Sunday, November 13, 2011

my true love

‎"Tidak ada satu nikmat -selain nikmat Islam- yang lebih baik daripada nikmat memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu dapati kasih sayang antara kamu berdua, maka peganglah ia dengan erat." -Umar al-Khattab


nah. kan dah cakap.
itu cinta terhebat selepas nikmat islam.
bukanlah cinta silang jantina.
bukanlah cinta keluarga.
tapi cinta sesama sahabat.

pernah suatu ketika dinukilkan oleh ustazah maznah daud.
cinta terhebat adalah cinta oleh sahabat yang soleh.
maka jika mahu cinta sesama keluarga itu yang terhebat haruslah berlandaskan redha Allah semata. bukan setakat kerana ikatan keluarga.

rasionalnya mudah.
sahabat seringkali seseorang yang tiada ikatan keluarga dengan kita.
tapi bersahabat dengan kita ibarat kita adalah kelurganya.
bahkan seperti mencintai diri mereka sendiri!
kita sering melihat ahli keluarga yang tidak ambil peduli sesama mereka bukan?
moga dijauhkan.
tapi sahabat kita soleh sanggup berkorban apa pun.
moto mereka mudah sahaja, kerana mahu bersama ke jannah.

apa lagi motif kita berada di dunia ini?


tak tahu bagaimana nak gambarkan betapa cinta ini cinta terhebat.
ok, contoh.
saya dulu bersekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 3 di institusi yang sama.
sampai sekarang, walaupun sudah dipisahkan jarak dan masa,
dipisahkan situasi dan suasana, berbeza bidang hidup.
kami masih menjerit girang bila bersama.
kami masih merujuk sesama kami bila berhadapan sesuatu.
semacam tiada apa yang dapat pisahkan kami.

ya Allah, kau saksikan cinta kami.
redhailah kami.
hadirkan kami ke syurga tempat kemuliaanmu.

wahai sahabat pembaca,
walaupun aku tak tahu siapa yang rajin datang menjenguk ke sini.
tidak susah untuk menjadi sahabat yang soleh.
ikhlaskan lah hati bersahabat.
sentiasa beringat kepada tujuan persahabatan.
untuk redha Allah semata.



"laling, sedih.."
"aloo, nape shedeyyh ni?"

bila rasa hati terluah.
katanya mudah.

"mukmin itu kalau diuji sabar,
kalau diberi dia bersyukur"

aku tahu itu ayat skema.
tapi mudah tersentuh di hati.
apa aku kisah.
bila dah sayang semua pun boleh kan?
heu heu heu

bila terburai segala rasa hati.

"alhamdulillah, awak selesaikan masalah awak sendiri"
itu lah lumrah kehidupan"
"qiam okay?"

ops.kena check amal.
tapi mana lagi sahabat yang lebih baik?
yang mahu sahabatnya bersama melangkah ke syurga.

hoyeahhh, syurga!!

kalau lah ada pompom girl promote orang masuk syurga pun comel kan?
i got mine :)
do you have one?

"laling, jadi pompom girl mathurat and qiam kite taw"

well, mereka lah tempat aku menggedik manja.
sementara itu sahaja yang halal.
heee.

may Allah bless

2 comments:

zee said...

Akak, jadi pompom girl ma'thurat dengan qiam kita eh eh. :D

Kite rasa akak boleh la tulis cerita sweet pasal friendship. Hihi.

HUMAIRA' said...

bisa sajaaaa :D

boleh sgt kot. thts what i'm experiencing :) esok da kawin baru bleh post geli-geli lebih lagi.keke

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords