Sunday, March 16, 2008

jauh perjalanan~

Hijrah di tempat baru mengajar diri mengenal pelbagai jenis peribadi. Belajar menangani masalah umat bila hanya bergantung pada diri sendiri. Diri bertambah semangat mengkaji buku-buku fikrah, buku-buku sirah, buku-buku fiqh. Berbanding dulu lebih rajin menghadam novel-novel faisal tehrani, ramlee awang mursyid, dan brown, roald dahl, fatimah syarha atau buku-buku motivasi. Heh buku-buku fiction bulan lepas beli kat sale MPH pun tak abes bace lg. sejak bile ntah cam xde mase sgt nak ngadap buku-buku nih.Nih pun dah de org ‘book’ suh teman gi book fair nnt. Bajet nak abes bace buku-buku tuh b4 book fair kang~ ameen. Heh cite pasal buku lak.

Semangat yg berkobar ini perlukan tautan hati. Dengan harapan agar langkah tak tersasar dari landasan menuju syurga Ilahi. Ramai yang mempersoalkan hijrah kecil ini. Ramai juga yang semacam tak puas hati. Banyak sebabnya diri perlukan hijrah ini dan biarlah sebab itu menjadi rahsia buat insan-insan tertentu. Sedar tak sedar hijrah ini membawa banyak perubahan. Hijrah ini memberi booster pada diri untuk lebih memantapkan diri dari segala serbi. Bila setiap tingkah laku diperhatikan insan-insan sekeliling dan tiap yang pelik di mata mereka perlukan dalil dan hadith membuktikannya.


“boleh ke solat pkai baju yg kite dh bwak msk tandas?”
“boleh ke solat tak pkai telekung?”
“boleh ke pkai stokin ade corak?”
“boleh ke buat jemaah perempuan je dlm musolla?”[ bile laki tak buat jemaah]

Hurm~baru manusia yg lihat dah cam kna soal siasat ngn polis.Tu baru soal fiqh. Yang kite selama nih buat maksiat Allah tengok tuh cane ek? Nak gune hadith or dalil pe nak pretend perbuatan kite tuh? Hurm~think it by yourself

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords