Monday, February 27, 2012

ya Allah

Di bawah naungan kasih dan cinta-Mu
Peliharalah dan bimbing jiwa-jiwa ini
Lindungi hati-hati ini agar terus teguh di jalan-Mu

"Semua benda pun dalam genggaman Dia, kita hanya berusaha minta petunjuk. Selebihnya 'kerja' Dia. Dia yang yang lebih tahu mana yang terbaik. Belajar lah untuk redha dan bersyukur. Banyak pahala mujahadah ni. Gagah ye?"

Tuesday, February 21, 2012

Tarbiyah itu perjalanan

Dulu setiap minggu ada usrah pada setiap jumaat, kuliyah sebelum berbuka setiap khamis, kuliyah subuh selepas qiamullail wajib setiap ahad, juga tazkirah hadith setiap hari selepas subuh .Banyak sekali mutiara dan berlian berharga yang dicatat pada buku-buku nota. Semestinya banyak 'sesi transfer berlian-berlian berharga' itu yang diuji dengan setan-setan gemuk bergayut pada kelopak mata. Maka tak hairan kalau-kalau buku nota semua banyak kartun, mind map yang dah serupa peta dunia. Paling best pada bahagian atas buku catatan dilukis kedudukan atau posisi ketika kuliyah berlangsung.



Rindu yang tidak terkata kepada biah solehah. Tapi kita perlu beringat kita takkan selamanya berada di satu posisi. Teringat ketika Form2 sedihnya bila bertukar naqibah, menangis dan masih lagi sering berjumpa naqibah yang lama. Begitu sekali impak dan pengaruh naqibah tersebut. Tapi hakikatnya kita perlu bergerak dan sentiasa memajukan diri. Well yeah, tadi makan-makan angin di blog-blog terjumpa ini,

Anda sudah ditarbiyah? Apa buktinya?

1. Terbuka pada perubahan
2. Bertegas dengan prinsip tapi bukannya agresif
3. Peribadi yang proaktif
4. Peribadi yang memiliki kesedaran diri
5. Peribadi yang mandiri dan merdeka
6. Halus perasaan tapi bukannya emosional
7. Sanggup belajar dari kesilapan
8. Hidup di masa sekarang, realisitik dan berfikiran relatif

Sila rujuk di sini

Banyak sisi yang boleh dilihat dari senarai bukti penerimaan atau penyerapan tarbiyah dalam diri seseorang. Fokus kepada tajuk utama, perubahan yang berlaku mungkin lebih subjektif. Bukan setakat bertukar naqibah tapi juga mungkin berubah suasana, berpindah sekolah, berjumpa kawan baru, melangkah ke alam baru. Semua itu sangat mempengaruhi. Bagaimana usaha untuk mengekalkan dan meneruskan perjuangan ini?

Di peringkat ini bukanlah satu peringkat yang mudah. Mungkin mudah manusia lain berkata untuk mencari sahabat-sahabat dari lingkungan yang soleh solehah. Tapi siapa kita boleh menyangka tempat ini ramai soleh, yang itu tak soleh. Kita tak pernah tahu. Hanya Dia yang tahu. Sungguhlah tidak berkenan kepada orang-orang yang mudah melabel orang lain. Kita tak pernah tahu hati budi seseorang sehingga kita kenal dia dengan sebenarnya. Malah setiap manusia itu akan sentiasa berubah. Kita tak tahu mungkin hari ini dia begitu, hari esok kita tak tahu bagaimana hati dia akan dibolak-balikkan.

Mungkin juga ada yang berkata untuk membina sendiri biah solehah atau suasana yang baik dengan mempengaruhi persekitaran ke arah kebaikan. Maka proses mempengaruhi atau mengajak persekitaran kepada kebaikan perlu dimulakan. Perlu diingat pastinya amal dakwah pada tempoh ta'sis (pengasasan dakwah) tidak sama ketika tempoh harakah islamiah (gerakan islam) berada di tampuk kekuasaan.

Ignore the arabic term. Well yeah, jangan nak rasa euww euww sangat dengan term arab macam ni. Kata muslim, tahu je kan Islam diturunkan pada permulaannya di tanah arab. Nak tak nak memang ada term arab la. Jangan hanya kerana ada term arab anda sudah rasa tak cool.

Seorang aishah ismail tidak mungkin mampu untuk membawa diri sebagai seorang aishah ismail yang sama seperti di Hira' yang persekitarannya soleh wa musleh. Ya, tidak semestinya di sesuatu tempat itu semuanya baik-baik belaka, di mana-mana pun ada sisi yang cantik dan buruknya. Aishah ismail itu tidak mungkin boleh berperwatakan seperti,

"Antunna ni, kenapa tak bawa buku tazkirah, BADAR nak check nanti"
"Asif kak, kuliyah semalam ana guna beg lain, hari ni ana guna beg lain, ana lupa kak"

Kesannya mungkin berbeza bila aishah ismail itu berada di persekitaran lain walaupun dengan mengucapkan ayat yang sama,

"Hurm, dik, catat la kat dalam buku ke kertas ye nanti boleh buat rujukan bila-bila nanti"

Mungkin dia akan berdialog sendiri dalam hati,

"What the heck kakak ni, ikut suka la nak salin ke nak bawa buku ke apa, aku dah besa tahu la aku buat apa"

Kakak-kakak dan abang-abang dai'e sekalian, jangan mengeluh. Senyum :)

Pernah juga kantoi dengan junior yang mula didekati dan sebenarnya dia sudah faham banyak perkara bila selalu dia diajak berbincang,

"Echa ni sebenarnya banyak berlakon tau. Tak nampak lagi part matang dia. Nak tahu gi baca blog dia"

Ngaha. Rahsia besar!

Hari ini bila dikenang, selama 21 tahun. Bersama dakwah dan tarbiyah dari yang teori, masuk praktikal sikit. Tercampak sekejap di sana, sekejap di sini. Semestinya banyak yang teruji di peringkat praktikalnya. Sekejap gagah penuh hammasah, sekejap menangis tersedu sendiri, sekejap pudar tak berperasaan. Itulah hati manusia kan. Tidak pernah sempurna. Itulah sebab kita disarankan selalu bertaubat dan bersama golongan yang soleh solehah.

Selalu juga bila sesekali jauh di perantauan, (takde nak jauh sangat sebenarnya)

"Nenek! Wuwuwuwu, ada orang nak buat aku jadi tak comel. Cepat suruh aku sabar!"

Maka bermulalah sesi bergosip sakan atau ia sebenarnya sesi pencerahan. Hati manusia yang sering kali dilambung ke sana sini perlu dicuci dan digilap kembali.

"Laling, hormon kite gedik-gedik suruh jadi malas ni. Acaaneeee"

Sila abaikan gedik overload tersebut. Sekadar menggunakan peluang bermanja mesra sementara masih di peringkat bujang terang tang tang ni.

Ehe. Entah apa yang aku taip (mood gedik dah kembali). Ma'alim fi toriq. Pengajaran di dalam perjalanan. Dan beruntunglah mereka yang berfikir. Moga Allah redha. Tiada yang lain cuma Dia. Kasih Dia. Cinta Dia. Orang 'gedik mengada' pun nak redha Allah jugak tau!

Monday, February 20, 2012

Hikayat dan tips tahfiz

Alhamdulillah sekarang ni dah ada appointment pada setiap selasa untuk tasmi' hafazan dengan ustazah di unit agama UiTM. Setiap kali mengulang atau buat i'adah hafazan mesti ada kisah-kisah yang terimbas kembali. Tersenyum sendiri bila dikenang kembali.


Tahun 2003

Bermula dengan geng berempat yang kunun-kununnya gempak.

"Hey korang jom try amek test ma'ahaad nak? Test market je. Masuk ke tak tu kemudian fikir. At least ada projek lepas UPSR ni kan dari merempat je main game, baca novel macam takde faedah sangat"


Hari ujian kemasukan Ma'haad Tahfiz Al-Quran Hira'

"Esyah betul ke nak masuk tahfiz ni? Nanti duduk asrama tau. Tak boleh mandi lama-lama, iron baju lama-lama, sebab nanti kena duduk ramai-ramai. Selalu takde letrik and air. Betul nak?", Si ayah bersuara.

Budak tu memang suka iron baju lama-lama, suka berendam dalam bilik air. Mana tak pelik si ayah bila anak dia nak duduk asrama dengan rela hati.

"Nak jugak. Kalau tak khatam jadi hafizah pun takpe. At least ada usaha nak hafal kalau kat mahsyar nanti ada alasan. Kurang-kurang pun dapat improve bacaan bukan sama macam pergi melancong gembira saje-saje. Banyak pahala pun even tak khatam jadi hafizah"

Begitu mentaliti dan fahaman logik seorang kanak-kanak yang nak menginjak usia remaja. Jiwa muda yang tak kenal apa makna cabaran dan halangan. Semuanya diredah. Berbekal tekad dan azam dia memulakan alam baru.


Disember 2003

Alam baru bermula. Duduk asrama bersama batch pertama banat (pelajar perempuan). 10 orang tingkatan satu, 2 orang tingkatan dua, 1 orang tingkatan tiga dan 3 orang pelajar tingkatan empat. Bermula juga hikayat tarbiyah mereka.

"Kak Iera, ada abang tu kan best sangat, dia baca quran pun sedap, kite suka dia jadi imam. Rasa semangat je nak solat, dia azan pertama subuh pun terus semangat bangun pagi", seloroh budak-budak gedik itu.

"Tak boleh tau usha banin"

"Cop, banin tu lelaki kan?"

"Yup, pandang sekali takpe tapi kalau pandang lebih-lebih boleh jadi dosa. Kita kena tundukkan pandangan pada lelaki ajnabi"

"Oh yeke tak boleh? Astaghfirullah"

"Ish, kau ni. Kita ni nak hafal quran otak and hati kena suci baru senang"

"A'ah kan, kira pandang sekali nikmat, pandang dua kali laknat la?"

Balas Kak Iera sambil tersenyum.

"Nanti buka An-Nur 31 ye?"

Pesan Kak Iera sebelum tamat sesi tazkirah di dorm tersebut.

Masha Allah kanak-kanak gedik tersebut memang pelik-pelik. Kelakar bila dikenang semula. Alhamdulillah sekarang semuanya dah matang kan? :)


Kelas tahfiz pada awalnya diselia oleh Ustaz.

"Hurm aku segan la nak tasmi' (perdengarkan) kat ustaz"

Tasmi' juz amma pun boleh merangkak-rangkak bila 'disergah' ustaz. Menangis dalam hati. Psyco tak psyco dengan ustaz ni. Tak lama kemudian ustazah baru datang masuk menjaga kami. Mualimah Rusyidah namanya. Subhnallah, Allah je yang tahu hebatnya beliau menjaga kami yang gedik-gedik ni.

"Mualimah, boleh tak nak hafal macam hafal nota pelajaran?"

"Macam mana tu?"

"Buat rentak lagu sendiri ke. Boleh tak?"

"Lagu apa enti nak?"

"Lagu intifadhah kumpulan Rabbani tu"

"Bacaan quran kan ada lagu dia sendiri. Tak boleh tau. Jangan risau lama-lama nanti enti dapat tone dia"

Hikayat budak-budak gedik yang sibuk nak jadi hafizah berjalan selama dua tahun. Sistem hafazan yang bermula dengan hafalan juz 'amma. Disambung dengan juz 1 dan diteruskan hingga khatam. Juz 'amma yang kebanyakkanya sudah dihafal dari sekolah rendah tidak menjadi masalah bagi kami kecuali kalau disergah oleh ustaz. Kakak-kakak biasanya lebih laju dari adik-adik yang gedik ni. Ada yang dah hafal terus 3 juz sebelum masuk ke tahfiz. Lepas PMR mereka terus buat persiapan untuk ke tahfiz. Adik-adik gedik ni main je banyak. Tips awal untuk yang berminat untuk ke tahfiz boleh la buat persiapan hafalan. Nanti dah start masuk tahfiz boleh tasmi' banyak-banyak terus.

Perbezaan cara pembelajaran mungkin antara bentuk cabaran yang ada. Menghafal quran bukanlah seperti menghafal nota-nota pelajaran yang boleh dibuat mind map atau mereka-reka akronim. Memang pada awalnya mengalir juga air mata nak melawan dan memaksa diri untuk gagah.

"Mualimah, susahnya surah Yusuf ni"
"Cuba enti baca tafsir dia. Surah Yusuf kan macam sebuah cerita"

Selepas membaca tafsir,

"....wal qamara ra-aituhum li sajidin.., hurm ayat lepas ni yang ayah dia jawap persoalan dia pasal mimpi tu kan?"

A'ah memang boleh main teka-teka macam tu.

"Hurm okay, okay. Dia berkata is qala, wahai anak is ya bunayya. So qala ya bunayya la taqsus rukyaka ala ikhwatika..."

Menggeleng kepala si ustazah dengan perangai kanak-kanak gedik ni. Pertanyaan pelik-pelik mula timbul bila tiba nak menghafal ayat-ayat yang mengelirukan atau ayat-ayat makiyyah kerana ayat makiyyah banyak menggunakan istilah-istilah

"Ayat dalam page ni semua start dengan 'wa iz'. Ada enam kot 'wa iz' dia. Acaneee nak bezakan?"

Bila tasmi',

"Okay, lepas third wa iz ayat dia bukan start dengan wa iz. Thumma 'afauna ke thumma ba'athnakum?"

Antara perkara yang sering ditanya pada pelajar-pelar tahfiz adalah persoalan tentang pemakan dan habit-habit yang patut diamalkan oleh pelajar tahfiz.

"Esyah makan ke jajan (junk food) ni?"
"Setiap hari berapa juz baca?"

Jawapannya mudah. Sesiapa yang nak jadi pelajar pintar memang perlu menjada pemakanan. Nak jadi orang yang sihat pun perlu jaga pemakanan. Bukan pelajar tahfiz je. Amalan-amalan seharian tu sesiapa pun perlu mengamalkannya. Bukanlah berapa juz sehari. Satu juz tu 20-21 pages. Kalau baca express pun dekat 40 minit satu juz. Nak duduk 40 min statik pelajar tahfiz pun macam manusia biasa. Lenguh juga pinggang ni.  Kadang-kadang melunjur juga. Menggeliat juga. Sesekali berhenti rehat berborak dengan kawan sebelah. Melukis kartun dalam buku nota. Mengkaji tafsir ayat-ayat yang dihafal. Konsep mudah, kalau nak jadi pelajar cemerlang perlu buat latihan Math setiap hari. Nak jadi pelajar tahfiz yang cemerlang pun perlu lah buat ulangkaji atau i'adah setiap hari. Makin banyak latihan yang dibuat makin bagus.

Hari ini bila hikayat hidup tidak lagi di bumi tarbiyah, tiada lagi sahabat-sahabat yang sama-sama menghafal quran memang sangat teruji. Risaunya hati bila dah lama tak mengulang. Lagi bila jadi student accounting, asyik berfikir agaknya berapa ayat dah hilang hari ini. 'Stock loss' yang ditolak dari 'Sales' untuk dapatkan hasil 'Gross profit', 'Gross profit' yang mungkin boleh diterjemahkan sebagai baki yang hafalan yang masih terjaga. Semua benda pun boleh berkait. Disipilin sebagai pelajar tahfiz perlulah istiqomah dan bersungguh dalam memeliharanya. Barulah tahfiz. Hafaza perkataan asal atau masdar perkataan tahfiz yang bermaksud memelihara. Bukanlah setakat menghafalnya sekali kemudian tamat.

Alhamdulillah hikayat tahfiz di bumi tarbiyah itu sudah tamat 7 tahun yang lalu. Masha Allah 7 tahun dah. Rasa macam baru dua tiga tahun meninggalkan bumi tarbiyah itu. Apa pun, tarbiyah atau proses seorang hafiz atau hafizah tidak hanya tertamat begitu sahaja. Seperti mana juga usrah yang bermula selepas tamatnya bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr, begitu juga hikayat tarbiyah ini. Sesi pembelajaran secara teori mungkin sudah tamat. Maka kini tempoh praktikal dan pengaplikasian dalam hidup. Bagaimana menjaga hafalan dan yang paling penting menghadam ayat-ayat yang nampak mudah bila diluncurkan laju dari bibir. Tidaklah hebat lagi seorang yang menghafal quran kalau tidak sabar bila berhadapan dengan masalah sedang dia sendiri sudah berulang kali mengucapkan dalil-dalil tentang sabar. Sungguh tarbiyah atau didikan itu berjalan dalam sepanjang kehidupan. Ia tidak pernah berakhir.

Bila hari ini terasa susah menghafal nota-nota pelajaran atau setan-setan gemuk berbisik supaya bermalasan segera muhasabah diri teringat hikayat di ma'ahad dulu. Kalau dulu aku boleh terus menggagah diri kenapa hari ini begitu mudah tewas kepada setan-setan gemuk ini. Menghafal ayat quran yang perlu tepat pada setiap hukum tajwid dan makhrajnya, kenapa hari ini nak hafal provision dalam Business Law yang takde la sebanyak ayat quran pun susah nak semangat. Memang hafal quran tu best, berlagu-lagu mengalunkannya tapi bukan ke hafal provision ni sebahagian dari jihad menuntut ilmu. Kata dah hafal banyak ayat tentang jihad. Tapi malas-malas juga macam mana?

Parah tak parah. Banyak cakap dengan cermin ni sebenarnya. Cuma bisikan hati yang terlahir masa i'adah tadi. Dulu pun pernah ada sahabat yang minta berkongsi tentang hafal quran ni. Insya Allah moga bermanfaat.


Sunday, February 19, 2012

syria alert









Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :


1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.



2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)




Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :


1) Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri. 

2) Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.
3) Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.
4) Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.

Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar. Wallahul musta'an.




Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah ;

1) Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?
Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Di dalam Syiah Nusairi, mereka mempunyai 6 mazhab dan akidahnya mengikut setiap mazhab. Antara aqidah yang terdapat di dalam Syriah Nusairi adalah ;

1-Mereka bertuhankan matahari.
2-Mereka bertuhankan bulan.
3-Mereka juga ada yang bertuhankan awan.
4- Yang paling menjijikkan adalah, mereka juga bertuhankan kemaluan wanita. Hal ini kerana mereka mengatakan bahawa manusia lahir daripada rahim wanita dan wajib menghambakan diri padanya.

Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.

2) Apakah pandangan ulama' terhadap pegangan ini?

Ijma' Ulama' Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat.



Kita di sini?
Masih gelak berguling menonton 'Running Man'
Masih melayang-layang bergosip tentang boyfriend masing-masing
Masih nyenyak di atas katil

Sigh.








Quran GPS hidup

"How many ayatul quran that you attach to?"
Syeikh Yahya Ibrahim, Twin of Faith Malaysia 2011

Yep, Quran itu peta hidup kita, GPS hidup kita. Bila-bila kalau rasa dah nak sesat cepat-cepat buka peta. Atau mungkin memang patut sentiasa dirujuk supaya sentiasa teguh dan yakin melangkah di dunia ini.
Anyway, siapa la kita nak hafal and hadam ayat quran 30 juzuk tu. Surah Al-Fatihah pun tak habis hadam lagi agaknya. Mulut je lancar dalam bacaan solat. Tajwid dan makhrajnya pun masih belum tentu betulnya. Mungkin lidah melayu yang susah nak sebut perkataan arab ni. Tapi surah tujuh ayat yang diulang-ulang paling kurang dalam solat lima waktu setiap hari beriman ke kita dengan ayat-ayatnya?

Cuba ingat balik maksud beriman yang belajar zaman sekolah dulu, menyebut dengan lidah, meyakini dengan hati, dibuktikan dengan amalan. Ayat pertama, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tapi yang beria melompat bila gembira sorak gembira juga yang keluar, segankah kita mengucap syukur dan puji pada Dia? Paling kurang dalam solat 2 kali dikali dengan 5 waktu, bersamaan dengan 10 kali paling kurang kita mengalunkan Al-Fatihah dalam sehari. Tapi yang diulang-ulang 10kali sehari tu susahnya nak buatkan?

Apatah lagi ayat lain.
Sigh.

Are you lame enough?

Kalau dapat hadam surah Al-Fatihah satu tu je pun dah hebat.
*buka tafsir, bagi hadam*


Friday, February 17, 2012

jihad kita sayang

Mereka di sana berjihad dengan darah dan air mata.
Kita di sini tak perlu mengangkat senjata.
Cuma cukup sebatang pena.
Tapi kita ada gergasi yang berselindung di balik rasa
Yang hanya mampu ditumpaskan dengan iman yang perkasa

I
Iyeargh! Ayuh dipijak henyak gergasi mengada!
*dush dush*

II
Cepat! Jangan buat kerja lambat-lambat nanti dia kejar nak bisik hasut kita!
*bangkit dari katil, pesan kat bantal empuk, 
"awak takde kaki kan? tunggu kite kat situ senyap-senyap nanti kite datang peluk awak*

III
Alamak tergoda banyak update best blogwalking ni
*internet ni berhantu awa tahu! tak tidur malam pun boleh kalau menghadap abang internet ni, menggoda sangat. bookmark then baca kemudian*

Gergasi mengada adalah budak bernama nafsu.
Dush. Dush sambung belasah dia.

Final exam dah mula mengintai. Doakan yang terbaik. 
Moga kekal gagah perkasa melawan budak bernama nafsu.

Rabbuna yuqawwiy


Saturday, February 11, 2012

doa cinta

Ada sirna cinta wujud dalam diri. Mungkin begitulah yang dirasa bila diri sentiasa terisi. Insya Allah. Kata alim ulama' yang terbaik jika ada cinta yang mula berputik adalah dengan banyak muhasabah diri dan improve amalan. Banyak yang perlu direnung. Tiada yang diharap cuma memohon rayu dipelihara, dilindungi, dibimbing rasa ini. 

"Katakan lah Muhammad, jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Alla mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu dan Allah maha pengampun dan maha penyayang" 
Ali-Imran : 31

Lembut bisikan cinta dari Dia. Moga cinta ini buat kita terus gagah. Moga cinta ini menjadi asbab untuk terus cemerlang. Moga cinta ini menjadi asbab kita saling mendoakan, saling menguatkan. Je t'aime car Allah


monolog budak gedik mengada tentang Dia

Saya bukanlah manusia hebat yang sempurna pelbagai aspek. Saya juga punya fitrah dan nafsu yang pelbagai. Saya bukanlah anak syeikh terbilang. Bukan juga pelajar jurusan agama yang hebat-hebat. Saya cuma manusia biasa yang hidup bernafas dengan manusia biasa yang lain. Tapi saya juga mahu jadi hamba yang cemerlang di sisi Dia.

"...Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa, Sungguh Allah maha mengetahui maha teliti"
Al-Hujurat : 13

Sungguh taqwa itu rahsia Dia. Seperti kata Umar Al-Khattab ketika ditanya tentang taqwa oleh Ubai bin Ka'ab, sungguh taqwa itu seperti berjalan di atas jalan yang berduri, waspada dan berhati-hati itu adalah taqwa. Maka izinkan aku menjadi hamba cemerlang yang bertaqwa semata kerana Dia.



I
Hurm. Lawa la plak tudung ni. Design cantik. Argh! Tempting! Tapi pendek la pulok. Ala takpe pendek sikit tapi Allah tak suka ni. Aurat kena cover betul-betul. Takpela banyak je tudung lain kan. Ngaha. Tudung kat umoh dalam laci tu dah melimpah tak reti nak syukur lagi ke cik kak. *ketuk dahi sendiri*

".....dan menutup kain tudung ke paras dadanya...bertaubatlah kamu kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung"
An-Nisa' : 31

Nak untung ke tak? Tak ada orang atas dunia ni yang seronok dapat rugi. Untung dapat syurga lagi. Apa lagi yang kau nak?



II
Alamak. Dah lewat dah ni nak pergi kelas. Tinggal satu je kelas petang. Malas nak beria sangat bersiap. Pakai apa ada je. Argh. Socks tak pakai lagi. Malas la. Errr tapi aurat kot. Allah marah nanti susah hidup. Takde makna dah nak hidup kalau Allah marah. Ok, ok pakai la bukan susah mana pun. Socks pun banyak je. Apa la yang nak kedekut sangat taknak pakai. Socks je kot. Nak beli redha Allah dengan pakai stokin. Kalau nak kedekut lagi tak tahu la nak cakap apa. Err okay teringat surah As-Saff. Kau jangan nak ngada-ngada dah hafal bukan main lagi tapi gedik bebeno nak praktik

"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung. Dan ada lagi kurniaan lain yang kamu sukai iaitu pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin"
As-Saff :10-13

See! Siapa tahu amal pakai stokin ni yang masuk kan kita ke dalam syurga. Orang lain berjihad jiwa raga. Darah sana sini. Kau stokin kecik dua helai tu pun berkira. Alahai. Rugi sangatlah kalau tak buat.



III
Alhamdulillah habis class awal. Baru 11.30am. Nak dhuha kejap pun sempat je ni. Eh alamak semalam baru dapat episod 8 Drama Vanila Cokelat. Tengok VC kejap then baru dhuha la. Tapi by the time habis VC silap-silap dah zohor. VC versus Solat Sunat Dhuha. Cik kak 5 minit je kot Dhuha tu. Tak payah nak kedekut sangat nak bagi 5minit pada Allah yang kau merintih tiap hari nak result bagus, nak suami soleh, nak macam-macam tu. Errr. *lari ambil wudhuk cepat-cepat sebelum setan gemuk hasut lebih-lebih lagi*

"..tidak sama yang buruk dengan yang baik walaupun banyaknya yang buruk itu menarik minat hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang yang berakal fikiran supaya kamu berjaya"
Al Maidah :100

Vanila Cokelat je kot. Alahai. Belajar and hafal ayat Quran banyak tapi nak kalah dengan Vanila Cokelat. Loser sangat lah awok!



IV
Nak jemaah maghrib and isya' kat masjid la malam ni. Ala tapi habis class at 6pm. Mana nak lari kejar Asar, nak mandi, nak dinner. Ah kau aishah bab ni banyak betul alasan. Cuba kalau ada program best-best sana sini kau sanggup pergi. Sanggup invest duit banyak pun. Even it's a good deed tapi kalau amal kecil solat jemaah ni pun gedik-gedik nak bagi alasan bagai jangan nak ngada-ngada excited sangat amal besar-besar. Besar mana sangat pun. Yang meriah lebih tu yang beria. Nilai solat jemaah tu berganda and antara amal yang berulang kali Rasulullah ingatkan dalam hadith. Kau beria kata cinta nabi tapi nak buat sunnah nabi gedik-gedik bagi seribu alasan. *cepat-cepat settle semua kerja, sarung abaya, sarung tudung, sarung socks*



Begitu kisah budak gedik mengada yang turut sama menyibuk nak jadi hamba Allah yang cemerlang dunia akhirat. Boleh je kan? :)

Wallahu 'Alam

Friday, February 10, 2012

selamat ulang tahun sayang

Disclaimer : Ini adalah entry tak matang gedik mengada overloaded. Untuk sesiapa yang tak mampu bertahan dengan  kadar gula dan bunga-bunga gedik anda boleh tutup entry ini.

Untuk awak yang kite sayang :

Awak, kite dah lama nak buat satu entry khas untuk awak but then selalu macam nak tunggu special date. Sebenarnya tak payah tunggu special date pun takpe kan? Awak, kite sayang awak sampai syurga!

16 tahun yang dulu saya dipertemukan dengan seorang ukhti yang comel. Di sebuah tadika, PASTI An-Naim namanya. Indah sekali bila terkenang memori kanak-kanak kita kan? Setiap kali waktu rehat kita berlumba berebut buaian depan rumah ustaz. Waktu petang pun begitu. Waktu rehat kalau dapat makan karipap, kita selalu buang inti karipap tu pada bingkai tingkap. Penuh tepi tingkap dengan inti karipap. Kenangan yang comel sangat! Satu hari Cikgu Sabariah cakap tentang kebaikan susu untuk kanak-kanak. Tiba-tiba ada orang tanya mungkin Muaz namanya dah lupa,

"Cikgu, kalau nak bawa botol susu pergi tadika boleh?"

Cikgu Sabariah balas mudah,"bawa la".

Maka esoknya ramai rakan tadika sekelas bawa botol susu dan meletakkannya di atas meja. Tak pernah sangka kan ada orang yang bawa botol susu ke tadika. Mungkin ada untuk kanak-kanak comel macam kita je? :)

Kita sekelas selama dua tahun di tadika itu. Zaman tadika yang tak kenal apa-apa. Penuh dengan kenakalan dan perangai gedik mengada. Mungkin sampai sekarang pun? :)

Tahun 1998 kita berdua mula melangkah ke alam persekolahan. Teruja sungguh bila dapat duduk sekelas dengan awak. Nama kelas tu kelas 1 Thuwaibah. Waktu tu awak baik dengan Iman Aminuddin so awak duduk sebelah dia tapi kita berdua selalu main sama-sama. Zaman tu dah mula ada beg tarik, selalu ada main lumba-lumba beg tarik di belakang kelas. Ala-ala main tarik upih pinang. Ada yang duduk di atas beg dan ada yang menarik beg. Kelas kita selalu menang kelas terceria dan terbersih.

Darjah 2 kita berdua dapat kelas 2 Maryam dan kita mula duduk bersebelahan. Kita tubuhkan geng, geng A namanya. Sebab sebelah kita awak dan di belakang kita ada Asiah Rosedi dan Atikah Ghazali. Comelnya masa tu! Masa tu kita semua dah pandai gosip-gosip. Atikah Ghazali yang ajar! Ingat tak awak kita berdua suka sakat Mualim Raja Faisal ketika Mualim nak periksa hafalan sifir. Bila tak dapat hafal kena berdiri atas kerusi. Bila Mualim tanya lagi, kita tak hafal lagi, Mualim nak rotan tapi kita main lompat kat kerusi tu. Nakalnya kita dulu!

Darjah 3 sekelas lagi. Kelas 3 Abu Huzaifah namanya. Sufiah Fazdil jadi penolong ketua kelas yang garang sangat-sangat. Ingat lagi dia suka ronda kelas dengan bulu ayam. Ingat tak awak, Mualimah Shiqin Basirun yang pakai purdah tu jadi guru kelas kita. Tahun ni pun kita baru find out ada dua Afifah Ali yang tertukar kelas tu. Juga Allahyarham Mualim Mahyudin yang ajar kita Matematik. Rindu kan dia?

Darjah 4 dah mula kelas mengikut gred. Masing berusaha nak masuk kelas pertama. Siapa sangka kita sekelas lagi. Kelas 4 Umar Al-Khattab yang ramai pengawas tu. 17 orang tak silap kite. Bila ada perjumpaan pengawas, mualim atau mualimah tak boleh start mengajar. Masa ni gosip makin hangat. Macam-macam kisah ada. Yang pahit yang manis. Kite ingat yang kite pernah buat awak nangis time PJ. Masa tu kita tak matang lagi. Ikut suka je nak cakap apa. Kite minta maaf banyak-banyak. Maafkan kite please. Rasa bersalah sampai sekarang. Sorry.

Siapa sangka kita sekelas sampai darjah 6. Kenangan di 5 Zaid Harithah, 6 Imam Nawawi semuanya mengajar kita kan? Awak jadi saksi perubahan kita. Dari zaman nakal gedik mengada, kita sama-sama membesar lebih matang belajar mengenal tarbiyah dan melangkah melihat dunia. Kenangan camping, darjah 4 di Taman Pertanian Bukit Cherakah, darjah 5 di Sungai Tua, dan paling dikenang darjah 6 di Teluk Segadas Pulau Pangkor. Sesat dalam hutan bersama cuma 11 orang pelajar perempuan. Lemas di laut. Kenangan segala kursus. Kursus Kepimpinan, Kursus Pengawas. Semuanya mengajar kita.

Bila masuk ke sekolah menengah, kita jadi lebih matang. Bumi tarbiyah yang banyak mengajar kita. Awak masih lagi di situ yang selalu jadi bahu tempat kite meluah rasa. Sorry selalu basahkan tudung awak sebab nangis. Sorry selalu masam-masam peluk awak. Sorry selalu kacau awak malam-malam pillow talk dengan awak. Sorry untuk semua gedik mengada overdose. Lori gula selalu tumpah. Nanti awak dah jadi doktor boleh cucuk insulin kat kite :P Sebab sweet sangat kan?

Kita mula berpisah bila lepas Form 3. Masing-masing dah pindah sekolah. Tapi kita masih selalu jumpa lepak, update gosip sama-sama. Rumah awak dah jadi macam rumah kite. Adik-adik semua pun dah besar. Dulu selalu tengok cartoon dengan adik-adik awak. Realitinya sekarang kita dah jauh terpisah tapi kisah kita tak pernah tamat. Moga ukhwah ini berterusan sampai syurga.

Kite bercita-cita nak jumpa lepak update gosip lagi dengan awak kat syurga nanti boleh? :)

Hari ini kita nak minta maaf tak dapat call jerit-jerit dengan awak macam selalu pada tanggal 10 Februari ini.

Selamat Hari Lahir.
Happy Birthday.
Sanah Helwa ya jameelah.
Barakallahu fiik kullu am wa enti fi taiyyibat.

Moga Allah berkati ukhwah kita.

Disclaimer : Sorry kite tak reti buat ayat best-best. Main type ikut suka je. Ni je kite mampu bagi hadiah untuk birthday awak. Moga Allah redha. Salam sayang cinta sampai syurga.





Friday, February 3, 2012

Shoot dalam usrah

Shoot.
Kalau ada masalah hati susah nak update blog. Is that so?
Kalau tak banyak assignment yang guna lappy juga malas nak update blog.
Kalau eager sangat nak share something, i prefer to shoot it to twitter.

Let's shoot something dari bulatan gembira tadi.

I
Dakwah itu tidak tertegak atas semangat semata-mata. Bahtera itu tetap akan terus belayar walaupun tanpa semangat. Orang lain masih terus melangkah. Nak kena tinggal?

II
Dalam satu kisah seorang tokoh yang sepatutnya memberi syarahan utama tapi dia turut serta datang awal dan membuat persiapan dewan, menyusun kerusi dan sebagainya. Bila ditanya mengapa beliau melakukan sedemikian, jawapannya mudah,

"Aku tak tahu amal yang manakah akan diterima Allah"

Shoot. Tepuk dahi sendiri.

III
Anda islam? Islam pada kad pengenalan sudah cukup?

Islam itu perlu menyeluruh. islam pada fikiran dan akidah. Islam kah cara pemikiran kita? Islam juga perlu pada akhlak. Nama islam tapi akhlak islamnya di mana? Belajar di sekolah dan ditinggalkan celah-celah buku teks? Juga semestinya islam pada perasaan. Seterusnya pasti islam pada amalan dan tingkah laku. Kalau cara cakap serupa yang bukan islam. Errr. Itu susah dik.

Islam itu bermula dengan seorang pemuda. Seterusnya membentuk keluarga. Pastinya individu seorang wanita  yang diperlukan bagi membentuk keluarga muslim sangat memerlukan individu wanita muslim yang sama hebat seperti pemuda yang tadi. Maka, pembentukan seorang wanita muslim tidak seharusnya pernah dipandang mudah. Tugas membentuk keluarga itu terletak pada keduanya.

Isteri bukanlah setakat tukang cuci baju, tukang masak, tukang kemas rumah. Itu semua kerja bibik. Jadi untuk mengangkat martabat seorang isteri tidak bermakna perlu menggaji bibik tetapi turut sama terlibat dalam mendidik, menanam nilai rabbani dalam sebuah rumah tangga.

Errr. Tugas isteri.

Mencungkil nilai khalifah. Merangsang jiwa hamba. Menyemai benih amal soleh. Menyubur iman dan taqwa. Qudwah hasanah pasti posisi paling mustahak. Sabarnya dalam menyusur laluan hidup berumah tangga, dalam mendidik jiwa-jiwa muda khalifah.

Errr. Tak punya pengalaman lagi. Naqibah dah memandai masuk bab BM.

Shoot. yang jelas, islam itu harus pada semua aspek hidup.

IV
Shoot. Banyak lagi. Tapi tak berjaya dihurai strukturnya. Heh. Masalah hati? Astaghfirullah. Mungkin banyak ayat-ayat akademik untuk assignment bersusun dalam otak.

Errr. Atau mungkin sebenarnya semakin kita banyak membuka mata hati semakin banyak yang dapat ditafsirkan. Semakin banyak yang terasa di hati. Seperti tadi budak comel yang bergenang air mata memikirkan nikmat tuhan bila banyak mentadabbur ayat, melihat bukti kekuasaan-Nya. Bergenang di sepanjang bulatan gembira berjalan.

Juga terasa ada rasa suam hangat menyinggah.

Allah hadirkan ujian untuk menguji dan merindui hamba-Nya.
Bila diuji apa langkah pertama kita?

Demam. Mana pandol?
Sakit perut. Mana minyak?
Highest result. Yeahh.

Allah letak mana?

Sakit. istighfar selawat dulu. tenang hati. telan and sapu ubat pelan-pelan.
Dapat nikmat. ucap syukur. kurniaan Dia.

Allah letak depan dulu.

Moga Allah redha.

"aishah ni cakap makna mendalam"
"errr. namau cakap dah!"

Hey, gedik duduk kat dalam senyap-senyap!




 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords