It's going to be a new start. Work on the priority. No more the 'manja' me. Roaring to me myself.
Bila disingkap kisah semalam.
Sahabat berdua itu bermatian berjuang untuk 9A. Takkan dia tidur melainkan sahabatnya juga tidur. Bila tercelik dilihat sahabatnya sedang membaca, pantas dia mencapai buku. Berjalan ke mana saja dengan buku. Paling kurang buku latih tubi untuk mengingat kembali dan membiasakan diri dengan skop soalan. Memnag semua bukunya hancur lenyur dibawa ke sana sini.
Terkadang ada aura dengki menjengah bila sahabatnya dapat markah yang lebih tinggi. Tapi dia bukan dengki membuta. Dia berguru, bertanya kepada sahabatnya. Sahabatnya juga merendah diri sudi untuk mengajar malah berbesar hati mengajar sambil memberi motivasi kalah membebel ala mak nenek.
"takde! kau tengok cane aku buat"
"haa, buat laa aku tengok ni"
Mengada sungguh nak suruh orang monitor dia. Takut ada salah yang dia tak perasan kononnya. Berdikit-dikit dia 'merangkak'. Walau sahabatnya punya pilihan untuk katakan saja,
"lembap la kau ni. aku nak buat kerja aku"
Tapi tak pernah sekali pun dia melafazkan kata-kata hina kepada sahabatnya yang banyak songeh itu.
Lebih manis, bila sebelum tidur,
"nanti kau kejut aku tau, lepas kau keluar toilet panggil aku"
"okay, then kau jadi imam qiam"
"half-half la, aku tahajud, kau taubat, hajat buat sendiri-sendiri okay"
"alrite, goodnite assalamualaikum"
Petang hari selepas tamat sesi persekolahan,
"kau turn tasmi' (memperdengarkan bacaan hafazan) bila?"
"hari ni la weh, kau tunggu kat kelas la. nanti aku datang by 3.30"
"okay, aku tunggu kau kat rusyd (nama kelas)"
"alrite, ABC singgit makcik kantin cam biasa"
Begitulah rutin harian mereka. Bila minum ABC setiap hari. Lepas musim exam terus demam. Demam berdua gitu. It's a kind of distraction. Something yang macam soothing bila makan ABC then belajar sama-sama. Forcing ourselves to finish the study by 4pm.
i wonder where i got the strength.
the strength to make sure jangan start berborak by 4pm
the strength to to mengulang hafalan sambil busy macam-macam
we are enjoying our life.
so much joy there!
"alaaa, aku nak cakap something kau ni wehhh. takpe-takpe later la aku cakap"
"haaa, alrite after 4pm"
selang beberapa minit.
"arrrgghh. lalalala"
"20 minutes more. sabar"
see. they keep supporting each other.
kadang-kadang tengah study.
ada kawan yang lain datang.
"nah echot, kak iera bagi"
sehelai cebisan kertas post-it berserta sebiji coklat hershey's nougat.
nota itu tercatat,
"man salaka toriqon fi ilm, sahallahu lahu toriqon ilal jannah"
(barangsiapa yang 'berada' di atas ilmu, dimudahkan baginya jalan ke syurga)
chaiyyookkk echottt!
love you fillah forever and ever.
can feel it?
sedang berjuang mati-matian dengan nafsu sendiri,
datang kata-kata cinta dari sahabat.
terus senyum sendiri dan bersemangat waja.
sambil berbisik dalam hati
"love you too fillah, yeah ber-semangattt!"
hari ini mereka 'melaung dari jauh.
"kite nak jadi pompom girl echot jugaakk"
"kite punnn!!"
okay, terharu.
aku tahu korang baca ni.
terima kasih sahabat.
cinta korang sampai syurga.
pinjamkan aku semangat itu.
rabbuna yusahhil
No comments:
Post a Comment