Saturday, November 26, 2011

pesan mak perihal anak dara

pesan mak,
perempuan itu memang 'nature'nya lembut dan manja.
jadi tak perlu nak 'show-off lembut dan manja kalian
kerana semua orang tahu tentang itu.
yang jarang berlaku, perempuan tegas bila berbicara
terutama dengan yang bukan mahramnya
thats the value in you.

pesan mak,
semua perempuan itu cantik dan menawan.
jadi tak perlu nak 'show-off kecantikan dan menawan orang,
kerana semua orang tahu tentang itu.
yang jarang berlaku, perempuan memelihara kecantikan untuk suaminya.
thats the value in you

pesan mak,
semua perempuan mampu memiliki multi-skill.
tapi kenapa harus pada soal kecantikan dan fizikal semata.
kecantikan dalaman kenapa sering ditinggalkan.

ketika mak berumur 50tahun mak berhajat untuk mengambil bidang agama.
kata mak, program orang tua-tua.
diploma executive in usuludin Universiti Malaya.
kata mak lagi, seronok dah belajar bila dah tua ni, terasa muda.
mak sambung lagi diploma executive in syariah.
mak kata, sekarang baru la aci, semua anak mak sekolah agama, mak and abah tak belajar agama secara formal pun.

sekarang mak dah seronok, ada kawan untuk berborak.
borak anak beranak bukan lagi soal isu rumah tangga, atau mungkin nasihat ibu-anak.
tetapi rakan belajar, membentuk nilai khalifah, merungkai isu ummah, berbincang soal hukum. kenapa ada perdebatan antara ulama', apa hikmah perdebatan itu, mana satu yang lebih utama, ulama' mana yang perlu dikuti.

cuma sesekali saya manja.
setiap pagi, mak akan bangun jam 5 pagi untuk solat malam.
saya tahu jadual mak.
5.30 dia mula menelaah atau baca quran.
kadang mak sengaja masuk ke bilik, baca quran di sisi saya.
saya rasa saya insan paling comel dan anak yang mak paling sayang.
berbunga-bunga rasa hati.

jadi kalau saya nak solat malam, saya akan pastikan selesai sebelum jam 5 pagi.
tak mahu kantoi dengan mak. kerana saya suka mak baca quran di sisi saya setiap pagi.
kemudian. buat-buat mengada liat bangun, dalam hati gelak sendiri.

pagi tadi kantoi.
saya bangun jam 3 pagi untuk belajar,
jam 4.30 mak menghantar text message,
"paklong meninggal, nanti ambil bas paling awal ke kuantan"
saya terkejut kerana baru minggu lepas saya ikut paklong ke KL untuk urusan perniagaannya.
terus call mak.
"mak, paklong mana ni? kan dia sihat je?"
mak balas dengan tenang dan semacam gembira suaranya.
ahh!! kantoi bangun solat malam!
saya risau saya tak boleh bermanja lagi kalau dah dapat dikesan wujud kematangan dalam diri.

mak masih lagi mengajar saya asas memasak,
dan saya develop lagi sendiri ilmu itu.
mak masih lagi mengajar saya asas penjagaan diri dan petua kesihatan,
dan saya mengkaji lagi ilmu itu.
mak masih lagi meng'update' hafalan quran saya,
dan saya juga check bacaan mak.

saya tahu mak tak mahu saya menjadi manusia yang biasa-biasa.

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords