Saturday, May 28, 2011

filling the blank.

alhamdulillah,praise the most for HIM.

nak tau something tak?
jeng..jeng..

sometimes, bila hati kita sedih kita nampak semuanya buruk.
kan.kan?
baik ngaku~

tapi pernah tak tengah-tengah sedih ni,
tiba-tiba datang orang yang perlukan bantuan kita.
maka orang-orang yang baik hati dan berbudi pekerti
akan menghulurkan bantuan.
walaupun diri sendiri dalam kesusahan sebenarnya.

tak tolong tak sampai hati.
maka disampaikan juga hati itu.hee
dengan menolongnya.

percaya atau tidak kita akan berasa lega dan bahagia
kerana dapat menolong orang.
tak percaya cuba buat :D

sekurang-kurangnya kita dapat meringankan masalah kita
sebab tahu ada orang yang lagi susah.

ayah saya pesan,
"carilah pengalaman merasa yang susah, biar tahu erti susah dan usaha gigih"
adakah kerana saya manja sangat?
takkan? :P

hidup ini sentiasa ada turun dan naiknya.
tak rugi apa-apa pun tolong orang.
kerana apa yang kita miliki adalah milik DIA.
tak payah nak tamak layan seorang je.
cuba share-share dengan orang lain.
lagi Allah tambah tau!

buat baik tak pernah rugi la.
sabar tak pernah rugi.
sedekah tak pernah rugi.
senyum tak pernah rugi.
yang baik-baik semua tak pernah rugi.

kita je selalu merugikan diri sendiri
dengan melepakan peluang-peluang menambah keuntungan pada diri sendiri.
hurm.

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords