Monday, November 14, 2011

kerisauan berganda

Seringkali insan-insan sekeliling mendesak aku untuk menulis. Aku tahu dan mungkin juga mereka sedar aku memiliki banyak idea yang mudah dicerna dan patut dikongsi. Aku mungkin saja lebih memilih untuk bercakap. Tapi aku sedar bila kesibukan mula merampas waktu dan aku tak punya banyak masa untuk membaca apatah lagi menulis.

Aku lebih memilih untuk membuat imbasan dan mengambil isi-isi penting sahaja. Maka memang tidak mustahil aku boleh khatam novel setebal dua tiga inci dalam satu malam. Aku tinggalkan semua ayat-ayat manis persis seguni gula tertumpah. Pasti ramai penulis akan berkecil hati dan rasa kecewa kalau dia tahu ada pembaca seperti aku, terasa seperti sia-sia mereka berhempas pulas mencari ayat-ayat bunga menyedapkan ayat.

Apa pun ini bukanlah habit yang bagus. Sesungguhnya aku risau. Setiap kali aku membaca pasti ada suara dari dalam yang menjerit-jerit,

"Aishah! Jangan baca skip-skip! Baca semua itu! Baca semua!"

Dibalas lagi,

"Ah! Malas! Malas! Bukan ada point yang nak disampaikan pun"

Tengok, hati yang sombong berbisik. Astaghfirullah.

Mungkin saja kerana aku sangka banyak kerja yang perlu aku lakukan lalu mengambil mudah bab membaca. Mungkin juga aku terlupa bahaya jika berhenti membaca. Seperti terhenti segalanya. Seperti mati segalanya. Tanpa ilmu baru kita seperti berlegar dalam dunia sendiri. Mula terasa sempit lalu meronta-ronta. Terlupa punya tingkap yang memberi cahaya kerana jarang dibuka tingkap tersebut.

Sungguh aku sedar dengan membaca sepenuh jiwa akan tercerna idea yang lebih baik.
Lebih mudah untuk meluahkan dalam bentuk tulisan yang lain.
Lebih terencana idea yang dijana.
Ya! Itu yang aku mahu!

Idea yang bercampur-campur itu perlu distruktur semula.
Agar jalannya lebih terarah.
Cantik untuk dikongsi dengan khalayak.
Bukan lagi setakat berpusing di minda!

Ayuh! Semua itu harus bermula sekarang!
Jika penyakit bertangguh itu datang memang sampai sudah bertangguh-tangguh.

Rabbuna yusahhil.
May Allah bless.



2 comments:

jhnrdzi said...

Whoa, perbendahaaran kata kau macam ayat komsas ._.

HUMAIRA' said...

mesti cikgu BM aku bangga :D

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords