Sunday, December 11, 2011

bila diseru




it's a quoted from sis nur zaiti hamdan

Di eropah (seperti France) wanita muslim disekat dari bertudung dan niqab, namun begitu "kuat hati" mereka sehingga sanggup ditangkap dan disaman. Di Malaysia anda bebas bertudung dengan pelbagai fesyen tanpa sekatan mana-mana pihak namun masih ramai yang "menunggu" seru/hidayah. Kamu menunggu "seru" siapa sebenarnya? Nabi SAW dah seru tutup aurat 1400 tahun dahulu. Tak mungkin kamu miss "seru" tersebut, yang confirm datang setiap hari adalah "seru" malaikat maut datang tanpa ditunggu dan diundang, jadi "seru" mana yang anda tunggu untuk bertangguh menjalankan suruhan Allah sebenarnya?

Begitu juga solat, kononnya "hati belum terbuka". waiseh, untuk Allah hati belum terbuka, untuk syaitan sentiasa terbuka. Bila dipanggil hamba syaitan, marah pulak ya? Namun sedarkah anda "hamba" kerjanya adalah ikut perintah tuannya, in our case jika anda mahu digelar hamba Allah, anda wajib taat perintah Allah, sebaliknya anda taat perintah syaitan yang sering menghasut anda untuk tidak solat, maka anda rasa anda patut dipanggil hamba Allah atau hamba syaitan?

Masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan, kerana saat anda membaca ini saya pasti nyawa anda belum di hujung halkum dan matahari belum terbit dari barat :)

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords