Jumaat 24 dec 2010. Break post mortem.
Selesai bersama mi rebus dan baked macaroni.
Menghitung hari yang tujuh itu.
Semacam sedar semakin hari semakin banyak post yang mengarut.
Semacam kecelaruan fikiran mungkin.
Keperitan jiwa yang gagal diluahkan juga sangat mungkin.
Ayat bertabur.entah apa ku catatkan.
Saat ku belek catatan lama,terasa ayat-ayat dahulu lebih hebat dan mencengkam jiwa.
Ku hilang kata mungkin.
Ya.banyak yang hilang saat dia pergi.
Pergi yang ku harap kan kembali.
Semacam hilang segalanya.
Bohong pada diri sendiri yang aku kuat.
Walau sedar diri sangat lemah.
Harap jiwa ini mampu bangkit.
Ya.kita Cuma hamba yang hina lagi tak berdarjat.
Yang tak mungkin mampu untuk atur apa pun
Melainkan dengan izin-Nya.
Biarkan cinta ini berlindung di bawah naungan-Mu ya Allah.
Izinkan cinta ini bertemu dalam redha-Mu.
Ku takjub akan kuasa-Nya yang hadirkan dia dalam saat ku sangat menderita.
Saat semua yang di sekeliling aku benci semahunya.
Saat air mata semacam merutinkan diri mengalir merintih memujuk rayu hanya pada-Nya
Saat semua yang hadir tak mewujudkan apa-apa melainkan mengajarku erti sabar.
Sabar yang sangat agung. Sabar yang sangat meruntun jiwa.
Sabar yang merobek hati.sabar yang merampas segala bahagia.
Sabar yang berjaya menghancurkan impian yang tersemat tekad di hati.
Ya.kau berjaya hancurkan impian agungku.tahniah
Impian yang ku azamkan.impian yang ku tagihkan
Dan saat itu dia hadir.hadir tanpaku sedar pada awalnya
Untuk apa dia hadir.hadir dengan seribu perbezaan.
Perbezaan yang membentuk kesempurnaan.
Perbezaan yang membawakan ku impian baru.
Bangkit dari silam yang pedih.
Bangkit menyedari diri masih punya potensi.
Bersama harungi hidup dalam memahami perbezaan.
Bersama membentuk kesempurnaan.
Bersama memahami erti iman.
Itu tarbiyah kita bersama.
Ku bangga dengan perbezaan itu.
Tak pernah ku sesalkan.
Perbezaan yang banyak mengajarku dalam lembut didikannya.
Perbezaan yang mesra dalam sentuhan akalnya.
Perbezaan yang tak pernah dia banggakan.
Malah rendah diri untuk dikongsikan.
Rendah diri bertanyakan yang benar.
Mungkin kerana kehendak diri yang sangat agungkan ilmu dan iman.
Bukan harta dan rupa.
Ya Allah ya Rabb,pemilik segala hati,
Yang membolak balikkan jiwa-jiwa.
Kuatkan jiwa-jiwa ini.
Teguhkan jiwa-jiwa ini dalam mengembara untuk redhaMu.
Kurniakan yang terbaik buat jiwa-jiwa ini.
Kau yang maha mengetahui segala sesuatu.
Hanya padaMu ku pohonkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ameen.
Post a Comment