Sunday, December 11, 2011

si pengetuk pintu




semalam

Pagi ini langit subuh nampak indah sekali. Mungkin kerana semalam kepenatan merentas rimba 8.5KM kata penyelaras modul part4. Selepas azan isya' terus tumbang hingga subuh. Pastinya bangun pagi terasa segar yang amat. Semua terasa indah dan segar. Sesuatu berlak
u pagi ini. Segalanya bermula beberapa minggu lepas bila dia bertanya.

"Kak aisha, as saya ajk kerohanian wing ni, boleh tak every weekend saya nak ketuk pintu setiap bilik wing ni?"

Lalu pagi tadi di tandas semasa memberus gigi, terdengar bunyi sesuatu. Jeda sebentar untuk memastikan bunyi tersebut. Jam 6 pagi di blok kolej selalunya sunyi sepi.

"tok, tok, tok! subuh! subuh!"

Tiba-tiba berderu-deru orang masuk ke tandas. Sambil membilas buih pencuci muka di wajah, hati seperti terharu tapi ada bibit riang dengan aura pagi subuh yang indah ini. Ramai yang beratur masuk ke tandas. Bunyi paip di bahagian wuduk juga bukan lagi seperti selalu yang cuma seorang dua sedang berwuduk.

Ada aura riang di hati melihat adik-adik wing ramai yang bangun subuh. Biarpun solat lima waktu itu sudah dimaklumi akan kewajipannya tapi amat sedikit yang mampu gagah untuk menunaikannya di awal waktu. Saat azan dilaungkan mungkin selepas 5 minit ada seorang dua yang masuk ke tandas. Kemudian masuk lagi dua atau tiga orang. Wing ini dihuni hampir 60 orang. Dari jam 6 pagi hingga 7 pagi yang masuk ke tandas bersiap untuk solat sekitar 2 atau tiga orang setiap selang 5 minit anggaran saya. Jadi jelas ada yang tak bangun subuh.

Pastinya keterharuan melampau menguasai diri bila ramai yang bangun subuh. Terutama di hujung minggu ini. Dalam setiap meeting wing selepas di-update berita-berita yang ingin disampaikan dari pihak unit pengurusan kolej atau dari pimpinan jawatan kuasa perwakilan kolej sering diingatkan kepada adik-adik penghuni wing,

"Paling penting akak ingatkan dan sama-sama saling mengingatkan tolong jaga solat lima waktu. Sediakan waktu untuk ke masjid, atau solatlah di awal waktu jika mampu, ajak sekali roomate yang lain, jangan tinggal walau satu waktu. kita jaga Dia, Dia jaga kita. apa lagi yang kita nak selain Dia yang jaga kita"

Moga ada redha dan kasih sayang-Nya buat penghuni wing ini.

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords