Semalam dia datang. Dia mengingatkan saya tentang banyak perkara. Kata dia lupakah kita pada kisah pelacur yang memberi minum kepada anjing pun masuk syurga.
"Kenapa rasa takut or risau taubat tak diterima? Pelacur yang penzina professional pun dijanjikan syurga hanya kerana dia memberi minum seekor anjing yang kehausan"
diriwayatkan oleh abu hurairah :
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. (Sahih al-Bukhari)
Jadi dimana nilai yang Allah lihat? Biarpun kita islam tapi jika tidak mengamalkan islam dengan sebaiknya, sia-sia lah amalan kita. Secara luaran atau pada kulit nampak kita seperti orang islam tapi sayang dalamannya tak kurang lebih seperti yang bukan islam. Solat hanyalah rutin harian semata atau mungkin solat pun ikut mood. Alhamdulillah Allah tak bagi oksigen untuk kita bernafas ikut mood Dia kan? Sepatutnya solat itu yang menjadi medium penghubung kita berkomunikasi dengan Dia. tapi sayang.
Soal dalaman yang banyak dan sangat kritikal. Berapa ramai yang bersahabat kerana mengambil kesempatan atas kelebihan yang dimiliki sahabatnya? Berapa ramai yang pentingkan diri untuk keselesaan diri semata. Berapa ramai yang mahu bergiat dalam dakwah tapi buat kerja sambil lewa tanpa professionalisma dan disiplin? Berapa ramai yang senang memandang rendah pada mereka yang baru bertatih dalam tarbiyah?
Mentang-mentang kau pandai mengaji dari kecik, pakai tudung dari kecik, it is absolutely doesnt mean kau akan dijamin masuk syurga. Renung kisah pelacur yang dijanjikan syurga. It's inside you. Beyond you. Juga semestinya bukan bermakna boleh sesuka hati buat dosa atau langgar hukum sesuka hati janji hati baik. Biarlah baik luarnya lebih baik dalamannya. Tak ke lagi comel begitu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment