Friday, April 15, 2011

it's a battle!

Yeah. battle of haq and batil

Perang jiwa.

Perang nafsu.

Perang masa.

Itu peperangan saya.

Saya juga muda belia remaja.

Juga punya gelojak perasaan.

Juga punya nafsu.

Juga berlari sana-sini mengejar masa.

Saya hanya cuba sehabis baik untuk berbakti.

Menabur apa yang boleh ditabur.

Berkongsi apa yang boleh dikongsi.


Terima kasih teman.

Teman-teman yang memahami.

Jauh dan dekat.

Kerana kau teman sahaja yang memahami.

Kerana kita bersama punya cita yang besar.

Jawatan besar yang dikongsi bersama.

As khalifah dan hamba.


Dan di saat ku jatuh,


“hailaaa.i just found life is not interesting at all”

“lol.baru tahu ke dik?”

“damn.jom mati beramai-ramai”

“no can do la dik.even banyak yang tak menarik tapi banyak perkara yang perlu dibuat”


Yeah! Banyak perkara yang perlu dibuat.


Tugas as khalifah itu lebih besar dari kecewanya seorang kekasih.

Tugas as hamba DIA yang MAHA AGUNG itu lebih besar dari tugasan assignment seorang student.

Impian aku melebihi dan menjangkau segenap aspek hidup.

Moga di setiap langkah hidup ini akhirnya membentuk impian besar yang ku cita-citakan

Ku tahu ku lemah.

Ku tahu ku hina.

Tapi ku tahu DIA sayang aku.

Tapi ku tahu DIA tak pernah tipu aku.

Tak pernah curang.

Tak pernah dusta.

DIA akan bantu jika berada di jalan DIA.

Apa lagi yang manusia mahu selain pimpinan suci dari DIA

Yang akhirnya tempat pengakhiran kita.

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords