Saturday, June 7, 2008

saya penat.saya menangis.TAPI. tak mahu gagal

Saat manik itu mengalir deras~

Tangis mengalir kerana Ilahi
Pasti menjunjung syurga abadi
Bahagia selamanya yg kau cari
Bukan dunia destinasi
Walau perit menghijam hati
Kalimat agung-Nya terus tegak berdiri
Peranan dai’e tak pernah terhenti
Meski meredah lautan api
Nafsu berahi musuh yg pasti
Jgn biar diri dicemari
Teguhkan dirimu seteguh AISHAH SI MERAH
Tabah jiwanya diancam fitnah
Mengikat jiwa hanya pada yg Esa
AsSami’ jua sifat-Nya
Sangat dekat padamu setiap ketika
Pohonlah kekuatan dan hidayah-Nya
Agar pejal mengharung duka
Keras menghadap musuh yg nyata
Moga sabarmu menjadi punca
Tuk menjejak kaki ke syurga selamanya
La tahzan innallaha ma’aki~

Jazakillah ya ukhti~

satu harapan


30 tahun dulu
Di sebuah skola agama di utara semenanjung malaysia.
Tiap ari sebelum klas bermula~
“ zali, ari nih aku dok sblah ko. Pastikan kite dapat pegi mesir same-same”
“insya Allah~”
“pastikan kite dok sblah cam ni gak dalam kapal terbang nanti”
“Ye~ insya Allah”

Begitulah seorang sahabat yang sangat bercita-cita utk ke mesir. Sampai si Zali nih dah buhsan dah dgn ayat “ pastikan kite dok sblah cam ni gak dalam kapal terbang nanti”.
Itulah rutin harian si sahabat nih.

Namun bila keputusan exam ( pe ntah tp same level ngn SPM ) dikeluarkan

“ zali, keluarga aku susah. Aku kena tolong derg. Jadi aku terus keje sambil blaja kat maktab perguruan TAPI ko MESTI pergi mesir”
[ cite sorg ustaz time die skola sempena ma’al hijrah lps ]

Manik-manik itu terus mengalir dengan automatik. Teringat~
“ eyt, nnt kte sume ni gi same2 tau”
“awk tggu kte”
“a’ah ktorg tggu awk dlu. Smbil uh amek STAM”
“okeh2~ dok satu umah tau nnt”

Begitu berkobar-kobar semangat kami. Namun mereka kini tiada di sisi. Cukup sekadar azam yang terpahat di hati. Bila ku sampaikan kisah ini pada mereka~
“insya Allah klo tak terkeluar dar batasan-Nya Allah akan mudahkan segalanya”
“ aisha, the nearest challenge is SPM”
“yeah strike for straight A’s”
“ yeah for the sake of our ummah”
“rise up for islam”
“klo kite xdpt gi same2. kite tggu awk kt sne. Uhibbuki fillah”
“yeah~ uhibbuki kama ahbabtanillah”

[ wif mek lee.. tata luv ya~]

I'M SICK

Right now~
I have exam fever
I have hira’sick
I have ummaheadache
I have egyptpain

“ kite cam kat lembah kejahilan kak ”
“ ummah tengah sakit dik ”
“ akak tanak kuar dari sini ”
“ sape nak rawat ummah ?”
“ betul ke jiwa akak kat sini ?”
“ jiwa itu masih dalam perjalanan ”
“ tak rasa nak balik ?”
“ bumi tu sering memanggil dik ”
“ akak tak rindu ?”
“ sangat rindu tapi rindu itu perlu bermujahadah ”
“ akak tak rasa bazir masa kat sini ”
“ seorang mujahid tak buang masa dalam mujahadahnya ”
“ akak tak rasa jijik dalam kalangan kami ?”
“ biarlah akak tolong bersihkan ”
“ kenape akak sanggup duduk sini sedangkan akak ade pilihan lebih baik ”
“sebab nak capai pilihan yang terbaik, mardhatillah”

great dream = great work

Suatu ketika
Hati menetapkan untuk mencapai impian hebat
Akal mula merancang perjalanan yang lebih hebat
Jiwa bersedia dengan mozek-mozek hidup yang maha hebat
Serasa hati sering dibisik kata-kata semangat
Walau kadang rasa tak tergalas beban
Tak sanggup untuk walau buka mata di pagi hari
Berbanding dulu bangun dengan penuh semangat
Semangat dengan tarbiyah yang mencurah-curah
Memikirkan kenapa jasad masih mampu hingga kini
Masih bertahan dengan kemunkaran
Serasa dibisik satu semangat yang hebat
Untuk meruskan kerja-kerja khalifah
Kaki tetap terus melangkah
Meneruskan jejak-jejak perjuangan
Serasa diri sering ditemukan dengan situasi yang
buat rasa terfikir hikmah yang Maha Esa
Terasa hati dibisik dengan semangat yang berkobar
Tiada alasan untuk bermalasan
Buat akal terfikir tanggungjawab yang memang perlu digalas
Untuk apa hidup~?
Jika muda hanya sementara
Jika seronok tak selamanya
Jika harta tak kekal lama
Jika dugaan sering menimpa
Jika derita sahaja yang kunjung tiba
Tak lain tak bukan
Nilai hidup hanya sifar tanpa usaha seorang mujahid
Hidup bernilai bila dipenuhi dengan
Usaha di masa muda seorang mujahid
Usaha tidak leka dengan seronok seorang mujahid
Usaha tidak alpa dengan harta seorang mujahid
Usaha tidak putus asa seorang mujahid
Usaha bersabar dengan liku-liku hidup seorang mujahid
Sesungguhnya usaha itu yang dinilai di sisi-Nya bukan hasilnya
Impian besar = usaha besar
Usaha besar = korban besar

korban besar = ganjaran besar

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords