Saturday, December 17, 2011

entri jiwang serius

amaran buat yang alergi kepada fakta atau pandangan yang membuatkan anda jiwang meremang.
atau pun saja diabetes tahap tertinggi dengan kemanisan melampau.

entri ini mungkin khas buat seorang sahabat.
kerana pastinya jika aku dekat bersama kamu banyak perkara yang aku hamburkan.

"sweet je dia kejut qiam selalu"

i can sense dia sangat suka jejaka yang seorang ini.

"is it kawin is all about qiam semata?"

jangan mudah terus melabel manusia.
tak kurang juga bila sesekali dipuji lelaki-lelaki yang nampak hebat di mata.

so what kalau handsome? apa boleh buat dengan handsome?
so what kalau kaya? duit banyak sangat pun nak buat apa?
so what kalau solat lima waktu tapi panas baran?
so what kalau baca tazkirah hari-hari tapi masih tak berubah apa pun?
so what qiam sampai lebam-lebam tapi mata masih melilau melihat perempuan seksi?
so what kalau pakai serban tapi mulut tak berbudi bahasa?

pastinya ini bukanlah pandangan yang terbaik dari seorang yang belum ada pengalaman berumah tangga hatta kursus kawin pun belum lagi. cuma ada beberapa situasi yang mungkin boleh dikongsi bersama.

betul ke a wife should serve the husband devotedly?

is it all about

"abang dah makan?"

"abang nak pakai apa?"

tak kurang seperti kerja bibik. pastinya tugas seorang isteri lebih dari seorang bibik semata.atau mungkin kalau setakat nak memenuhi tuntutan si suami yang typical sebegitu boleh cipta robot yang buat rutin harian. kalau setakat kawin, seorang suami mengharapkan ada isteri yang buat kerja-kerja bibik pastinya itu bukan calon yang terbaik. paling kurang bukanlah calon pilihan saya. walaupun mungkin saya boleh buat kerja-kerja rumah dengan efisien dan masak pelbagai resepi.

perkahwinan adalah kerja membina ummah. dua jiwa dua hati yang bersatu menyemai cinta untuk membina ummah. mendidik nilai-nilai manusia, menyemai taqwa, menyubur iman, melatih sifat-sifat khalifah yang professional. biar nanti terhasilnya mukmin professional yang produktif untuk ummah dan mengangkat nilai iman dan taqwa.

seharusnya tidak wujud soal masalah berpoligami.
tidak wujud soal kawin kerana harta dan rupa.
kerana tujuan perkahwinan itu melebihi segalanya.

maka jelas perkahwinan dua jiwa dan dua hati itu kerana mereka sesama manusia. punya hati dan perasaan yang untuk dipenuhi fitrahnya. tapi jangan dilupakan juga kerana masing-masing punya akal dan kemampuan fikiran. itu istimewanya kita. adakah kehebatan akal dan kemampuan fikir seorang manusia digunakan untuk melakukan perkara-perkara rutin yang memasak, membasuh, suruh anak makan, jemput suami makan, mengemas rumah, raikan suami balik kerja dan lain-lain. itu sahaja?

dimana kita mengangkat nilai keistimewaan seorang manusia bernama isteri? apa memang bila sudah menikah maka seorang isteri itu perlu menyerahkan segala termasuk membataskan segala kemampuan berfikir dia? jadi memang betul kebanyakan wanita yang memiliki pendidikan tinggi lantaran kurangnya lelaki di institusi pengajian tinggi terus hidup sendiri kerana dia pandai? kerana lelaki hanya perlukan isteri yang membuat rutin seperti robot?

apa dapat dihasilkan ummah yang memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi , bertindak professional dan efektif serta paling penting mengangkat nilai iman dan taqwa dengan didikan seorang manusia yang bertindak seperti robot dalam rutin hariannya?

ia lebih dari itu.
lebih berganda-ganda.

saya mengidamkan suami yang boleh berkongsi buah fikiran.
memecah idea, mengkaji sesuatu perkara bersama-sama.

bukan setakat berkongsi rasa.
bukan setakat memenuhi fitrah manusia.
bukan setakat memastikan hidup selesa.

ia satu agenda membina ummah!
 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords