jarang untuk saya berkongsi hal-hal peribadi secara direct.
kalau ada pun mungkin terselit di sana sini dan hanya orang-orang terdekat sahaja yang faham.
tapi kali ini macam ada kisah yang menarik untuk dikongsi dan dirungkai bersama.
mungkin petanda baik untuk mula mengarang.
p/s : sila melonjak keriangan duhai zahidah azman :)
naik bas turun situ naik train pula.
singgah sana sini.
banyak kisah yang dirungkai.
perjalanan yang gagal untuk aku jangkakan.
alhamdulillah berakhir dengan penuh hikmah dan pengajaran.
selesai urusan wajib, saya bertemu dia.
berkongsi kisah dan cerita.
melawat kenangan-kenangan silam.
berbual dengan jiran sekitar.
rumah itu pasti sudah lama ditinggalkan. kurang 2 bulan mungkin. tapi rasanya dia sudah hampir 6 bulan dia tidak menjejak kaki rumah itu. rumah yang meninggalkan seribu kenangan.
"tanah air you", saat kaki menjejak tanah.
"dulu pokok-pokok ni i tanam, dulu ni tempat i main"
"dulu belakang ni hutan, dah kena tebang dah sekarang,
sesekali ada burung kenyalang terbang ke sini"
riak wajahnya sedih meninggalkan halaman rumah itu. apa pun yang kita lalui pasti ada ujian-Nya untuk melayakkan kita jadi hamba yang bersyukur dan disayangi-Nya. kan?
"tengok, i boleh pujuk diri sendiri"
"yes, u're the superman"
bukan mudah menggagahkan hati layaknya seperti superman yang hebat dan gagah. superman itu cuma analogi menggambarkan kuatnya seseorang. mungkin subjektif bagi setiap orang. saya memilih superman kerana mudah faham dan maknanya sangat signifikan walaupun saya bukan lah peminat tegar superman.
plan untuk pulang ke shah alam terbantut bila mak ajak pulang ke seremban rumah sepupunya. mak lahir dan membesar di seremban tapi arwah atuk yang dulu bertugas sebagai pegawai polis selalu berpindah randah. yang pasti seremban adalah kampung mak yang sangat mak sayang walaupun tak nampak ciri orang negeri langsung.
"dulu depan tu semua tanah kita sha, depan ni dulu ada sawah, atok nenek kita dulu baik-baik orangnya, engkau orang anak cucu jangan la buat jahat bergaduh sana sini, buat jela baik dengan semua orang, rumah kita esok-esok itu je, berapa kaki je muat-muat masuk badan"
kisah yang menyembunyikan linangan air mata.
melihat mereka yang semakin dimamah usia buat aku rasa sayu.
di sebelah mak, aku sudah tak punya atuk dan nenek kandung.
dulu cuma sempat bermain manja dengan atuk sampai umur 12tahun.
dengan wan memang tak sempat.
kemudian ada lagi seorang nenek saudara adik nenek kandung, the only nenek saudara belah wan.
sesekali serabut otak datang menjenguk mereka di sini sangat mendamaikan.
satu-satunya kampung aku yang dikira kampung sejati.
masih ada perigi, kandang kambing, kebun-kebun sekitar.
mereka masih diselubungi sedih.
satu-satunya nenek saudara aku dah dijemput pulang.
"maklong ni dah tinggal seorang, makteh kau keje tinggal la maklong seorang. kau esok-esok datang la lagi, umur maklong pun tak tahu bila akhirnya"
rumah itu satu-satunya rumah yang aku boleh tidur tanpa kipas.
dulu selalu tidur dengan wan achik setiap kali bermalam di situ.
sebelum tidur pasti ada kisah yang comel-comel dikongsi.
wan achik kecil orangnya, simple penuh hikmah.
tak lokek senyum.
aku rasa ayat aku geli geleman.
apa pun aku rasa banyak kisah yang dirungkai dari perjalanan kali ni.
*gelinyee!
2 comments:
What else shall i say, keep on writing akak!
*pompom*
Hooyah!
can u feel mcm ade bende yg tertahan2? hahaha.
idea jiwang meremang setakat berlegar di hati je. tak mampu utk di'spill out'
*sgguh vocab aku teruk skali
Post a Comment