Friday, December 30, 2011

nak jadi askar




melihat mereka buat aku sedar.
tapi ada perkara tentang diri sendiri yang masih perlu direnungi.
atau mungkin saja biarkan ia berlalu.

ya rahman, belai aku dengan kasihMu


let's build the bridge

ini merupakan entry spontan. malas nak draft. mencuba selaju mungkin type kerana terlalu teruja nak berkongsi tapi kesuntukan masa. uhu.

syeikh a'ala el sayed pesan. dia kata. let's build the bridge from the great golden past.

what is that great golden past. yeah, it's our history. kita selalu dimomokkan. okay macam jahat je guna momok. but it's true kan. apa la guna superman yang tak reti pakai undies elok-elok tu, yang batman pakai tak syarie langsung. yang spiderman lompat-lompat tak logik dek akal manusia. yang susah payah nak beli barang marvel tu kenapa. kan kita ada great sahabat. great and true warriors in islam. orang bukan islam kesian kena create their own hero sebab dia takde hero. kita ada hero yang real tapi nak jugak ambil hero kenapa. adoyai. sila ketuk kepala sendiri.

for me, yang suka movie and kisah ala-ala LOTR macam epik-epik gitu pun macam baru tersedar. kan ada umar al-khattab yang dulu bunuh anak sendiri weh then cair dengan bacaan quran adik ipar dia, ada khalid al walid the one yang start conquer and spread the word of islam jauh beribu batu dari madinah and yeah satu term yang wajib ada untuk khalid al walid victory after victory!, ada umar abdul aziz the one pemimpin yang sangat-sangat humble and takut dosa, ada tariq bin ziyad ketua panglima tawan sepanyol. sepanyol weh! spain spain! okayyy nampak tak betapa terujanya?

tapi kenapa kita selalu tak nampak sejarah kita ni hebat. yes,sejarah kita. orang kita tu! kalau orang kampung kita masuk AF riuh sekampung tumpang gembira, kalau kawan kita punya kawan punya kawan kawin artis riuh kat semua orang nak heboh. ni cerita lagi hot ni! jom la heboh benda lain pulak kan. hiburan, happy-happy macam tu tak kena mana pun. lagi awesome kot gosip pasal warrior in islamic army ni.

para penulis buku sekalian, tolong la buat buku pasal warrior ni semua kasi gempak sikit. jangan yang nampak lame and boring. yang ambil course multimedia ke apa broadcasting tu boleh la ambil idea dari sejarah agung ni. tak payah la sikit-sikit nak perempuan cun seksi. dosa kau bertambah-tambah sampai masuk kubur nanti tahu. sekali orang tengok karya kau dia dapat dosa, kau dapat sekali, dia bagi tahu kawan dia, kawan dia tengok kau dapat lagi dosa and it's spreading to the whole world! weh parah weh. pahala tak banyak mana weh nak balance kan dengan dosa tu. dah la memang malas-malas nak kumpul pahala. adoyai

maka, birthday saya nanti sila hadiahkan saya buku-buku tentang nama-nama yang saya sebut tadi ye? hehe. lagi best kalau in english. kalau ada arab best gak. well yeah, hikayat macam ni tulis dalam melayu tak nampak awesome sangat. kecuali faisal tehrani kot. maka nak melayu jugak, sila la para penulis melayu belajar dari faisal tehrani. oh dah lama tehrani tak buat buku baru kan. 


tengok pakcik tony cakap apa. ce buat cerita islamik nampak moden and bombastik sikit!

ok lagi sekali mengarut.
moga ada manfaat.


twin of faith

so here the great weekend. we're in a group of 10 people include my mom, amin my brother and iman my sister. angah, my cousin yang mula-mula rasa anxious nak buka booth for the sale and exhibition, but at last the weekend ends with great joy! alhamdulillah.

belum rajin nak bercerita panjang-panjang. sooner or later i'll just include the points from those great scholars in my posts. there, we got many great scholars delivered a very much heart soothing lectures. yes, we heard so many lectures. but the lectures are so awesome and captivating! a very well managed and professional event even it was organised by a muslim organisation. well yeah, we often heard the lame and unprofessional management from islamic society. perhaps it's just a typical society or university's society. but we learn and implement it from the basic right.

got many things in my mind. tomorrow i'm going back to campus. test berderet. program bersusun. belum kira yang tak bersusun tu. ngaha belum kira yang ajak berjalan sana sini. mesir, jordan, london, france, jakarta memanggil. yeah i wish it's just within a walking distance. counting down for 2011. looking forward for 21 age. topik kawin makin lama dah makin serius. bukan lagi topik mulut-mulut manis atau manja mesra. understanding the true concept of marriage, motherhood, parenting, communication skill, household economy apa bagai. sounds so serious eh. oh yeah, TOF also organized a workshop named the marriage workshop. kalau masuk boleh dapat foreigner kan. keke. mungkin takdirnya jodoh dengan malaysian je sebab registration dah penuh for sisters. ada orang gelak berguling dengar pasal ni malam tadi. ok fine. men may think they're not that desperate. do it's called as desperate? lol.






the wristband yang tak boleh bukak for that two days

 cool kan ada separate queue? 

 yes, that is mejar faiz the angkasawan. i was like, "mak! angkasawan! hahaha excited angkasawan depan mata. ehe why i'm so into that angkasawan thingy. he was on stage for the price giving ceremony for the Budding Young Writers Competition. the first prize is iPad2 okay! the participants range is just only 5-16 years old. so tak perlu mengaku muda walaupun comel lagi. oh yeah, this is the kids zone. they put a hall for children perhaps like a play room so that the parents wouldn't need to worry about the running here and there kids.

 this is mother's room. cool kan? so ibu-ibu tak perlu risau atau berduka lara tak dapat dengar that amazing lectures. because they brought it live to that mother's room. so senang sambil nak layan anak-anak, nak breastfeed ke, nak change diapers ke. takde la jadi ibu bawah tempurung kelapa yang duduk kat rumah je kan? ibu-ibu lagi la perlu diisi jiwa dan akalnya untuk jadi super mama didik anak yang hebat pembentuk ummah gemilang. ececeh over pulak. 

 yes. sangat awesome kan dah cakap. this is from the brothers area. it's in main auditorium, the plenary hall


 the booklet

 haa, sila jealous dengan content of this event!

the workshop schedule. can you see the marriage corner? hehe.

the buah tangan! eh, bukan dia bagi. beli sendiri la. my first dr.amr khalid book!

being the part time sales person for NEDA. congratulation NEDA! glad being part of you!

missing brother Boona Mohamad! after all, i love the most lectures by Syeikh Navaid Aziz, Syeikh A'laa El-Sayed and Syeikh Hussein Yee. the 'Sacred Economy System' by Ust. Dr. Zaharuddin pun best. well yeah, orang accounting kalau tak ada passion in economy macam pelik kan. but yeah, i love economy. soon nak cari lectures pasal islamic economy lagi!

okay, enough of being over excited.
till we meet again.
lots of love.






Tuesday, December 27, 2011

a weekend with great weekenders

a story to be told later.

a weekend with 10k audiences.
a weekend with 15k sales.

kerana masih ada yang sayang

selamatlah awak di sana.
diiring doa dan harapan.

first we need love.
masih terngiang di otak.

randah

cuba kau pakai kasut dia!
cuba kau duduk tempat dia!

semudah itu kau hina, caci maki dia?

kenapa masyarakat kita semudah itu merendahkan manusia?
kenapa masyarakat kita susah memberi ruang dan peluang?

Allah knows best.

membina jambatan

"let's build the bridge from the golden, great past history" - Syeikh A'laa El-Sayed

bukan sekadar sejarah. tapi punya kisah hebat untuk diteladani. meneliti nama-nama hebat dalam sejarah Islam buat saya terpukau atau mungkin sahaja kembali terpukau. nama-nama hebat khalid al walid, umar al-khattab, zaid bin harithah atau mungkin sahaja usamah bin zaid, muhammad al fateh, umar abdul aziz yang umurnya sebaya saya sahaja di saat kehebatan dan kegemilangannya. hebat akalnya, kental jiwanya, gagah imannya. buat saya termimpi-mimpi.

dulu kisah muhammad al fateh pernah dijadikan 'wajibat' atau assignment dalam satu perkhemahan. semua peserta diarahkan untuk mengkaji tentang sejarah muhammad al-fateh. siapa yang paling luas pencariannya dikira paling hebat. maka semua berlumba-lumba menyelongkar library, berebut internet, berlaku perbincangan dengan kumpulan lain, ada yang berbalah tentang tarikh lahir, tarikh beliau dilantik menjadi sultan. semangat bersaing yang sihat wujud antara kami. kemudian semua berusaha untuk menghafal fakta-fakta sejarah tersebut. muhamad al fateh menjadi igauan kami!

hari ini saya terfikir, Islam begitu hebat tersebar luas hingga ke eropah pasti dipimpin oleh pejuang dan pahlawan yang hebat juga. jika mahu kembalikan Islam seperti dulu pastinya kita perlu kembalikan mereka di zaman ini. kembalikan mereka dalam diri kita!

proses membina jambatan dari kisah sejarah ini perlu dilakukan segera!

kelmarin.

"i'm searching for a book about great warriors of Islam"

dihulur sebuah buku berkulit tebal.

"wahhh, i can sense it more awesome than the lord of the ring!"

Monday, December 19, 2011

dah siap?


bila semalam call mak merengek gedik-gedik,

"mak nak kawin laa macam ni"

selalu sedepuk je kena bebel free. but yesterday was different. she know that i'm homesick. tak sabar nak balik rumah for this coming semester break. so mak macam tak kisah anak dara comel dia ni merengek mengada.keke. rabbuna yusahhil may Allah eases my journey.

a few days back juga sangat busy. we got program minggu keusahawanan PROSMIK 11'. the first day was a bit dull in our stall. then i started to think how i would improve our sale. so then i suggested to our members to add another menu which is pasta carbonara and perhaps fried macaroni for back up.

as i'm so busy lately, i'm afraid of something. i'm afraid if i could not give so much attention and pampered my dearest book and assignments. every time in my prayer i would wish i could settle all my works. so i'm a bit messy here and there emotionally. but here i would give my full gratitude to someone who always be there.

i know sometimes i'm a bit mengada and you knew it. but you let me learn by myself. i wouldn't mine if you scold me because of my fault being too gedik in handling my emotion. but you know me rite, it's just between me and you. even i know i need to be cool inside and outside. everyone need some space for improvement kan? i'm glad you're here besides me.

"i bet you lawan my carry mark 48 over 50 tu"

ngaha. i wish i have so much time for reading and writing the essay.

Saturday, December 17, 2011

entri jiwang serius

amaran buat yang alergi kepada fakta atau pandangan yang membuatkan anda jiwang meremang.
atau pun saja diabetes tahap tertinggi dengan kemanisan melampau.

entri ini mungkin khas buat seorang sahabat.
kerana pastinya jika aku dekat bersama kamu banyak perkara yang aku hamburkan.

"sweet je dia kejut qiam selalu"

i can sense dia sangat suka jejaka yang seorang ini.

"is it kawin is all about qiam semata?"

jangan mudah terus melabel manusia.
tak kurang juga bila sesekali dipuji lelaki-lelaki yang nampak hebat di mata.

so what kalau handsome? apa boleh buat dengan handsome?
so what kalau kaya? duit banyak sangat pun nak buat apa?
so what kalau solat lima waktu tapi panas baran?
so what kalau baca tazkirah hari-hari tapi masih tak berubah apa pun?
so what qiam sampai lebam-lebam tapi mata masih melilau melihat perempuan seksi?
so what kalau pakai serban tapi mulut tak berbudi bahasa?

pastinya ini bukanlah pandangan yang terbaik dari seorang yang belum ada pengalaman berumah tangga hatta kursus kawin pun belum lagi. cuma ada beberapa situasi yang mungkin boleh dikongsi bersama.

betul ke a wife should serve the husband devotedly?

is it all about

"abang dah makan?"

"abang nak pakai apa?"

tak kurang seperti kerja bibik. pastinya tugas seorang isteri lebih dari seorang bibik semata.atau mungkin kalau setakat nak memenuhi tuntutan si suami yang typical sebegitu boleh cipta robot yang buat rutin harian. kalau setakat kawin, seorang suami mengharapkan ada isteri yang buat kerja-kerja bibik pastinya itu bukan calon yang terbaik. paling kurang bukanlah calon pilihan saya. walaupun mungkin saya boleh buat kerja-kerja rumah dengan efisien dan masak pelbagai resepi.

perkahwinan adalah kerja membina ummah. dua jiwa dua hati yang bersatu menyemai cinta untuk membina ummah. mendidik nilai-nilai manusia, menyemai taqwa, menyubur iman, melatih sifat-sifat khalifah yang professional. biar nanti terhasilnya mukmin professional yang produktif untuk ummah dan mengangkat nilai iman dan taqwa.

seharusnya tidak wujud soal masalah berpoligami.
tidak wujud soal kawin kerana harta dan rupa.
kerana tujuan perkahwinan itu melebihi segalanya.

maka jelas perkahwinan dua jiwa dan dua hati itu kerana mereka sesama manusia. punya hati dan perasaan yang untuk dipenuhi fitrahnya. tapi jangan dilupakan juga kerana masing-masing punya akal dan kemampuan fikiran. itu istimewanya kita. adakah kehebatan akal dan kemampuan fikir seorang manusia digunakan untuk melakukan perkara-perkara rutin yang memasak, membasuh, suruh anak makan, jemput suami makan, mengemas rumah, raikan suami balik kerja dan lain-lain. itu sahaja?

dimana kita mengangkat nilai keistimewaan seorang manusia bernama isteri? apa memang bila sudah menikah maka seorang isteri itu perlu menyerahkan segala termasuk membataskan segala kemampuan berfikir dia? jadi memang betul kebanyakan wanita yang memiliki pendidikan tinggi lantaran kurangnya lelaki di institusi pengajian tinggi terus hidup sendiri kerana dia pandai? kerana lelaki hanya perlukan isteri yang membuat rutin seperti robot?

apa dapat dihasilkan ummah yang memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi , bertindak professional dan efektif serta paling penting mengangkat nilai iman dan taqwa dengan didikan seorang manusia yang bertindak seperti robot dalam rutin hariannya?

ia lebih dari itu.
lebih berganda-ganda.

saya mengidamkan suami yang boleh berkongsi buah fikiran.
memecah idea, mengkaji sesuatu perkara bersama-sama.

bukan setakat berkongsi rasa.
bukan setakat memenuhi fitrah manusia.
bukan setakat memastikan hidup selesa.

ia satu agenda membina ummah!

Friday, December 16, 2011

ikut suka hati je

ya. ikut suka hati aku la.
ada pertandingan video yang sangat osem dan shomel.
bagi saya yang selalu tak ambil port tentang pertandingan di blog.
tiba-tiba jatuh cinta dan sering terucap,

"otototototo, oshooomeeel!"

maka untuk pengetahuan semua saya jatuh hati dan cinta gedebuk-gedebuk dengan video ini semua.katanya ada TIGA PULUH LAPAN VIDEO semuanya. mungkin nanti boleh jadi bed time story untuk saya sepanjang semester nanti.keke

maka silah berikan peluang buat diri anda menontonnya!

1. video memang terasa terpenyek atas hidung sendiri.uhu




2. ini juga best buat meleleh air mata



3. ini yang paling osem+shomel!




Islam bukan untuk yang tudung labuh dan alim berserban aje :)

tengok la lagi kat youtube video-video lain yang ada TIGA PULUH LAPAN semuanya.

saya tak suka ustazah

video single terbaru kumpulan mirwana.





"tolong jangan panggil saya ustaz" kata dia.

usai itu saya bertemu mata ke mata dengan dia.

"saya hafal quran alhamdulillah tapi saya suka rap. acane tu xifu?"

gelak terburai.
ada makna tersembunyi.

di hujungnya,

"see you next week ha!"


ustaz atau ustazah bukanlah title yang sesuka hati boleh ditabalkan kepada sesiapa.
bukan juga sesenang dengan segulung ijazah syariah dari universiti agama terkemuka dunia. ada saja yang masih mencarut menghembus asap rokok hatta sudah peroleh ijazah agama peringkat tertinggi.

hati yang berbunga riang

lately entri di blog ini nampak hambar dan bosan.
namun hakikatnya hidup saya gembira riang.

dia sudah dilamar.
dia bakal melangsungkan walimah.
dia dapat result gempak.
dia semakin bahagia.
saya terjumpa dia.
saya berjaya menemui alam 'bahagia' saya.

saya adalah saya dan dia adalah dia.
dia yang merupakan sahabat-sahabat cinta dunia akhirat.
tumpang gembira melonjak riang untuk kalian!

alhamdulillah.
untuk berjaya itu tidak lain dan tidak bukan haruslah kembali pada kuncinya.
kembali mencari fitrah.
kembali menyatu hati dengan Dia sang cinta teragung.
terima kasih buat insan-insan yang sering

menjerit garang
melafaz tegas
menasihati penuh hikmah
mengejut qiam dari bumi mesir yang jauh
mengejut tahajud dari bumi france
membentak hati supaya sedar dari kembar superman

moga kita terus saling mendoakan.
moga terus menyubur cinta yang membawa kita ke syurga.

hari-hari mendatang mungkin lebih menguji.
apa pun yang datang pada hari ini bukan milik kita selamanya.
mungkin ditarik pada bila-bila masa.

"moga terus istiqomah dengan amalan", toulon france

itu mujahadah kita.
biar apa pun yang menimpa moga kekal kuat berpegang pada jalan-Nya

sentiasa beringat nikmat kurniaan Dia yang tak pernah putus.
mungkin dia ada rumah baru.
mungkin handphone baru.
mungkin kekasih baru.
mungkin peroleh empat rata dalam peperiksaan.

segala yang mungkin.

tapi bukan kah cukup dengan Allah sudah memadai.
pastinya orang yang mendapat redha Dia adalah jutawan teragung abad ini.
bahkan lebih lagi!

moga kuat bangkit untuk dating dinihari.
moga kuat buat revision dan latihan.
moga tak putus zikir dan selawat.
moga sentiasa merindui hafalan quran dan berusaha untuknya.
moga dikurniakan masa untuk bertafakur menghadap-Nya.
moga ada peluang untuk khusyuk yang hebat
moga terus tersenyum biar apa pun yang menimpa.
moga izrail yang mengintai datang bertemu saat kita baik-baik sahaja.
moga sehari-harian kita menjadi amal bakti dengan niat kerana-Nya.
moga ada amal jariah yang tak putus-putus menjadi talian hayat di alam kemudian

yang akhir itu pasti.
hiduplah dengan gembira riang menuju ke arahnya.
agar ada sesuatu yang boleh dibawa bekal kemudian nanti.

tinggalkan ego.
tinggalkan dendam.
tinggalkan dengki.
tinggalkan nafsu amarah.
tinggalkan segala yang mazmumah.

semua semata demi meraih redha Dia.
hanya Dia.
untuk Dia segalanya.

Thursday, December 15, 2011

penyakit kulit

Semalam dia datang. Dia mengingatkan saya tentang banyak perkara. Kata dia lupakah kita pada kisah pelacur yang memberi minum kepada anjing pun masuk syurga.

"Kenapa rasa takut or risau taubat tak diterima? Pelacur yang penzina professional pun dijanjikan syurga hanya kerana dia memberi minum seekor anjing yang kehausan"

diriwayatkan oleh abu hurairah :
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. (Sahih al-Bukhari)

Jadi dimana nilai yang Allah lihat? Biarpun kita islam tapi jika tidak mengamalkan islam dengan sebaiknya, sia-sia lah amalan kita. Secara luaran atau pada kulit nampak kita seperti orang islam tapi sayang dalamannya tak kurang lebih seperti yang bukan islam. Solat hanyalah rutin harian semata atau mungkin solat pun ikut mood. Alhamdulillah Allah tak bagi oksigen untuk kita bernafas ikut mood Dia kan? Sepatutnya solat itu yang menjadi medium penghubung kita berkomunikasi dengan Dia. tapi sayang.

Soal dalaman yang banyak dan sangat kritikal. Berapa ramai yang bersahabat kerana mengambil kesempatan atas kelebihan yang dimiliki sahabatnya? Berapa ramai yang pentingkan diri untuk keselesaan diri semata. Berapa ramai yang mahu bergiat dalam dakwah tapi buat kerja sambil lewa tanpa professionalisma dan disiplin? Berapa ramai yang senang memandang rendah pada mereka yang baru bertatih dalam tarbiyah?

Mentang-mentang kau pandai mengaji dari kecik, pakai tudung dari kecik, it is absolutely doesnt mean kau akan dijamin masuk syurga. Renung kisah pelacur yang dijanjikan syurga. It's inside you. Beyond you. Juga semestinya bukan bermakna boleh sesuka hati buat dosa atau langgar hukum sesuka hati janji hati baik. Biarlah baik luarnya lebih baik dalamannya. Tak ke lagi comel begitu?

Sunday, December 11, 2011

jom! international islamic family conference and event in putrajaya



let's meet the ummah nationwide!

bila diseru




it's a quoted from sis nur zaiti hamdan

Di eropah (seperti France) wanita muslim disekat dari bertudung dan niqab, namun begitu "kuat hati" mereka sehingga sanggup ditangkap dan disaman. Di Malaysia anda bebas bertudung dengan pelbagai fesyen tanpa sekatan mana-mana pihak namun masih ramai yang "menunggu" seru/hidayah. Kamu menunggu "seru" siapa sebenarnya? Nabi SAW dah seru tutup aurat 1400 tahun dahulu. Tak mungkin kamu miss "seru" tersebut, yang confirm datang setiap hari adalah "seru" malaikat maut datang tanpa ditunggu dan diundang, jadi "seru" mana yang anda tunggu untuk bertangguh menjalankan suruhan Allah sebenarnya?

Begitu juga solat, kononnya "hati belum terbuka". waiseh, untuk Allah hati belum terbuka, untuk syaitan sentiasa terbuka. Bila dipanggil hamba syaitan, marah pulak ya? Namun sedarkah anda "hamba" kerjanya adalah ikut perintah tuannya, in our case jika anda mahu digelar hamba Allah, anda wajib taat perintah Allah, sebaliknya anda taat perintah syaitan yang sering menghasut anda untuk tidak solat, maka anda rasa anda patut dipanggil hamba Allah atau hamba syaitan?

Masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan, kerana saat anda membaca ini saya pasti nyawa anda belum di hujung halkum dan matahari belum terbit dari barat :)

si pengetuk pintu




semalam

Pagi ini langit subuh nampak indah sekali. Mungkin kerana semalam kepenatan merentas rimba 8.5KM kata penyelaras modul part4. Selepas azan isya' terus tumbang hingga subuh. Pastinya bangun pagi terasa segar yang amat. Semua terasa indah dan segar. Sesuatu berlak
u pagi ini. Segalanya bermula beberapa minggu lepas bila dia bertanya.

"Kak aisha, as saya ajk kerohanian wing ni, boleh tak every weekend saya nak ketuk pintu setiap bilik wing ni?"

Lalu pagi tadi di tandas semasa memberus gigi, terdengar bunyi sesuatu. Jeda sebentar untuk memastikan bunyi tersebut. Jam 6 pagi di blok kolej selalunya sunyi sepi.

"tok, tok, tok! subuh! subuh!"

Tiba-tiba berderu-deru orang masuk ke tandas. Sambil membilas buih pencuci muka di wajah, hati seperti terharu tapi ada bibit riang dengan aura pagi subuh yang indah ini. Ramai yang beratur masuk ke tandas. Bunyi paip di bahagian wuduk juga bukan lagi seperti selalu yang cuma seorang dua sedang berwuduk.

Ada aura riang di hati melihat adik-adik wing ramai yang bangun subuh. Biarpun solat lima waktu itu sudah dimaklumi akan kewajipannya tapi amat sedikit yang mampu gagah untuk menunaikannya di awal waktu. Saat azan dilaungkan mungkin selepas 5 minit ada seorang dua yang masuk ke tandas. Kemudian masuk lagi dua atau tiga orang. Wing ini dihuni hampir 60 orang. Dari jam 6 pagi hingga 7 pagi yang masuk ke tandas bersiap untuk solat sekitar 2 atau tiga orang setiap selang 5 minit anggaran saya. Jadi jelas ada yang tak bangun subuh.

Pastinya keterharuan melampau menguasai diri bila ramai yang bangun subuh. Terutama di hujung minggu ini. Dalam setiap meeting wing selepas di-update berita-berita yang ingin disampaikan dari pihak unit pengurusan kolej atau dari pimpinan jawatan kuasa perwakilan kolej sering diingatkan kepada adik-adik penghuni wing,

"Paling penting akak ingatkan dan sama-sama saling mengingatkan tolong jaga solat lima waktu. Sediakan waktu untuk ke masjid, atau solatlah di awal waktu jika mampu, ajak sekali roomate yang lain, jangan tinggal walau satu waktu. kita jaga Dia, Dia jaga kita. apa lagi yang kita nak selain Dia yang jaga kita"

Moga ada redha dan kasih sayang-Nya buat penghuni wing ini.

bila dia marah, kita nak marah balik




134. Those who spend [in Allah's Cause - deeds of charity, alms, etc.] in prosperity and in adversity, who repress anger, and who pardon men; verily, Allah loves Al-Muhsinun (the good-doers).

sweet je kan ada sahabat macam tu :)
jom jadi geng bertaqwa!

do we proud enough being a muslim?




moga Allah redha

Thursday, December 1, 2011

a great people always learn from something

Salam 'alayk dear readers,

I've been busy lately as the new semester has started but i'm happy with it. I used my time optimally for everything. Even i feel so exhausted. Banyak sangat kerja nak buat, and usually i will list out everything and put the timeline so that always boleh check it back. Perhaps what I've experienced during previous semester and last semester break teach me something. This time i learn how to put more productive time for my own-self.

I used to join a kind of motivational and educational course as a facilitator somewhere in Terengganu under a company of consultant. It teach me how to use the time optimally, maximize the production or work, setting up the strategy to run for an event. Even i used to experience all these thingy during school days as i've experience so much outdoor and indoor courses, leadership, motivational courses. Tell me what kind of courses that i'm not join yet? Sampai nak muntah dah dengan semua kursus. Sijil sekolah selambak. Tapi tahu tak kita, kalau air yang mengalir ke satu tempat tapi kemudiannya tidak dialirkan ke tempat lain, air itu akan menjadi busuk. I thought it's a arab proverb, but i don't really remember the exact words. So here, bila plan for something bukan hanya semata plan how to run out the project, but also how to spread, how to settle it down. plan for something until the real end of it.

A few days back, i've lost my uncle. it gave us a shock since it's the first lose among uncle nor aunt. Selalu yang meninggal peringkat atuk nenek, but now it seems like malaikat izrail dah makin selalu datang jenguk makcik pakcik. It gives deep meaning. I'm not a baby girl anymore. Afew months back, last month if i'm not mistaken, pak ngah was admitted to the hospital but then he seems to be okay, perhaps malaikat izrail love paklong more and of course Allah too. A reminder for pakngah too! Please watch your food intake and never ever smoke again! (pakngah suka buat muka yang sangat eksyen dengan anak-anak saudara dia, angkat kening senyum nakal, yes pakngah is 'rock')

"Pakngah ke paklong ni mak?" Semua orang confiused.

Paklong meninggal when he was in KL, at a hotel with maklong and luqman his youngest son. He used to attend a wedding there. Jam 2 pagi something wrong happened to him, he sounds like difficult to breath while in sleep, perhaps macam berdengkur. Then maklong call the doctor, at 4.20 am the doctor sahkan paklong meninggal due to kidney and heart failure. May Allah bless paklong.

Paklong and maklong was a loving couple with eight children. Paklong sangat sweet and romantic but maklong a bit ego and suka buat-buat menyampah. Maklong is my mom eldest sister. I thought that maklong act is in our blood. hahaha. Anak-anak maklong ramai yang sebaya with my siblings so every time during the holiday we often spend time together. Masa zaman kanak-kanak riang, selalu pergi picnic, mandi pantai, holiday sama-sama. Bila dah besar selalu lepak, borak, keluar makan, shopping, gosip sama-sama. When this hard time comes, we need to be strong for one another.

Sampai-sampai je rumah maklong, salam along, angah, emi who sit in a group with some remaining tears in their eyes. Then terus pergi jumpa tiyah, we have a great bear hug and i whispered to her, "takziah but tiyah kuat!". Pit was a bit senyap the whole day, as he's the only son yang dah dewasa sikit in the house while faiz and eman was not arrived yet from Melbourne and Germany. Semua sepupu datang, sepupu mak kitorang, from johor, seremban, besides the paklong side from rompin and pekan. Ramai yang overnight at maklong house, we have a lot of so-called family chatting, jumpa saudara mara yang dah berzaman tak jumpa. During this hard time, bila borak with families and they keep telling the good words macam sangat terharu. Then i realize something, i have so much in common with my cousins. So much! the way they think, the way they act. of course la because we're cousins!

I always visit kuantan when i have free time, usually during weekends and holidays especially when i got the special request from angah to help her in her studio or her tudung production house. Along also the one who inspires me so much in my study as we have the same study fields. Along has graduated from master degree in economics and bachelor degree in accounting. Iadore along so much. (along tak baca blog ni kan?) hehe.

"kau aisha, belajar la sampai habis. along buat master pun takde hal je. kena rajin lebih sikit je"

Nak cerita semua banyak sangat pula. The whole family is so awesome. I love them all. I miss my late atuk too.

i love the words from eman,
"Isteri dan anak-anak Dato' Haji Khamalrudin remain awesome as always.Thanks for the condolences and helps everybody"



Kafa bil mauti mau'idzon- cukuplah mati itu sebagai peringatan. Banyak pahala mualim amin yang ajar subject akhlak in arabic time form3 ni. This hadith short and simple hadith gives a deep meaning.



strategic planning, death, family strength. ada sesuatu yang perlu kita belajar dari semua ini.



Saturday, November 26, 2011

pesan mak perihal anak dara

pesan mak,
perempuan itu memang 'nature'nya lembut dan manja.
jadi tak perlu nak 'show-off lembut dan manja kalian
kerana semua orang tahu tentang itu.
yang jarang berlaku, perempuan tegas bila berbicara
terutama dengan yang bukan mahramnya
thats the value in you.

pesan mak,
semua perempuan itu cantik dan menawan.
jadi tak perlu nak 'show-off kecantikan dan menawan orang,
kerana semua orang tahu tentang itu.
yang jarang berlaku, perempuan memelihara kecantikan untuk suaminya.
thats the value in you

pesan mak,
semua perempuan mampu memiliki multi-skill.
tapi kenapa harus pada soal kecantikan dan fizikal semata.
kecantikan dalaman kenapa sering ditinggalkan.

ketika mak berumur 50tahun mak berhajat untuk mengambil bidang agama.
kata mak, program orang tua-tua.
diploma executive in usuludin Universiti Malaya.
kata mak lagi, seronok dah belajar bila dah tua ni, terasa muda.
mak sambung lagi diploma executive in syariah.
mak kata, sekarang baru la aci, semua anak mak sekolah agama, mak and abah tak belajar agama secara formal pun.

sekarang mak dah seronok, ada kawan untuk berborak.
borak anak beranak bukan lagi soal isu rumah tangga, atau mungkin nasihat ibu-anak.
tetapi rakan belajar, membentuk nilai khalifah, merungkai isu ummah, berbincang soal hukum. kenapa ada perdebatan antara ulama', apa hikmah perdebatan itu, mana satu yang lebih utama, ulama' mana yang perlu dikuti.

cuma sesekali saya manja.
setiap pagi, mak akan bangun jam 5 pagi untuk solat malam.
saya tahu jadual mak.
5.30 dia mula menelaah atau baca quran.
kadang mak sengaja masuk ke bilik, baca quran di sisi saya.
saya rasa saya insan paling comel dan anak yang mak paling sayang.
berbunga-bunga rasa hati.

jadi kalau saya nak solat malam, saya akan pastikan selesai sebelum jam 5 pagi.
tak mahu kantoi dengan mak. kerana saya suka mak baca quran di sisi saya setiap pagi.
kemudian. buat-buat mengada liat bangun, dalam hati gelak sendiri.

pagi tadi kantoi.
saya bangun jam 3 pagi untuk belajar,
jam 4.30 mak menghantar text message,
"paklong meninggal, nanti ambil bas paling awal ke kuantan"
saya terkejut kerana baru minggu lepas saya ikut paklong ke KL untuk urusan perniagaannya.
terus call mak.
"mak, paklong mana ni? kan dia sihat je?"
mak balas dengan tenang dan semacam gembira suaranya.
ahh!! kantoi bangun solat malam!
saya risau saya tak boleh bermanja lagi kalau dah dapat dikesan wujud kematangan dalam diri.

mak masih lagi mengajar saya asas memasak,
dan saya develop lagi sendiri ilmu itu.
mak masih lagi mengajar saya asas penjagaan diri dan petua kesihatan,
dan saya mengkaji lagi ilmu itu.
mak masih lagi meng'update' hafalan quran saya,
dan saya juga check bacaan mak.

saya tahu mak tak mahu saya menjadi manusia yang biasa-biasa.

Thursday, November 24, 2011

are you qualified enough to be that loser?


never let yourself be the same you, always do some improvement!

muhasabah.
merenung diri.
melihat-lihat jika ada rosak di hujung sana,
maka perlu dibaiki.
diperhati dengan teliti, jika perlu pengukuhan
maka letakkan tembok yang lebih kukuh.

i'll share some true story to enhance this welcoming new ages.

supaya dapat direnung, apa kita masih di takuk yang lama.
adakah yang termasuk dalam golongan yang rugi itu.

are you qualified enough to be that loser?

you perform solah five times a day.
aint Allah said that qad aflahal mu'minun,
successful indeed are the believers,
who offer their solat with all solemnity and full of submissiveness (23 : 1-2)

takkan dah solat for over 10 years solat masih seperti baru belajar solat lagi?
kalau belajar dalam di sekolah, tak faham-faham cikgu pun naik bosan dan berang.
itu cuma setahun tempoh pembelajaran.
kita lagi, solat tanpa perubahan juga laju dan kelam kabut
sama seperti adik darjah empat yang mata melilau ke sana sini dalam dewan solat
bertahun solat seperti itu, tanpa pengahayatan apatah lagi khusyu'
bukan ke stupid namanya?
but Allah never turn away from us!
kita je yang sombong berlagak melanggar semua hukum Dia
never let that silly and stupid mistakes turn you into a loser!

Friday, November 18, 2011

pinjamkan aku.

"i rasa macam nak text banyak-banyak lagi dengan you, but i need to force myself or my work not settled"

It's going to be a new start. Work on the priority. No more the 'manja' me. Roaring to me myself.

Bila disingkap kisah semalam.

Sahabat berdua itu bermatian berjuang untuk 9A. Takkan dia tidur melainkan sahabatnya juga tidur. Bila tercelik dilihat sahabatnya sedang membaca, pantas dia mencapai buku. Berjalan ke mana saja dengan buku. Paling kurang buku latih tubi untuk mengingat kembali dan membiasakan diri dengan skop soalan. Memnag semua bukunya hancur lenyur dibawa ke sana sini.

Terkadang ada aura dengki menjengah bila sahabatnya dapat markah yang lebih tinggi. Tapi dia bukan dengki membuta. Dia berguru, bertanya kepada sahabatnya. Sahabatnya juga merendah diri sudi untuk mengajar malah berbesar hati mengajar sambil memberi motivasi kalah membebel ala mak nenek.

"takde! kau tengok cane aku buat"
"haa, buat laa aku tengok ni"

Mengada sungguh nak suruh orang monitor dia. Takut ada salah yang dia tak perasan kononnya. Berdikit-dikit dia 'merangkak'. Walau sahabatnya punya pilihan untuk katakan saja,

"lembap la kau ni. aku nak buat kerja aku"

Tapi tak pernah sekali pun dia melafazkan kata-kata hina kepada sahabatnya yang banyak songeh itu.

Lebih manis, bila sebelum tidur,

"nanti kau kejut aku tau, lepas kau keluar toilet panggil aku"
"okay, then kau jadi imam qiam"
"half-half la, aku tahajud, kau taubat, hajat buat sendiri-sendiri okay"
"alrite, goodnite assalamualaikum"

Petang hari selepas tamat sesi persekolahan,

"kau turn tasmi' (memperdengarkan bacaan hafazan) bila?"
"hari ni la weh, kau tunggu kat kelas la. nanti aku datang by 3.30"
"okay, aku tunggu kau kat rusyd (nama kelas)"
"alrite, ABC singgit makcik kantin cam biasa"

Begitulah rutin harian mereka. Bila minum ABC setiap hari. Lepas musim exam terus demam. Demam berdua gitu. It's a kind of distraction. Something yang macam soothing bila makan ABC then belajar sama-sama. Forcing ourselves to finish the study by 4pm.

i wonder where i got the strength.
the strength to make sure jangan start berborak by 4pm
the strength to to mengulang hafalan sambil busy macam-macam
we are enjoying our life.
so much joy there!

"alaaa, aku nak cakap something kau ni wehhh. takpe-takpe later la aku cakap"
"haaa, alrite after 4pm"

selang beberapa minit.

"arrrgghh. lalalala"
"20 minutes more. sabar"

see. they keep supporting each other.
kadang-kadang tengah study.
ada kawan yang lain datang.

"nah echot, kak iera bagi"

sehelai cebisan kertas post-it berserta sebiji coklat hershey's nougat.
nota itu tercatat,

"man salaka toriqon fi ilm, sahallahu lahu toriqon ilal jannah"
(barangsiapa yang 'berada' di atas ilmu, dimudahkan baginya jalan ke syurga)
chaiyyookkk echottt!
love you fillah forever and ever.

can feel it?
sedang berjuang mati-matian dengan nafsu sendiri,
datang kata-kata cinta dari sahabat.
terus senyum sendiri dan bersemangat waja.
sambil berbisik dalam hati

"love you too fillah, yeah ber-semangattt!"


hari ini mereka 'melaung dari jauh.

"kite nak jadi pompom girl echot jugaakk"
"kite punnn!!"

okay, terharu.
aku tahu korang baca ni.
terima kasih sahabat.
cinta korang sampai syurga.

pinjamkan aku semangat itu.
rabbuna yusahhil



Monday, November 14, 2011

kerisauan berganda

Seringkali insan-insan sekeliling mendesak aku untuk menulis. Aku tahu dan mungkin juga mereka sedar aku memiliki banyak idea yang mudah dicerna dan patut dikongsi. Aku mungkin saja lebih memilih untuk bercakap. Tapi aku sedar bila kesibukan mula merampas waktu dan aku tak punya banyak masa untuk membaca apatah lagi menulis.

Aku lebih memilih untuk membuat imbasan dan mengambil isi-isi penting sahaja. Maka memang tidak mustahil aku boleh khatam novel setebal dua tiga inci dalam satu malam. Aku tinggalkan semua ayat-ayat manis persis seguni gula tertumpah. Pasti ramai penulis akan berkecil hati dan rasa kecewa kalau dia tahu ada pembaca seperti aku, terasa seperti sia-sia mereka berhempas pulas mencari ayat-ayat bunga menyedapkan ayat.

Apa pun ini bukanlah habit yang bagus. Sesungguhnya aku risau. Setiap kali aku membaca pasti ada suara dari dalam yang menjerit-jerit,

"Aishah! Jangan baca skip-skip! Baca semua itu! Baca semua!"

Dibalas lagi,

"Ah! Malas! Malas! Bukan ada point yang nak disampaikan pun"

Tengok, hati yang sombong berbisik. Astaghfirullah.

Mungkin saja kerana aku sangka banyak kerja yang perlu aku lakukan lalu mengambil mudah bab membaca. Mungkin juga aku terlupa bahaya jika berhenti membaca. Seperti terhenti segalanya. Seperti mati segalanya. Tanpa ilmu baru kita seperti berlegar dalam dunia sendiri. Mula terasa sempit lalu meronta-ronta. Terlupa punya tingkap yang memberi cahaya kerana jarang dibuka tingkap tersebut.

Sungguh aku sedar dengan membaca sepenuh jiwa akan tercerna idea yang lebih baik.
Lebih mudah untuk meluahkan dalam bentuk tulisan yang lain.
Lebih terencana idea yang dijana.
Ya! Itu yang aku mahu!

Idea yang bercampur-campur itu perlu distruktur semula.
Agar jalannya lebih terarah.
Cantik untuk dikongsi dengan khalayak.
Bukan lagi setakat berpusing di minda!

Ayuh! Semua itu harus bermula sekarang!
Jika penyakit bertangguh itu datang memang sampai sudah bertangguh-tangguh.

Rabbuna yusahhil.
May Allah bless.



Sunday, November 13, 2011

my true love

‎"Tidak ada satu nikmat -selain nikmat Islam- yang lebih baik daripada nikmat memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu dapati kasih sayang antara kamu berdua, maka peganglah ia dengan erat." -Umar al-Khattab


nah. kan dah cakap.
itu cinta terhebat selepas nikmat islam.
bukanlah cinta silang jantina.
bukanlah cinta keluarga.
tapi cinta sesama sahabat.

pernah suatu ketika dinukilkan oleh ustazah maznah daud.
cinta terhebat adalah cinta oleh sahabat yang soleh.
maka jika mahu cinta sesama keluarga itu yang terhebat haruslah berlandaskan redha Allah semata. bukan setakat kerana ikatan keluarga.

rasionalnya mudah.
sahabat seringkali seseorang yang tiada ikatan keluarga dengan kita.
tapi bersahabat dengan kita ibarat kita adalah kelurganya.
bahkan seperti mencintai diri mereka sendiri!
kita sering melihat ahli keluarga yang tidak ambil peduli sesama mereka bukan?
moga dijauhkan.
tapi sahabat kita soleh sanggup berkorban apa pun.
moto mereka mudah sahaja, kerana mahu bersama ke jannah.

apa lagi motif kita berada di dunia ini?


tak tahu bagaimana nak gambarkan betapa cinta ini cinta terhebat.
ok, contoh.
saya dulu bersekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 3 di institusi yang sama.
sampai sekarang, walaupun sudah dipisahkan jarak dan masa,
dipisahkan situasi dan suasana, berbeza bidang hidup.
kami masih menjerit girang bila bersama.
kami masih merujuk sesama kami bila berhadapan sesuatu.
semacam tiada apa yang dapat pisahkan kami.

ya Allah, kau saksikan cinta kami.
redhailah kami.
hadirkan kami ke syurga tempat kemuliaanmu.

wahai sahabat pembaca,
walaupun aku tak tahu siapa yang rajin datang menjenguk ke sini.
tidak susah untuk menjadi sahabat yang soleh.
ikhlaskan lah hati bersahabat.
sentiasa beringat kepada tujuan persahabatan.
untuk redha Allah semata.



"laling, sedih.."
"aloo, nape shedeyyh ni?"

bila rasa hati terluah.
katanya mudah.

"mukmin itu kalau diuji sabar,
kalau diberi dia bersyukur"

aku tahu itu ayat skema.
tapi mudah tersentuh di hati.
apa aku kisah.
bila dah sayang semua pun boleh kan?
heu heu heu

bila terburai segala rasa hati.

"alhamdulillah, awak selesaikan masalah awak sendiri"
itu lah lumrah kehidupan"
"qiam okay?"

ops.kena check amal.
tapi mana lagi sahabat yang lebih baik?
yang mahu sahabatnya bersama melangkah ke syurga.

hoyeahhh, syurga!!

kalau lah ada pompom girl promote orang masuk syurga pun comel kan?
i got mine :)
do you have one?

"laling, jadi pompom girl mathurat and qiam kite taw"

well, mereka lah tempat aku menggedik manja.
sementara itu sahaja yang halal.
heee.

may Allah bless

Friday, November 11, 2011

kerana cinta

hidup manusia banyak dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya.

"kak, jangan bagi kita menuruti waqi', tapi biarlah waqi' menurut kita"
*waqi' = surrounding

dulu saya punya cinta yang agung.
cinta kami sangat kaya.
terasa seperti melimpah-limpah kasih sayang dan cinta.
cinta yang kami berjanji untuk bersama melangkah ke syurga.

"laling, could u be my pompom girl for mathurat and qiam?"
"sure habebateeyy!"

"knape u tak suke bermanis muka dengan guys?"
"well u know the answer"
"oh yeah, only for your husband soon"

nah. cinta itu terlalu suci untuk dicemarkan.
cinta yang biar berlandaskan redha dan kasih-Nya


aku tak tahu apa yang mahu dikisahkan.
melihat mereka buat aku terimbau kisah silam.
melihat mereka buat aku terasa tua.
news feed penuh orang kawin and dapat anak.
tak sedar diri dah kena matang.

"dik, skola kat mane?"
"huh? saye dah masuk universiti cik alhamdulillah"

driver taxi yang memunahkan perasaan bajet matangku.

takpela. matang itu bukan hanya pada usia dan wajah.
ayuh, kalian yang merasakan sudah layak untuk matang.
letak cinta pada tempatnya.
selalu la bertanya pada hati, di mana Allah di hati kita

Thursday, November 10, 2011

hakikat 10 november

yang sebenarnya
saya sedang mengarang satu kisah
tapi al maklum lah tak reti bahasa berbunga meremang ni
maka ter-post lah beberapa video share dari youtube
jalan sana sini banyak pulak melencongnya.ehe
tak tahu la post tu nanti ter-publish ke tak.
kita tunggu dan lihat.

ps : zahidah macam mana ni. nak buat hikayat pendek pun terbantut-bantut

kecomelan terlampau

kenapa comel sangat nih?!



don't be sad

a few months back someone gave me this awesome book.
yes, it could be familiar with some of you
but i bet you the english version is truly awesome!
then someone yet the beloved ones of the previous person
gave me book with title "the happiest woman in the world"
absolutely by dr.abdullah aidh al -qarni too
then just now someone shared this awesome video
i'm not being sad or in sorrow
perhaps it could be an introduction for the new semester :)



melancholy

jarang untuk saya berkongsi hal-hal peribadi secara direct.
kalau ada pun mungkin terselit di sana sini dan hanya orang-orang terdekat sahaja yang faham.
tapi kali ini macam ada kisah yang menarik untuk dikongsi dan dirungkai bersama.
mungkin petanda baik untuk mula mengarang.
p/s : sila melonjak keriangan duhai zahidah azman :)

ada urusan sana sini yang perlu diselesaikan
naik bas turun situ naik train pula.
singgah sana sini.
banyak kisah yang dirungkai.
perjalanan yang gagal untuk aku jangkakan.
alhamdulillah berakhir dengan penuh hikmah dan pengajaran.

selesai urusan wajib, saya bertemu dia.
berkongsi kisah dan cerita.
melawat kenangan-kenangan silam.
berbual dengan jiran sekitar.

rumah itu pasti sudah lama ditinggalkan. kurang 2 bulan mungkin. tapi rasanya dia sudah hampir 6 bulan dia tidak menjejak kaki rumah itu. rumah yang meninggalkan seribu kenangan.

"tanah air you", saat kaki menjejak tanah.
"dulu pokok-pokok ni i tanam, dulu ni tempat i main"
"dulu belakang ni hutan, dah kena tebang dah sekarang,
sesekali ada burung kenyalang terbang ke sini"

riak wajahnya sedih meninggalkan halaman rumah itu. apa pun yang kita lalui pasti ada ujian-Nya untuk melayakkan kita jadi hamba yang bersyukur dan disayangi-Nya. kan?

"tengok, i boleh pujuk diri sendiri"
"yes, u're the superman"

bukan mudah menggagahkan hati layaknya seperti superman yang hebat dan gagah. superman itu cuma analogi menggambarkan kuatnya seseorang. mungkin subjektif bagi setiap orang. saya memilih superman kerana mudah faham dan maknanya sangat signifikan walaupun saya bukan lah peminat tegar superman.

plan untuk pulang ke shah alam terbantut bila mak ajak pulang ke seremban rumah sepupunya. mak lahir dan membesar di seremban tapi arwah atuk yang dulu bertugas sebagai pegawai polis selalu berpindah randah. yang pasti seremban adalah kampung mak yang sangat mak sayang walaupun tak nampak ciri orang negeri langsung.


"dulu depan tu semua tanah kita sha, depan ni dulu ada sawah, atok nenek kita dulu baik-baik orangnya, engkau orang anak cucu jangan la buat jahat bergaduh sana sini, buat jela baik dengan semua orang, rumah kita esok-esok itu je, berapa kaki je muat-muat masuk badan"

kisah yang menyembunyikan linangan air mata.
melihat mereka yang semakin dimamah usia buat aku rasa sayu.
di sebelah mak, aku sudah tak punya atuk dan nenek kandung.
dulu cuma sempat bermain manja dengan atuk sampai umur 12tahun.
dengan wan memang tak sempat.
kemudian ada lagi seorang nenek saudara adik nenek kandung, the only nenek saudara belah wan.

sesekali serabut otak datang menjenguk mereka di sini sangat mendamaikan.
satu-satunya kampung aku yang dikira kampung sejati.
masih ada perigi, kandang kambing, kebun-kebun sekitar.
mereka masih diselubungi sedih.
satu-satunya nenek saudara aku dah dijemput pulang.

"maklong ni dah tinggal seorang, makteh kau keje tinggal la maklong seorang. kau esok-esok datang la lagi, umur maklong pun tak tahu bila akhirnya"

rumah itu satu-satunya rumah yang aku boleh tidur tanpa kipas.
dulu selalu tidur dengan wan achik setiap kali bermalam di situ.
sebelum tidur pasti ada kisah yang comel-comel dikongsi.
wan achik kecil orangnya, simple penuh hikmah.
tak lokek senyum.

aku rasa ayat aku geli geleman.
apa pun aku rasa banyak kisah yang dirungkai dari perjalanan kali ni.

*gelinyee!





Monday, November 7, 2011

siapa pilihan hati?

Ana: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Ana: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...

Ana: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"

Ana: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...

Ana terus peluk umi..

okay ini adalah copy paste dari syahirul.com
semestinya tidak untuk saya buat ayat-ayat geli meremang begini.
saya tak reti jiwang harap maklum.
jiwang saya spontan dari hati.
bukan jiwang di bibir manis atau di baris kata.

ehe. mentang semua nak belajar ayat bunga-bunga.
so kuddos to zahidah and maisarah sofea the seven eleven.
sayang kalian ketat-ketat.
jangan langkah bendul okay?

ops. jangan gelak berguling.
dah matangkan semua?


Sunday, November 6, 2011

it's eid here!

great greetings to all of you! :)
eid mubarak. kullu am wa entum fi taiyyibin
here some celebration in shah alam

early morning ada orang kejut qiam.
it's a great feeling.
a fresh start.
thanks dear you :)


the eid prayer

rewang masak at the surau. here are my childhood friends. setahun sekali je jumpa sekarang ni.uhu. glad to meet you girls!
well yeah, gulai kawah belum bertenggek lagi. time ni some of the men tengah gergaji tulang-tulang. here are the mountain of mangga muda! untuk kerabu mangga. best kan?


how's yours?


life is all about survival.
you may laugh
you may cry
you may have the deepest ever sadness.
whatever it is.
it's all you.
no turning back.
no experimenting.
do your best dear.

Friday, November 4, 2011

random reality : qu'Allah nous facilite

it's the raya haji here
result dah keluar
alhamdulillah.
could say nothing except praise Him the most

a few days back bersiar-siar mencari bidadari
bidadari yang menjelma dalam diri sendiri hakikatnya
kekuatan yang terbenam
sabar dan tekun pada kuncinya

penstrukturan semula hidup harus dilakukan.
terima kasih atas pengalaman.
kisah mereka itu dan ini.
buat aku matang melihat dunia.

saat hidup hanya perlukan jiwa-jiwa besar dan hebat.
bukan takat hebat pada akal tapi juga pada hati.
iman yang wajibnya
minda buat yang rajin.

ada sesuatu yang perlu dijerit.
semua yang rajin itu akan berjaya walaupun tidak cerdik
tidak semua yang cerdik itu akan berjaya kerana kurangnya rajin

terima kasih buat semua.
Perancis pun boleh jadi dekat
Mesir dah memang macam sebelah rumah.
apatah lagi yang dekat-dekat.
kasih dan cinta yang melimpah ruah.

kisah ini kisah yang jujur dan setia
kisah ini buat yang mahu hidup atas alam realiti

saat kau melihat dunia berkejar ke sana ke mari
saat kau menonggeng menangis sedu
saat kau ketawa girang
apa kita sedar kita menghampiri akhirat
itu hakikat

rajin yang perlu dibaja.
agar bersemi semangat membaca jambatan ilmu.
moga menjadi asbab untuk kembali kegemilang

diri sendiri yang perlu dibelasah tumbuk terajang
supaya baru kau tahu tak guna hidup bermain manja lagi

apa pun kau buat kau harus bantai sehabisnya.
usah dipendam rasa hati.
kerana kau sendiri yang telan pahitnya.

sudah lah, bercakap serupa berpusing-pusing
aku tahu.
esok lusa hurai balik.
letih menanti





Monday, October 31, 2011

kerosakan dari tangan kita sendiri


oleh dr.yusof al qardhawi
via sebarkanbahagia.blogspot.com


“Banyak kerosakan yang dilakukan oleh kaum muslimin yang ke-Islamannya daripada warisan semata-mata. Di antara kerosakan itu ialah:
  • Mencampur adukkan pemikiran dan perasaan peribadi ke dalam ajaran Islam.
  • Menyangka seseorang yang berhati keras, kaku dalam berinteraksi sosial samada dalam keluarga atau masyarakat, itulah yang dianggap ajaran Islam.
  • Menyangka seseorang yang berhati sempit, suka mengata orang dan sukakan permusuhan, itulah yang dianggap ajaran Islam.
  • Pandangan sempit seorang lelaki terhadap wanita. Lalu menghasilkan sikap keras, anti toleransi, mudah berprasangka buruk dan merendah-rendahkan wanita. Lelaki itu juga memandang wanita hanya sebagai alat pemuas nafsu dan pelayan kaum lelaki sahaja.

Ironinya…

  • Sumber-sumber literatur Islam yang mereka baca belum mampu mengubah cara pandang mereka.
  • Pergaulan mereka dari satu lingkungan ke lingkungan yang lain, belum juga mampu membawa akal mereka kepada pencerahan.
  • Mereka mungkin telah menyelesaikan program ‘master ‘dan doktor falsafah dalam pelbagai disiplin ilmu, tetapi semua itu masih tidak mampu membawa mereka kepada kesedaran dan kemajuan.
  • Mereka masih tidak mengetahui betapa agama Islam sangat memuliakan wanita, sebagai anak perempuan, isteri, ibu dan sebahagian dari anggota masyarakat.”


untuk difikir dan direnung.
moga Allah redha.

the random awesomeness


banyak unsur-unsur tak comel datang menjengah.
orang itu buat ini
orang ini buat itu
everything is about orang-orang tak comel

"pity them kan twin?"
"hurm, tak best la nak gosip pasal ni"


great minds discuss ideas
average minds discuss events
small minds discuss people

"lets talk about something else"

:)


"ape la lelaki ramai-ramai macam ni, menakutkan, obses bola betul"

"that's we call as fun esyah, kalau mak pun mak suke, i love battle, tournament, music"

"ehe. esyah pun suke tapi takde la obses"

"everyone should love it, to balance our life, all those otak kiri otak kanan stuff you know it rite?"

aha. i can't imagine my mom pergi tengok bola or konsert. but yeah omak yang rajin hantar attend benda comel-comel ni.

"omak, dah lama tak pegi konsert kan"

:)


today pagi-pagi lagi nampak dekat news feed orang share video ust dr.zaharuddin. i don't know why macam dah jatuh cinta dengan semua talk dia.

"best la mak ust ni, all the dalil and hadith remind me of something"




masuk sudah kita ke zulhijjah

“Tiada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh Allah SWT selain sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah)”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah jihad juga tidak dapat menandingi pahala amalan pada sepuluh hari tersebut?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya lalu tidak membawa pulang sedikit pun daripada kedua-duanya.”

so guys?
apa lagi?
proaktifkan amalan kita!

nak update blog, klik dulu syeikh tawfeq as sayegh my favourite qari
it's cool you know! bak kata sofea.haha


bestnya kalau dapat layan baca quran sampai masyuk kat masjid nabawi




"sha, you dah attend kursus kawen?"

"what?!"

"jom?"

Sunday, October 30, 2011

yesterday


semalam.
plan asal nak lepak-lepak or berjalan gosip-gosip.keke
bahasa baik sikit, merapatkan ukhwah dengan para sahabat :)
tiba-tiba
adik seorang ni nak ikut.
so okay la. plan adjusted.
bawak adik sendiri jugak.
makanya semua membawa adik-adik.
comel tak?
dah macam geng ibu-ibu muda aku tengok.
bila dah penat ada yang nak berdukung la, nak beli air la
okay, admit it we're growing old *tanak cakap dah nak jadi mak

as my omak pun nak exam and siapkan assignment
i guess it's a nice time to spend with the kanak-kanak riang
pagi-pagi bangun subuh
settle masak, siapkan lunch untuk mak sekali
keluar kereta, "hopefully you can study well today mak"
bangganya kalau aku jadi mak nanti ada anak macam aku ni.keke

decide tempat pun macam konon-konon nak lepak yang healthy la kan
taman botani siap
makanya memang berjalan kaki la para Cinderella itu.ehe
taman haiwan, taman burung, segala taman lah.
okay i admit lepak begitu sangat membakar kalori
ehe. next time boleh improvise lagi

sorry girls if apa-apa kurang lebih.
datang lah shah alam lagi :)

p/s : something happen!

what goes around comes around!

kan dah pesan jangan buat jahat kat orang.haish



 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords