Friday, February 22, 2008

perjalanan~

naik kete tengok kat luar tingkap~
hurm cantiknye Allah cipta awan..
cantiknye bukit Melawati..
dihias dgn monyet-monyet yg jinak+unik [ bulu die cam kna blond]
naik jambatan kuala selangor..nampak banyak bot nelayan
hurm itu la tempat nelayan-nelayan menuai hasil keringat
singgah di satu tempat bertemu laichikang yg diidamkan
nampak signboard~
kete pun masuk tempat tu
dititipkan di hati kalimah rindu buat yang Maha Agung
agar sulami perjalanan ini dengan taufiq-Nya
agar diri tak tersasar dari jalan menuju redha-Nya
*********************************************
tanggungjawap kini makin berat
tapi ntah knape rase sangat bersemangat
biar rintangannya hampir menggugat keteguhan hati
namun itu lah jalan menuju syurga Ilahi

satu ketika~
"kak, nape ko ske jd baek huh? jgn ar baek sgt"
[erk]
" dah tu nak jd jahat?. buat pe bkn bleh msk syurga"
"haaa..perli org la tu"
[senyum]
"tak cakap pun nak perli"
**********************************************
perjalanan jauh dari gua
ku perhatikan insan-insan di luar gua
mahu saja ku titiskan air mata
namun airmata dah kering
kerana sering terkenangkan gua
kerana sering rindukan Kekasih Agung
**********************************************
hidup itu banyak ujiannya
kerana mahar untuk syurga Ilahi tinggi nilainya
ujian itu sangat pahit
kerana syurga itu manis
antara dua jadi pilihan
dunia sementara atau syurga selamanya?
***********************************************
kembali kepada pokok utama tujuan hidup kita
hidup adalah satu pengabdian
bukan permainan
hidup adalah ujian
buat bekalan


Friday, February 15, 2008

memori yang terpahat

030208

~ bila kaki terjejak di atas tar
“ kak aisha~!!”
[ tersenyum ]
“ tak rindu nak bg arahan kawad kat ktorg er? ”
[ heh ]
“ buat pe skang? ”
[ senyum lagi ]

Kemudian bertemu dengan bbrape orang sahabat. Berbual seketika di hadapan gate utama aspuri. Kaki melangkah lagi~

Pintu dorm dibuka~

“ assalamulaikum ”
“ esya~ mak dtg er?”

[ terkejut bila ada makhluk di atas katil depan pintu ]
'aleiki salam. heh ye ar~ bile ntah esya bleh amek lesen ”

Menjenguk sekitar. Ramai insan yang lena dihembus bayu pantai remis. Seorang insan sedang menjamah nasi pataya NARMI

“ eyt~”
“ heh pe cite? ”


Berbual sebentar. Isu semasa jadi topik utama. Melepas rindu yang terpendam. Tersenyum melihat ukhwah kembali bertaut. Meminta izin untuk menziarah sahabat yang lain

Melangkah ke dorm yg b’jiran~ pintu diketuk tanda hormat. Bila pintu dibuka~ mata membulat..mulut ternganga..terlontar suara~
“ huargh~! Aishah~!!! ”
[ ku rindu kan suara itu ]

Rindu yang merimbun di hati tak siapa tahu. Rindu mendengar keluhan risaukan umat.

“ borak pe td”
“ masalah umat”


Istilah yg kdg2 d’jdkan alasan namun slalunya ada benarnya.
Rindu yg terpendam kadang-kadang hingga terkeluar manik-manik rindu. Rindu mendengar~

“ jom-jom solat sunat”
“ eyt ari ni dh ngulang?”
“ esok kejut tau. Nak bangun sahur”
“ blaja leklok au ari ni. Chaiyo! Jgn tdo lam klas”
“ eyt nak qailullah jap. Nnt kjut lg 15minit keh”
“ rindunye dgr kuliah. Asek xde je”
“ ish, hati kte dh kering la. Kuliyah asek xde je”


Namun langkah ini mesti diteruskan. Tak pe kite dh janji akan tetap bersama di jalan-Nya bukan? Insya Allah doakn diri ini kekal dlm tarbiyah Ilahi. Teruskan perjuangan kite walau di mana kite t’campak
Am I going?
Actually dah dpt bbrape tawaran ke bbrape skola~
Heh tp tak sume tawaran itu bleh diterima
[ cerewet lak ]
Ngeh. Dah la nak apply susah. Dah dapat tanak pegi lak. At last lps pnat pusing kompleks kementrian pndidikn mesia~

“ la ~ result cani knape tak mohon skola ***** ke”
“dpt lak skola ****** **** ***** ****** ”
“ btol-btol.. gi mohon skola nih”
“ asrama perempuan pon de kosong lg ”
“ ok nih gi buat surat rayuan ”

Pegi la buat. then mak sign.

Bbrape ari lps uh dpt la surat tawaran. Lps abes fikir. Dah istikharah. Dah dpt alamat. Dgn pnuh p’harapan agar skola itu nnt dpt m’beri yg terbaik dan diri ini dpt m’beri manfaat sebaiknya

Teringat dulu~lps 2 ari dpt result exam~

kring..kring..
[ bunyi tefon umah ]
hello..nih aisha ke?
[ satu suara lelaki menjengah ke gegendang telinga ]
tahniah aisha for ur result
[ cam knal tp sape ek ]
ala~ nih acik la… baru dpr result PMR dah tak ingt org
[ owh sedare ku rupanye. Tiap kali jmpe msti dpt dgr ceramah free die yg menambah motivasi uh ]
Luqman (anak die) dah msk DQ
[ sgt la surprise sbb time raye jmpe ari tu die kate tanak hafal quran coz hafal quran tak leh wat dose ]
Actually acik surprise gak..dah tau reply from DQ baru die btau acik ngn acik nora.
Ok aisha u r entering the next level

[ uhuh. Dah start dah~ kami slalu d’banding2 kn sejak kcik. Sejak blaja Iqra’ lg ]
Luqman PMR straight A’s aisha dah dpt gak
Aisha dh hafal quran but luqman baru nak start
And remember luqman trial SPM 12A1 so~ aisha kna dpt 12A1 gak. Amek sains kan?

[ uhuh. Blum pape lg dh kna cabar. Bertambah-tambah tercabar bile tau die dh dpt tawaran frm MARA, PETRONAS, DQ. Tu bdk SPM 08 uh. Blum dpt result ag pn ]

Tatau nak kata pe. Mmg tercabar. Terfikir cam tertekan gak. Terdetik cam seronok gak. heh. ser0nok c0z dh de b0oster nak SPM nih. then siap la tiap kali jmpe dpt motivasi free. thnx acik~!

TARGET FOR STRAIGHT A’S~!!!

Tuesday, February 12, 2008

Salam ‘alaik sume~
Rase bersemangat bila ku jenguk – jenguk lembar – lembar kelmarin yang ku catatkan suatu masa di gua itu. Coret-coret yang bernilai tinggi biar pun kadang-kadang ada kartun-kartun comel kawan-kawan yang gatal tangan menconteng sana-sini. Kartun-kartun yang memberi nasihat, kartun-kartun yang meluahkan rasa kasih pada sahabat “ aisha. Jg diri baik2 nnt, uhibbuki fillah~” . ku selak-selak lembar demi lembar lalu terjumpa~

Jamuan kepimpinan 07
[ ntah knape~ tangan rajin nak menyalin kalam-kalam insan yang memberi ucapan di hadapan. Macam dah tahu diri ini akan tercampak keluar dari gua itu. Mungkin nampak lucu bila ku mencatat setiap isi-isi penting dari kalam yang terlontar dari mulut mereka. Namun itulah yang menjadi azimat ku kini ]

Sebenarnya penghuni di situ ramai yang dah bosan dengan tazkirah-tazkirah yang berulang kali diberi. Yang menjadikan tazkirah itu menarik hanyalah bila isinya terkena pada situasi penghuni di situ. Misalnya, tazkirah tentang ‘wa ni’ma ajrul amilin’ rase terkena pada insan-insan sering menganggap diri tak berfungsi dalam satu komuniti tapi sebenarnya setiap yang bekerja itu punya fungsi dalam sesebuah komuniti

Mungkin kadang-kadang penghui gagal mengaitkan diri dengan tajuk tazkirah yang diberi walaupun hakikatnya setiap tazkirah itu punya kaitan dengan mereka.

Banyak kalam-kalam yang menarik yang mungkin boleh dikongsi bersama~

“semua orang berdosa kerana setiap insan itu tak sempurna,
Namun pembuat dosa yang terbaik adalah orang yang insaf dan bertaubat ”
Sentiasalah perbaharui taubat kita
[ manusia ni kan..buat dosa..taubat..buat dosa …taubat…hurm cam tu lah kite nih.. selalu lah beristighfar dan bertaubat agar sempat menggapai maghfirah-Nya sebelum kita dijemput pulang ]

“ setiap muslim itu perlu jelas matlamatnya. Yang jangka panjang dan pendeknya. Mesti punya impian untuk melihat daulah islamiyyah kembali tertegak. Mesti sentiasa improve diri untuk jadi rijal yang berkhidmat untuk ummah dan berusaha membimbing orang-orang sekeliling yang sama berimpian melihat daulah islamiyyah di muka bumi Allah ini ”
“ kenapa kita perlukan sesuatu yang baru sedangkan kita punya sejarah islam yang agung dan pengalaman-pengalaman yang boleh dikongsi bersama dalam komuniti islam kita? ”

“ ar-rahatur rijal ghaflah”

Baiklah~ coretan ini tertangguh setakat ini untuk ku langsaikan tugas bersama buku-buku sekolah ku yang kini jadi teman setia. Ada kitab lain yang dengki dengan keakraban ku dengan buku-buku itu~ Al-Qur’an yang jadi teman setia kala suka dan duka. Sering ku jeling-jeling ke arahnya dan ku tatapnya setiap hari agar keadilan diberikan kepada semua yang berhak ke atas diriku

Monday, February 4, 2008

langkah demi langkah

bismillah~

huh. nape ntah rse cam malas nak update. actually nih temporary jer. tak sempat lg nak m'hias lawa-lawa blog nih. buku2 yg slalu jeles klo tak ngadap die slalu. heh alasan~huhu rase mase berlalu begitu pantas skali. kelmarin kak uswah kawen [ my senior time f2] heh kakak yg slalu tolong tasmi' hafazn, slalu borak ngn die, makan sesame die..skali dah kawen oh no~! rase k'hilangn..heh mne bleh..really miss her~! huh laju kan mase berlalu..

orang tu dah meninggal~

orang nih dah pencen~

orang tuh dah dpt anak sedara~

orang nih dah kawen~

orang sana dah tunang~

orang sini dah keje~

orang tu nak amek lesen~

orang sana dah masuk U~

orang sini dah abes skola~

>>>huuuh~ laju nye mase..

anyway still rase lmbat bile~


'chot! aku dh malas nak blaja. tau ak patut nye akhir thn nih kte dh abes skola'

'heh mmg ar~tp abes2 kn ar blaja dlu'

'aku dh tak smangat nih. org len bz nak spm kte nih still kt f4'

'huk. aku f4?'

'jom skip f4 nak? trus f5? cam mimi wat dlu'

'weh~ tanak ar..bia lambat asal slamat'

'Allah tak tgk hasilnya..usaha tu yg d'nilai'


snanye mmg klo bleh nak skip jer. tp pikir pikir balik cam wat kje gile plak. last year nak pmr pon cam sparuh hidup blaja. heh nih spm weh~! mne bleh. to all my fwens yg spm thn nih~


heh spm jer bkn pape pon..

1.fokus dlm klas

2.wat homework

3.tak faham tanye~!

heh tuh jer ar~ huahua ckap cam snang. tp serius, perlukan smangat yg luar biase. jgn pernah fikir utk putus asa. biar sikit tp konsisten. sayang korg sume~!! okeh sume study dr awal. jgn ngengade nak study last minute


for me~[ plus jadon ]

jgn ngengade malas blaja...cane nak gi mesir klo malas.huh! yeah!!!!! chaiyyok! langkah ini mesti diteruskan~
 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords