Friday, December 16, 2011

hati yang berbunga riang

lately entri di blog ini nampak hambar dan bosan.
namun hakikatnya hidup saya gembira riang.

dia sudah dilamar.
dia bakal melangsungkan walimah.
dia dapat result gempak.
dia semakin bahagia.
saya terjumpa dia.
saya berjaya menemui alam 'bahagia' saya.

saya adalah saya dan dia adalah dia.
dia yang merupakan sahabat-sahabat cinta dunia akhirat.
tumpang gembira melonjak riang untuk kalian!

alhamdulillah.
untuk berjaya itu tidak lain dan tidak bukan haruslah kembali pada kuncinya.
kembali mencari fitrah.
kembali menyatu hati dengan Dia sang cinta teragung.
terima kasih buat insan-insan yang sering

menjerit garang
melafaz tegas
menasihati penuh hikmah
mengejut qiam dari bumi mesir yang jauh
mengejut tahajud dari bumi france
membentak hati supaya sedar dari kembar superman

moga kita terus saling mendoakan.
moga terus menyubur cinta yang membawa kita ke syurga.

hari-hari mendatang mungkin lebih menguji.
apa pun yang datang pada hari ini bukan milik kita selamanya.
mungkin ditarik pada bila-bila masa.

"moga terus istiqomah dengan amalan", toulon france

itu mujahadah kita.
biar apa pun yang menimpa moga kekal kuat berpegang pada jalan-Nya

sentiasa beringat nikmat kurniaan Dia yang tak pernah putus.
mungkin dia ada rumah baru.
mungkin handphone baru.
mungkin kekasih baru.
mungkin peroleh empat rata dalam peperiksaan.

segala yang mungkin.

tapi bukan kah cukup dengan Allah sudah memadai.
pastinya orang yang mendapat redha Dia adalah jutawan teragung abad ini.
bahkan lebih lagi!

moga kuat bangkit untuk dating dinihari.
moga kuat buat revision dan latihan.
moga tak putus zikir dan selawat.
moga sentiasa merindui hafalan quran dan berusaha untuknya.
moga dikurniakan masa untuk bertafakur menghadap-Nya.
moga ada peluang untuk khusyuk yang hebat
moga terus tersenyum biar apa pun yang menimpa.
moga izrail yang mengintai datang bertemu saat kita baik-baik sahaja.
moga sehari-harian kita menjadi amal bakti dengan niat kerana-Nya.
moga ada amal jariah yang tak putus-putus menjadi talian hayat di alam kemudian

yang akhir itu pasti.
hiduplah dengan gembira riang menuju ke arahnya.
agar ada sesuatu yang boleh dibawa bekal kemudian nanti.

tinggalkan ego.
tinggalkan dendam.
tinggalkan dengki.
tinggalkan nafsu amarah.
tinggalkan segala yang mazmumah.

semua semata demi meraih redha Dia.
hanya Dia.
untuk Dia segalanya.

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords