bear. Hurm cam agak mengarut tapi bukan manusia itu diajar supaya berfikir dan sentiasa mencari pengajaran dalam setiap detik yang berlalu. Pengalaman itu lebih mengajar diri bukan? Hasilnya, luarannya dapatlah dibawa pulang sebuah piala anugerah [ really surprise! ] dalamannya, hurm banyak.. akal perlu lebih ligat mencari di sebalik
seni takdirnya~

Tanggal 28 Jun 2008. Dalam terhimpit dengan jadual yang padat. Sempat diselitkan ziarah ke ‘gua’ walau tak dapat jemputan sebagai artis jemputan.heh.


Puas hati dapat borak habis-habisan. Surprise ngn satu performance. Hehe “idup ma’ahad reunited!!”. I aspect dah takde sape nak teruskan projek tu. Korg mmg best! Same goes to batch14. Teman-teman yg sentiasa di keliling tak kira masa. Heh projek reunion dah start blom? Heh actually dah lame tak dpt performance yg ade kualiti or maybe sbb sblum ni tak pnah dpt tgk karnival fully [ maryam cakap]. Maybe physically tak sgt tp mesej yg dibawa. Seriously performance banat dah ade improvement. Ditambah ngn de sorg bdk kcik smangat b’sajak in arabic. Heh adik sape ntah~

[ pewaris~]


[the first sight~ yeah tu hah..]

[kami ber-5~ echot, qoyah, maryam, mayah, jiah]

Bateri camera cam nak kong. Lupe nak check sblum pegi. Save bateri utk gmbar banat je. Time persembahan penutup by alumni ade la sikit bateri yg tersisa

Then the next weekend, perkhemahan tahunan tingkatan 4. Diz year taderk peluang lagi utk join memane camping so agak smangat gak tp fikir first time ngn skul baru ni so cam suspen sket. Veneu: sungkai, perak. A simple camping. Renew niat utk improve ukhwah ngn kawan-kawan baru nih. Sape nak practice bunuh diri bleh datang sini. Main flying fox gne parachute punye alat. Ngee. Terbang rentas sungai. Best. Then high rope. First obstacle kat game nih kna naik jambatan gantung yg cam tak siap then jalan atas jaring lastly jalan atas satu tali. De satu tali kat atas satu tali kat bawah. Many things happens here. Yg nangis, yg jerit, yg panggil mak, yg gigil.Bdk2 sume smangat nak naik. Ngeh. Bagi can ar kat org yg jarang gi program outdoor. Malas nak rebut2. at last dapat naik gak walaupun jadi org last. Heh main sume game uh, coach sume tanye dah slalu main ke. Heh main tanpa perasaan. Naik high rope bleh naik dua org lagi uh. Pergh~ tak prasan de org ikut kat sblah. Alhamdulillah tak jatuh or jd pape. Camping nih kureng sket sbb xdpt masak sndiri n cam ala-ala picnic je. Overall ok. Buat camping nih pun sbb nak bg can pd bdk2 yg tak pnah gi camping, nak ckup kan kredit ko-kurikulum. Klo bg yg hard sgt kang sian plak bdk2.


hidup tak pernah senang

Hidup ni tak pernah senang aisha..
Ingatlah tika kita diuji Dia rindu untuk berbicara dengan kita
Dia ingin bicara tentang sabar..
tentang tabah..tentang setia..tentang istiqamah

hati meraung tatkala rasa rindu dan cinta gagal dibunuh
walau bertahun lama menderita fitrah hati
hati sering diuji dengan pelbagai nikmat dan dugaan dari-Nya
hati tak layak persoalkan nasib diri
sebab kita hamba sang pencipta
bawalah taqwa sebagai teman sejati
genggamlah iman sekuat hati
jangan persoal kenapa ujian ini terlalu pahit
kerana perlu diingat syurga itu manis yang abadi
tiada kejayaan tanpa pengorbanan
tiada bahagia tanpa air mata
tapi menangislah kerana taqwa kepada-Nya
tangis kerana rindu kepada-Nya
tangis kerana hina di hadapan-Nya

Saturday, June 7, 2008

saya penat.saya menangis.TAPI. tak mahu gagal

Saat manik itu mengalir deras~

Tangis mengalir kerana Ilahi
Pasti menjunjung syurga abadi
Bahagia selamanya yg kau cari
Bukan dunia destinasi
Walau perit menghijam hati
Kalimat agung-Nya terus tegak berdiri
Peranan dai’e tak pernah terhenti
Meski meredah lautan api
Nafsu berahi musuh yg pasti
Jgn biar diri dicemari
Teguhkan dirimu seteguh AISHAH SI MERAH
Tabah jiwanya diancam fitnah
Mengikat jiwa hanya pada yg Esa
AsSami’ jua sifat-Nya
Sangat dekat padamu setiap ketika
Pohonlah kekuatan dan hidayah-Nya
Agar pejal mengharung duka
Keras menghadap musuh yg nyata
Moga sabarmu menjadi punca
Tuk menjejak kaki ke syurga selamanya
La tahzan innallaha ma’aki~

Jazakillah ya ukhti~

satu harapan


30 tahun dulu
Di sebuah skola agama di utara semenanjung malaysia.
Tiap ari sebelum klas bermula~
“ zali, ari nih aku dok sblah ko. Pastikan kite dapat pegi mesir same-same”
“insya Allah~”
“pastikan kite dok sblah cam ni gak dalam kapal terbang nanti”
“Ye~ insya Allah”

Begitulah seorang sahabat yang sangat bercita-cita utk ke mesir. Sampai si Zali nih dah buhsan dah dgn ayat “ pastikan kite dok sblah cam ni gak dalam kapal terbang nanti”.
Itulah rutin harian si sahabat nih.

Namun bila keputusan exam ( pe ntah tp same level ngn SPM ) dikeluarkan

“ zali, keluarga aku susah. Aku kena tolong derg. Jadi aku terus keje sambil blaja kat maktab perguruan TAPI ko MESTI pergi mesir”
[ cite sorg ustaz time die skola sempena ma’al hijrah lps ]

Manik-manik itu terus mengalir dengan automatik. Teringat~
“ eyt, nnt kte sume ni gi same2 tau”
“awk tggu kte”
“a’ah ktorg tggu awk dlu. Smbil uh amek STAM”
“okeh2~ dok satu umah tau nnt”

Begitu berkobar-kobar semangat kami. Namun mereka kini tiada di sisi. Cukup sekadar azam yang terpahat di hati. Bila ku sampaikan kisah ini pada mereka~
“insya Allah klo tak terkeluar dar batasan-Nya Allah akan mudahkan segalanya”
“ aisha, the nearest challenge is SPM”
“yeah strike for straight A’s”
“ yeah for the sake of our ummah”
“rise up for islam”
“klo kite xdpt gi same2. kite tggu awk kt sne. Uhibbuki fillah”
“yeah~ uhibbuki kama ahbabtanillah”

[ wif mek lee.. tata luv ya~]

I'M SICK

Right now~
I have exam fever
I have hira’sick
I have ummaheadache
I have egyptpain

“ kite cam kat lembah kejahilan kak ”
“ ummah tengah sakit dik ”
“ akak tanak kuar dari sini ”
“ sape nak rawat ummah ?”
“ betul ke jiwa akak kat sini ?”
“ jiwa itu masih dalam perjalanan ”
“ tak rasa nak balik ?”
“ bumi tu sering memanggil dik ”
“ akak tak rindu ?”
“ sangat rindu tapi rindu itu perlu bermujahadah ”
“ akak tak rasa bazir masa kat sini ”
“ seorang mujahid tak buang masa dalam mujahadahnya ”
“ akak tak rasa jijik dalam kalangan kami ?”
“ biarlah akak tolong bersihkan ”
“ kenape akak sanggup duduk sini sedangkan akak ade pilihan lebih baik ”
“sebab nak capai pilihan yang terbaik, mardhatillah”

great dream = great work

Suatu ketika
Hati menetapkan untuk mencapai impian hebat
Akal mula merancang perjalanan yang lebih hebat
Jiwa bersedia dengan mozek-mozek hidup yang maha hebat
Serasa hati sering dibisik kata-kata semangat
Walau kadang rasa tak tergalas beban
Tak sanggup untuk walau buka mata di pagi hari
Berbanding dulu bangun dengan penuh semangat
Semangat dengan tarbiyah yang mencurah-curah
Memikirkan kenapa jasad masih mampu hingga kini
Masih bertahan dengan kemunkaran
Serasa dibisik satu semangat yang hebat
Untuk meruskan kerja-kerja khalifah
Kaki tetap terus melangkah
Meneruskan jejak-jejak perjuangan
Serasa diri sering ditemukan dengan situasi yang
buat rasa terfikir hikmah yang Maha Esa
Terasa hati dibisik dengan semangat yang berkobar
Tiada alasan untuk bermalasan
Buat akal terfikir tanggungjawab yang memang perlu digalas
Untuk apa hidup~?
Jika muda hanya sementara
Jika seronok tak selamanya
Jika harta tak kekal lama
Jika dugaan sering menimpa
Jika derita sahaja yang kunjung tiba
Tak lain tak bukan
Nilai hidup hanya sifar tanpa usaha seorang mujahid
Hidup bernilai bila dipenuhi dengan
Usaha di masa muda seorang mujahid
Usaha tidak leka dengan seronok seorang mujahid
Usaha tidak alpa dengan harta seorang mujahid
Usaha tidak putus asa seorang mujahid
Usaha bersabar dengan liku-liku hidup seorang mujahid
Sesungguhnya usaha itu yang dinilai di sisi-Nya bukan hasilnya
Impian besar = usaha besar
Usaha besar = korban besar

korban besar = ganjaran besar

Tuesday, May 20, 2008

liku-liku

180508
Exam dah abes. Diz week skola just 2 ari je. Esok wesak day..lusa hari murabbi. Rabu n kames skola. Jumaat meeting PIBG. Then cuti~! Huhu tapi cuti dah pnoh ngn agenda2 idup
24/5-program
25/5-program
26/5-program+balik kampung
27/5-makan angin
28/5-makan angin
29/5-makan angin
30/5-makan angin
31/5-prepare cousin’s wedding
1/5-cousin’s wedding
2/5-program+tuition
3/5-program+tuition
4/5-program+tuition
5/5-program+tuition
6/5-program+tuition
7/5-rest
8/5-balik asrama~
Huhu. Rase cam nak selit lagi agenda. Tapi nak muat ktne ek? Aduh~aduh..[ heh jgn ngeluh ar ] wawawa..nak gi ziarah member.

emo version~

100508
Huh exam dah abes 14 paper, lagi 12 paper tinggal. Tiada istilah rehat kini. 4.30 pagi lampu dah bernyala. Insan-insan berluru-luru mengurus khidmat diri. Tepat 7 pagi kami dihimpunkan. 7.30 sesi menenyeh otak bermula hingga jam 2 petang. Sesi menenyeh ditangguh untuk memberi laluan kepada jiwa dan perut untuk diisi. Sesi memaksa otak pula bermula hingga azan asar berkumandang. Selesai memberi makan kepada jiwa. Insan-insan kerdil itu berluru ke petempatan masing-masing. Melakukan apa yang patut supaya diri tak dipanggil pengotor atau selekeh. Ada juga insan kerdil yang mengisi senggang waktu dengan membaca nota-nota ringkas untuk persiapan menenyeh otak. Beberapa puluh minit sebelum maghrib dikerah pula keluar untuk menghadap yang Maha Agung dan memberi hak kepada jasad. Selepas maghrib sesi memaksa otak bermula lagi hingga kala waktu kelopak mata tak mampu diangkat. Sebelum memberi hak kepada otak untuk direhatkan kewajipan pada yang Esa ditunaikan. Turun naik ke tingkat 3 di aspuri ditambah turun naik di tingkat 2 di blok akademik. Terasa penat yang melampau bila terpaksa melalui rutin sebegitu rupa tapi memberi semangat pada akal “ lagi beberapa ratus hari je lagi nak skola~!”


EXAM FEVER~!!

2/5-Friday
BIOLOGY – paper 2
ENGLISH FOR SCIENCE & TECHNOLOGY – paper 2

5/5-Monday
B.MALAYSIA – paper 1
B.MALAYSIA – paper 2

6/5-Tuesday
SEJARAH – paper 1
SEJARAH – paper 2
ENGLISH FOR SCIENCE & TECHNOLOGY – paper 1

7/5-Wednesday
B.ARAB TINGGI – paper 1
B.ARAB TINGGI – paper 2

8/5-Thursday
ENGLISH – paper 1
ENGLISH – paper 2
PHYSIC – paper 1


9/5-Friday
SYARIAH – paper 1
SYARIAH – paper 2

12/5-Monday
MATH – paper 1
MATH – paper 2

13/5-Tuesday
PEN.QUR`AN SUNNAH
ADD MATH – paper 1

14/5-Wednesday
ADD MATH – paper 2
CHEMISTRY – paper 1
CHEMISTRY – paper 3

15/5-Thursday
CHEMISTRY – paper 2
BIOLOGY – paper 1
BIOLOGY – paper 3

16/5-Friday
PHYSIC – paper 2
PHYSIC – paper 3



TOTAL = 26 PAPERS
Hoho~!! Masya Allah~ larat ke aku nih? Insya Allah aku boleh! Nak berjaya tak bleh ragu-ragu. Heh sikit je tuh.. bukannye susah sgt. Bak kata dak form 3 sorg nih.. ala.. klo yg bahasa uh A, B, C je yg kira-kira uh 1, 2, 3 je.. yg jawi tuh alif ba ta je..kan..bukan nye ade bahase tamil ke mandarin ke. Heh. Tuh la~ kan bdk2 form5 dah pesan suh blaja awal-awal. Ye..ye tau.. dah buat tapi tatau la cukup ke tak. Selagi tak diuji mane tau kemampuan kite an.. huh doakan yang terbaik~

Sunday, April 6, 2008

my idol~

Insan itu melafazkan segala yang terpendam di hati. Namun insan yang mendengar berkata~
“ bukan ke rasulullah itu berdakwah hingga berpuluh tahun?”
“ kita yang bukan rasulullah ni nak hasil yang tak sampai sebulan pun lagi”
[ hurm~wondering ]
[ rasulullah? Huh esok maulidur rasul! Ya Allah insan ini rindukan kekasih-Mu itu. Lantas manik yang tak diundang itu mengalir walau puas ditahan ]

Hati insan itu kerap kali rindukan kekasih-Nya. Melihat-lihat sekeliling sambil hati berbisik alangkah bertuahnya kalau kau masih di sini ya habibi ya Rasulullah.

Di dalam satu kelas di tingkat 1
“ today I want all of you sit in your group and discuss about your idol ”
[ hati merenung jauh berfikir siapa idola dalam perjuangan hidup ini ]
[ tapi sayang kenapa tiada siapa pun yang sesuai untuk dijadikan idola ]
[ teringat hari ini tak bace lagi rokhitul makhtum ]
[ hah! That’s it! ]

“ hi, I’m standing here to say that my idol is tyra banks”
[ huh! Demam ke ape minah nih? ]
“ good afternoon. I would like to all of you about my idol who is Donald trump”
[ heh ]
“ for me I choose Bill gates as my idol”
[ lala ]

“ assalamualaikum and good afternoon to all of you. All right today I will talk about muhammad bin abdullah. For me he’s my idol for every certain part. He’s the best teacher, he’s the best trader, he’s the best scholar, he’s the best muslim, he’s the best for everything ”

huh. sekadar cetusan rasa geram+rindu di hati






"prasaan ni susa la aisha~"

“Perasaan ni susah la aisha”~

Words by one of my very best friends. Yeah~ sometimes it can makes you crazy too. Only Allah can helps you. Isbir ya ukhti. As sabru dhiya’

Sedang-sedang mencari ilham. Terselit coretan penuh makna di celah-celah muka-muka bernilai itu~

“ Manusia boleh berkata tentang hukum tetapi mereka tidak boleh menafikan detup nadi perasaan. Bukan perasaan yang penting didahului hingga mengorbankan hukum. Tapi atas dasar penghargaan jiwa yang menyakitkan. Biarkan ia berdarah kalau sudah kehendak hukum yang sekian tersurat tapi usahlah diremeh perasaan yang terzahir”

“ usahlah disalah ertikan kerana tangisan ini bukan kerana tiada cinta tapi kerana salah sendiri yang masih belum dapat mengecapi lazatnya cinta Tuhan”

“ teruskanlah cita kita, melihat islam kembali tertegak di muka bumi. Jangan kita jadi peruntuh agama sendiri. Usah disempitkan simpati hanya kerana halangan dari satu tuntutan halus yang bernama perasaan”

mencari kepastian itu pasti

swift desire~


Kekasih abadi itu tak sudah-sudah mentarbiyah hambanya. Lepas satu-satu datang mendidik jiwa. Sebagai pengalaman sekali gus menjadi medan untuk mengutip bekal-bekal berharga sebagai mahar syurga yg diimpikan. Terkadang walau hanya angan-angan yg terlintas di hati dalam sekelip mata jadi kenyataan. Bila dah jadi kenyataan terpaku sebentar dengan sifat maha mendengar-Nya. Namun ini bukan medan yg dulu. Ini medan yg menguji iman. Teralir manik-manik ke pipi kerana takutkan jahiliyah kembali menyerang. Ya Allah, thabbit qulubi ‘ala deenik. Inni akhofullah

Banyak perkara yg bermain di fikiran. [huhu]

Hurm~
Dah takde member yg suke kjut org tgh malam bincang problem-problem canih, membantu menyudahkan kegelisahan. Heh nak borak siang banyak sangat perkara yg menghalang. Balik dorm tido jap then kul1-2 cam uh de org dtg kjut borak. Huhu ksian btol nak borak ngn member sndiri pun tak sempat smpai kna wat cam tuh. Tahun ni ma’ahad reborn ‘tak dapat’ wat our big project. same goes to ma’ahad reunited but hopely there’s someone yg sambung project kami. Dekat-dekat tengah tahun ni rase cam pelik lak tak busy cam before nih
. Huhu I miss you guys!

At last bile hati cakap camtuh~ pop! Datang macam-macam…
“ you are selected to…”
“ I want you to join…”
“ weh, ko masok ar~”
Huh! [terkesima]
…………………
……………….
……………..
…………..
………...
………
…….
Apa kata hati bila retina mata mula menerima cahaya dari gambar di bawah ini?[ hati ini tak mampu untuk berkata ]

Sunday, March 16, 2008

Terasa sangat berat untuk teruskan langkah ini. Teringat kata-kata sorg sahabat~

“kadang-kadang
kite doa untuk dikurniakan hati yg bahagia, tp time tu la jugak Allah bagi ujian bsa-bsa kat kite,
kite doa nak jd pandai, tp time tu la dpt bab yg susah-susah,
kite doa nak improve iman kite, tp time tu la datang bnde-bnde yg buat hati serba salah.
Allah bagi kite ujian bsa-bsa supaya kite berusaha untuk bahagia kan diri kite
Allah bagi kite bab susah-susah untuk tarbiyah kite jadi lebih pandai
Allah bagi kite bnde-bnde yg menggusarkan hati untuk tengok kite improve iman kite.
Itu la tarbiyah Allah. Jgn kerana tarbiyah Allah itu kite jadi makin lemah”
Huhu jazakillah ya ukhti~

Hurm~ think and think and think it again. Perjuangan Rasulullah dulu lagi hebat. Kite ni ape la sangat nak banding dengan ujian yg Rasulullah dapat kan? Dekat dengan maulidur rasul ni buat hati rasa terharu dan makin rindu dengan Rasulullah. Rindunye kat Die~ moga kite same-same dapat jumpe dengan Rasulullah kat syurga nanti. Ameen~

sepuloh hari


13032008

Langkah demi langkah membawa berjuta input baru dalam hidup yang sementara ni. Tatau nape cuti ni schedule pnuh. Organizer semakin tebal. Cikgu-cikgu rajin bagi hand-out yang perlu dikerjakan. Senior bagi assignment yang perlu dilaksanakan. Projek yang perlu dibereskan. Tanggung jawab yang perlu ditunaikan. Hak-hak individu yang perlu dipenuhi. Juga membuatkan demam selesema tak sudah menyerang. Suara bass nih tak sempat nak hilang

Semangat kerja di bilik gerakan. Dulu nak tolong sibuk ngn skola. Nak exam la. Banyak omwork. Mentang exam dah abes.Cuti lak tu.Tangan cam dah jadi machine mengerjakan pamplet. Bekerja dari pagi hingga ke malam. Jadi kerani tak rasmi jap. Melayan karenah pelbagai kaum. Heh budak bawah umur bleh keje dlm ofis je. Anyway seronok bekerja dengan golongan dewasa~


“ha..aisha meh sini buat nih”
“ha..awak reti kan kompiter-kompiter nih tolong layan pakcik india uh”
“adik, itu bendera ada lagi ka?”
Hurm. Pengalaman yang menarik dalam sejarah hidup ini. Akhirnya tak sia-sia usaha kami. Alhamdulillah. Moga makcik ogy will do the best.

Seronok semalam ziarah seorang sahabat. Mendengar kisah dari hospital. Dikerjakan dek doktor dan misi-misi. Juga ragam penghuni hospital yang dari pelbagai lapisan masyarakat. Terkesan dengan semangatnya yang kental hadapi ujian hidup ini. Teralir rasa syukur atas kurniaan Ilahi. Terharu dengan kasih seorang sahabat. Rasa ikatan ini semakin kuat biar pun jarak semakin memisahkan. Hu. Tanak balik tak puas gelak lagi~ “syafakillah ya ukhti”

Seronok juga meronda bandar semalam. Mengerjakan tugas yang diamanahkan. Bersama tiga sekawan yang ber‘exercise’. Dah lame tak jalan jauh-jauh cam tu. Balik rase cam baru lepas rentas desa. Hurm. Bile la nak amek lesen nih ye? Bagus gak tak amek skang nnt tak blaja asek b’jalan je.

Semalam juga mendengar khabar gembira yang memberi inspirasi baru. “Congrats sis”
“ ape kabar?” [ heh tak pnah lak call die tnye kabar ]
“ alhamdulillah”
“ so cane?”
“ alhamdulillah”
“ alhamdulillah congrats r~”
“ org cam awk gak~ takde prasaan dpt rsult”
“ heh” [ terfikir knape ek? Dpt slip uh rse m’alir satu prasaan yg tnang semacam]


jauh perjalanan~

Hijrah di tempat baru mengajar diri mengenal pelbagai jenis peribadi. Belajar menangani masalah umat bila hanya bergantung pada diri sendiri. Diri bertambah semangat mengkaji buku-buku fikrah, buku-buku sirah, buku-buku fiqh. Berbanding dulu lebih rajin menghadam novel-novel faisal tehrani, ramlee awang mursyid, dan brown, roald dahl, fatimah syarha atau buku-buku motivasi. Heh buku-buku fiction bulan lepas beli kat sale MPH pun tak abes bace lg. sejak bile ntah cam xde mase sgt nak ngadap buku-buku nih.Nih pun dah de org ‘book’ suh teman gi book fair nnt. Bajet nak abes bace buku-buku tuh b4 book fair kang~ ameen. Heh cite pasal buku lak.

Semangat yg berkobar ini perlukan tautan hati. Dengan harapan agar langkah tak tersasar dari landasan menuju syurga Ilahi. Ramai yang mempersoalkan hijrah kecil ini. Ramai juga yang semacam tak puas hati. Banyak sebabnya diri perlukan hijrah ini dan biarlah sebab itu menjadi rahsia buat insan-insan tertentu. Sedar tak sedar hijrah ini membawa banyak perubahan. Hijrah ini memberi booster pada diri untuk lebih memantapkan diri dari segala serbi. Bila setiap tingkah laku diperhatikan insan-insan sekeliling dan tiap yang pelik di mata mereka perlukan dalil dan hadith membuktikannya.


“boleh ke solat pkai baju yg kite dh bwak msk tandas?”
“boleh ke solat tak pkai telekung?”
“boleh ke pkai stokin ade corak?”
“boleh ke buat jemaah perempuan je dlm musolla?”[ bile laki tak buat jemaah]

Hurm~baru manusia yg lihat dah cam kna soal siasat ngn polis.Tu baru soal fiqh. Yang kite selama nih buat maksiat Allah tengok tuh cane ek? Nak gune hadith or dalil pe nak pretend perbuatan kite tuh? Hurm~think it by yourself

sekian lama~

Huh~ perjalanan yg sebentar ini terasa memenatkan. Terlalu banyak agenda yg perlu dikerjakan. Hurm cuti yg 10 hari ni pun penuh dengan macam-macam program. Heh tak sedar diri sndiri yg carik pasal memenatkan diri.Herm~ Kesibukanmu bergantung kepada ape yg kamu agendakan

“fa alhamaha fujuroha wa taqwaha, qod aflaha man zakkaha, wa qod khobaman dassaha”

Allah ilhamkan pd kite jln kefasikan dan jalan ketaqwaan, beruntunglah orang yg mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yg mengotorinya

Jiwa yg sedang membuak-buak mahukan hari-hari mendatang dipenuhi dengan sesuatu yg memberi manfaat buat bekalan di hari kemudian. Alhamdulillah dikurniakan sahabat-sahabat dan kenalan yg faham erti perjuangan hakiki ini. Paling penting membantu memberatkan bekalan buat hari kemudian nanti.

Pantang free je..
“aisha, nnt gi bla..bla..bla.. tau”
“echot, jom join bla..bla..bla..”

Cuma time musim exam je tak bleh kacau. Tapi kadang-kadang terkacau gak. Kadang-kadang sampai pening nak pergi program mane bile de program yg clash. Sampai kan bile mntak permission frm mak, “ choose only one, jgn ngengade nak gi sume” haha. Lps tu kna la list out progrm then pilih yg paling banyak bagi manfaat n paling suit ngn diri nih. Alhamdulillah parents lak tak kisah sgt. Janji tak balik malam [ klo yg tak bermalam], pergi ngn orang-orang yg derg knal, tak memudaratkan diri. Anyway may Allah bless for all what I do. There’s no such thing without His bless
 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords