"let's build the bridge from the golden, great past history" - Syeikh A'laa El-Sayed
bukan sekadar sejarah. tapi punya kisah hebat untuk diteladani. meneliti nama-nama hebat dalam sejarah Islam buat saya terpukau atau mungkin sahaja kembali terpukau. nama-nama hebat khalid al walid, umar al-khattab, zaid bin harithah atau mungkin sahaja usamah bin zaid, muhammad al fateh, umar abdul aziz yang umurnya sebaya saya sahaja di saat kehebatan dan kegemilangannya. hebat akalnya, kental jiwanya, gagah imannya. buat saya termimpi-mimpi.
dulu kisah muhammad al fateh pernah dijadikan 'wajibat' atau assignment dalam satu perkhemahan. semua peserta diarahkan untuk mengkaji tentang sejarah muhammad al-fateh. siapa yang paling luas pencariannya dikira paling hebat. maka semua berlumba-lumba menyelongkar library, berebut internet, berlaku perbincangan dengan kumpulan lain, ada yang berbalah tentang tarikh lahir, tarikh beliau dilantik menjadi sultan. semangat bersaing yang sihat wujud antara kami. kemudian semua berusaha untuk menghafal fakta-fakta sejarah tersebut. muhamad al fateh menjadi igauan kami!
hari ini saya terfikir, Islam begitu hebat tersebar luas hingga ke eropah pasti dipimpin oleh pejuang dan pahlawan yang hebat juga. jika mahu kembalikan Islam seperti dulu pastinya kita perlu kembalikan mereka di zaman ini. kembalikan mereka dalam diri kita!
proses membina jambatan dari kisah sejarah ini perlu dilakukan segera!
kelmarin.
"i'm searching for a book about great warriors of Islam"
dihulur sebuah buku berkulit tebal.
"wahhh, i can sense it more awesome than the lord of the ring!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment