Wednesday, May 18, 2011

baki bercuti.

mencari bahagia dalam kesempitan dan keperitan bukan mudah.
harus ditetapkan dalam hati
bahawa hidup ini tidak ada yang mudah
hidup ini memang sentiasa perit.
jadi.
seharusnya hadapilah ia dengan cara yang terbaik.
tak perlu diletak tension itu fokus utama.
apa kesudahan kita nanti?
hidup yang penuh tensi semata?
hanya kerana hidup ini tidak ada yang mudah.
biarpun berat dan pedih
sentiasalah positif
sentiasa senyum
sentiasa yakin bahawa kita punya DIA yang maha kuasa
kita punya Allah kekasih awal dan akhir
kita punya Allah yang kenali kita di segenap denyutan nafas.
mengapa perlu cari yang lain kan?

fokus pada yang hak milik mutlak kita.
pada keluarga.
pada sahabat handai.
yang kemudian itu biar kemudian
pastinya akan disusuli nanti beriringan dengan waktu.
pasti.
usahanya pada diri kita.
seharusnya kita menjadi yang terbaik.
agar berjaya miliki yang terbaik.

okayy, sudah sedikit muhasabah.
cuti sebulan.
seminggu rehat+berkemas
seminggu brainstorming
dua minggu melunaskan hak sahabat dan sesama insan.

ustaz saya dalam keadaan tenat.
mohon didoakan beliau.
sakit buah pinggang+paru2+jantung
harap masih ada hari esok untuk bertemu beliau
harap masih berpeluang membacakan yasin agar dipermudahkan segalanya.

cuti ini penuh makna.
satu tempoh pencarian diri saya kira.
mengumpul kekuatan dari jiwa-jiwa mereka.

apa mungkin angka dua puluh itu berjaya mematangkan saya.
dengan ugutan demi ugutan dari ibu tercinta.
yang saya kira ugutan kerana sudah disoal tentang baitul muslim.
saya kira tidak perlu baitul muslim yang mematangkan kita.
kerja harian yang memerlukan konsentrasi lebih.
yang memerlukan fokus lebih.
yang memaksa saya untuk berkomunikasi dengan manusia-manusia serius
dengan masalah-masalah serius.
lalu saya jadi serius.
apa begitu alasannya?
mungkin.
ya, mungkin

p/s : natijah imtihan bakal menjelma.mohon yang terbaik dari-Nya

1 comment:

The Forsaken said...

XD haha menjadi lebih serious in life. nmpak sgt byk maen2 :p

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords