Saturday, August 23, 2008

tetamu agung

Tetamu agung bakal tiba~ pesta beribadah kan menjelma.
Tapi cam lain macam sket kali nih. Sebab ape ek? Uh~ kali nih ramadhan tanpa HIRA’. Cane la ye?
Anyway still kena set target for~ mutaba’ah amal
Urm~[thinking]
Why not kite wat program bersama ngn skola-skola len ramadhan nih?
So any school yg interested, or any BADAR [Badan Dakwah dan Rohani or any committee doing such that work] from any skola nak invite my school bleh la~


SMK AGAMA KUALA SELANGOR
Pasir Penambang,
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-32895509
Fax: 03-32895518

Or through my email ( as the vice president of BADAR) :
isyah_91@yahoo.com

at the end of my school break

[jeling hp]
Huh. De message~
“org selalu pandang remeh pada niat~set niat yang terbaik dalam setiap keadaan”
[huh.cam perli je]

So surprise~! sampai hari ni tak study pape pun lagi [except tuition] ngee~ test dah dekat. Tu la memang plan nak rest je, nak lepak ngan kawan, qada’ baca buku-buku yang tak sempat baca~huh cam nak balas dendam lak ngn time busy-busy dulu. Dah puas lepak. Lepas nih kna fokus nak bantai study. Yeah~ jangan ngade-ngade nak main-main. Let go all the thingy~ yeah!

exam mode


Hurm~there’re one message
“doakn trial kte ek.tak0t sgt ni..huh~”

Time lepak kat umah member
“jom plan program kte.lps maghrib studi okeh? Aisha ajar sejarah form4”

Bile ajak member wat gathering
“jom~! Awak plan ek. Ktorg busy study. Nak trial la~”
[ngee~org nak test gak]

Bile ade org call tapi cam taderk mende nak ckap
“eyt,org byk kje r~internal test dah dekat nih”
[internal test jerk~ngee still a test rite?]

Konklusinya~ most of my friends tengah sibuk nak test or exam or what so ever yang seumpamanya.

For my beloved batch14 HIRA’~
good luck guys~! Try our best~!!
Bak kata maryam~ our nearest goal is SPM so strike for straight A’s~!!!
Yeah~! for the sake of dakwah and our ummah~!!
Ngee~korg nak abes skola dah~nanti rajin-rajin jengok kte kat skola keh.

For my senior batch12 KUSSIS~
hoho~ korg dah dapat ‘pencen’ so study leklok okeh.
Jangan main-main lagi. Jangan buli-buli junior dah~hehe

For my batch at KUSSIS~
Huu~tau ar internal je. Tapi still kna blajar gak keh.
Jangan malas.
Jangan asek busy ko-ku je
Urm~dapat lak test time puasa. So prepare awal-awal
Jangan jadikan puasa as alasan untuk lembik

For all my friends yang nak amek test or exam or pape yang seumpamanya~
Memang exam bukan segalanya~
Tapi exam itu medium kepada kejayaan kite.
Prepare for the best then when the result come out you will never regret although you failed because you’ve try your best


berhenti jadi gelas

[ I’ve found the story~!!! ]

Seorang guru sufi melihat anak muridnya yang sedang bersedih lalu bertanya, “ kenapa kau selalu murung, nak? Bukahkan banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana pergi wajah syukurmu?”

Jawap anak murid itu, “ sejak kebelakangan ini hidup saya penuh masalah . sukar untuk saya tersenyum. Masalah datang bertimpa-timpa.” Sang guru tersenyum lalu berkata, “nak, ambil segelas air dan dua genggam garam, bawalah ke mari. Biar aku perbaiki susana hatimu itu. Si murid melakukan seperti yang disuruh

“ ambil garam tadi dan masukkan segenggam garam ke dalam gelas itu”, kata sang guru. “setelah itu cuba kau minum airnya sedikit”. Si murid pun melakukannya dan wajahnya terus berubah kelat.“bagaimana rasanya?” tanya sang guru. “masin dan perutku jadi mual.” Jawap si murid.

Sang guru ketawa dan berkata, “ sekarang ikut aku”. Sang guru membawa muridnya ke sebuah tasik lalu menyuruh si murid taburkan segenggam garam dan tanpa membantah si murid melakukannya. “ sekarang cuba kau minum.” Kata sang guru. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air tasik lalu meminumnnya. Terasa sekali betapa air tasik yang dingindan segar mengalir di tekaknya lalu menghilangkan rasa masin air yang diminum dari gelas tadi.

Sang guru bertanya, “ bagaimana rasanya?” “segar, segar sekali.” Kata murid sambil mengelap bibir dengan tangannnya. “ terasakah rasa garam yang kau taburkan tadi?” soal sang guru. “tidak sama sekali.” Kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu minum sampai puas.

“ nak.” Kata sang guru setelah muridnya selesai minum. “ segala masalah dalam hidup ini seperti garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang hidupmu sudah dikadarkan oleh ALLAH, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-gitu sahaja, tidak kurang tidak lebih. Setiap manusia yang lahir di dunia ini pun demikian. Tidak ada satu manusia pun, walaupun dia seorang nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.

Si murid terdiam, mendengarkan. “ tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yang dialami itu bergantung kepada besarnya ‘qalbu’ yang menampungnya. Justeru, supaya tidak rasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan ‘qalbu dalam dadamu itu sebesar tasik~!!!


video


Nice huh~?! This video remind me to my great memory~!! Anyway this’s not my group la~but the song. Ingat lagi cane tiap-tiap hari practise kat ‘chamber of secret’ sampai kul 3-4 pagi. This ‘phenomena’ will happen in around may to july every year [ 2004-2007]. Then this year sume tuh dah takde. Our group dah berpecah. Tercampak ke merata-rata tempat. Bertambah syahdu bile one of the member will fly away~to somewhere in oversea. Huhuhu. Time dapat tau, memang terus nangis. Urm~memang tak pernah nangis dahsyat-dahsyat canih lepas peristiwa 29/9/03.
We have learned many things together~
We have shared many things~
Buat macam-macam projek~ngee

-Basuh kereta mualim-mualimah untuk kumpul duit
-Plan lawatan [myb rehlah] to Ma’ahad Zahra’ [ mahad banat international]-lps bape kali kertas kerja kna reject
-Paling best~ balik fly beramai-ramai~!! [haha. Then kna cekup ngn mualim shah]
-BBQ kat depan dorm [ikan luby-luby + apple crumble~haha]
-Kenduri UR tiap kali balik dari umah [ lauk wajib sambal jawa ]
-Our tradisi~main game baling selipar kat depan aspuri [tak ingt pe name jepun die]
-Main netball dalam kolah~! Huu~ besh!
-Our grand reunion~! [ at jadon’s and labib’s]
-Panjat pokok jambu air kat ampaian aspuri,then kmpul smpai satu baldi [cicah ngn kicap pedas. Nyum~nyum!]
-Iktikaf tiap ramadhan~ [ urm~ what about this ramadhan? huhu]

Haha kantoi.Urm~banyak lagi tapi haha rahsia kerajaan~! Biar ia jadi memori termahal buat kami. Medan di luar memang hebat. One of the alternative to still keep in touch with tarbiyah is…UKHWAH~!!! So please my dear friends~! Let us keep pray for each other and keep in contact okeh! The most important is~ JANGAN MALAS NGULANG HAFAZAN!! Cane jauh skali pun kite.. ingat kite kan ada ALLAH. ALLAH as our penghubung~ one more thing, KENA AKTIFKAN OUR BLOG~ haha dah berhabuk dah. Ok no tears please~ insya Allah we will meet one day soon~ ameen. May Allah bless our friendship~

Monday, August 18, 2008

my school break?

i dunno wut i'm going to say~ huhu
skg tgh cuti.anyway weekend still ngn tuisyen.
baru tadi cousin2 dari kuantan blk. puas shopping ngn derg~
cuti mmg cam tak brape plan sgt coz baru abes critical mode~
so mmg nak rehat~ nak kuar lepak ngn kawan2..
then one of my best friend lak nak fly diz 26
huhu~mmg sedih~ dh la xdpt ntar sbb time uh kat asrama~wawa
ngee~sedikit kecelaruan minda

Friday, August 8, 2008

sedikit damai~

just now baru abes presentation for formula one in school technology challenge. ngee. aishah seperti biasa suka bajet tenang [bleh plak tinggal notes kat dorm~!] alhamdulillah everything's clear. tunggu esok n lusa plak for race and exhibition. wawawa tak sabar nak abes~!

semalam agak gila~ngee. tenyeh presentation sampai petang then petang gi shah alam jap [semata-mata nak print port folio~!] balik asrama dah kul11. sambung stay up sampai kul3. huh nak test kereta punya pasal. could you believe the car moves only in 0.623s? gila kan? so ktorg assume ade error. test lagi skali dapat 0.983s. hurm yg nih baru bleh percaya sket. bukan ape sebab internatonal record pun baru 1.023s. agak penat tapi tak sabar nak abes kan sume nih

malam tadi stay sampai kul3. malam semalam stay sampai kul1.malam nih nak stay sampai kul bape lak? huh. esok lak ade program which i should conduct tapi ngee tak bleh la plak pape pun kna follow up balik ngan anak-anak buah. next plan nak bantai study plak~! yeah~ strike for straight A's~!! for the sake of dakwah~

Wednesday, August 6, 2008

tujohOGOS

Esok banyak kerja yang perlu dibereskan. Dalam kesibukan teringat sebentar~ hurm

esok tujohOGOS = hari apa ye?

Mengingat kembali tarikh itu buat hati rasa tersentak dengan kenangan yang meruntun hati.[ ku berazam ia bukan hanya kenangan] Tarikh itu telah mengundang senyum, tawa, duka, dan air mata. Biarlah masa berlalu asal kita punya langkah untuk meneruskan cita-cita hakiki. Kebenaran itu tidak akan sesekali berdusta walau dihalang jarak dan masa. Manira tidak akan sesekali lupa~

moga sentiasa di bawah lindungan redha yang Maha Satu

kisah saya?

Malam itu baru keluar dari kelas berjumpa dengan sorg sahabat,

“kak, pegi balik tido la~”
“huh. Pehal?”
“muka akak penat sangat”
“erk. Muka pnat ke?”[agakla tapi takdela sangat]
“ktorg tak sampai hati tngok akak. Nak ajak borak pun tak berani tengok akak penat sangat”
[huh.terharu]

Di dorm
“malam ni akak takyah la kuar pegi mane2 meeting lg. tido cepat taw. Sume org jangan kacau akak. Biar die tido”
[aku terkesima]
31/7

HUH. I’m so tired today. Pagi tadi rehearsal majlis penyampaian watikah pengawas dan penyerahan tugas exco asrama. Continue to the ceremony until midday then lunch dengan perasmi, timbalan ketua polis daerah kuala selangor. Then as usual sambung keje2 swift desire sampai petang. Hurm~ bile nak buat liqo’ ye? Esok kena gi kursus kat sekinchan. Petang sabtu habis program terus balik rumah for tuition and this weekend ade aqiqah ayyash. Hurm nak jmpe baby~! [ the strive baby ] Rindu nak borak same makciknye..hehe

Kalau la boleh borak dengan baby tu, I’ll ask him how u strive to live in this world? Hurm~ akak [ ke makcik?] respek ngn ayyash~! Chaiyyok~

Lately nih memang selalu kena kuarantin. Huhu duduk dalam bilik LK [ lukisan kejuruteraan ] berjam-jam ngadap computer [ bajet budak LK ] jengok kelas kat blok sebelah rindu lak nak masuk kelas. Hurm~ cane nak cover balik study? Alhamdulillah mak paksa masuk tuition. At least tak de la tertinggal sangat kan?



1/8-2/8

Ari ni birthday sabrina n hanan. May Allah bless you two~
+ umur
+ iman & taqwa
Sab jgn main2 ag. Nak exam dah tuh. Ngeh ngeh sab dah tua. Dah jd makcik kan?
Same goes to hanan. Dah form4 takde masa nak main dah. Kadang-kadang slalu gak tengah-tengah busy uh jerit “ nak main~!” heh. Serius rasa cam robot bile naik upper form nih. Anyway wish you two the best of luck~uhibbukuma fillah

At Alam Desa Seaview Resort & Chalet, bersardin dalam bas dari sekolah dan berpanggang dalam dewan. Takpe..takpe.. tiada yang sia-sia dalam setiap takdir-Nya bukan? Life’s goes on~the best way is always through


3/8

Alat penghubung bergegar tanda ada mesej masuk. Hurm, sape yg kacau daun org nak study nih? Satu arahan untuk bersiap sedia untuk outing. Kami bergerak ke shah alam kemudian ke petaling street mencari bearing tayar kereta. Huh sejak bile aku minat kereta-kereta nih? Hantam saja la~ cari pengalaman. Then ke bukit jalil jmpe associate engineer for national CAD/CAM Programme SIRIM. Huh penat ma~ balik asrama dah pukul 9. sambung plak dengan diagnostic test for additional math. Tu pun dah lewat. Abes test bajet nak study math, hurm bukak kejap dah tak larat. Malam tu demam. Titik
 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords