Harus bertindak jujur dan menjadi diri sendiri.
Yeah.ayuh.
Rindu rutin dahulu
5.00am : bangun, mandi, iron baju,*sambil tunggu queue mandi n iron review subject
5.40am : qiam at least 2 rakaat + ulang hafazan
6.00am : subuh +mathurat
6.30am : breakfast *kalau puasa ulang hafazan
7.00am : masuk kelas, duty kebersihan or review subject
7.20am : assembly
7.45am : start class
10.30am : break (makan sambil review subject+borak+appointment)
11.00am : class
2.30pm : zohor+lunch (sambil review subject)
3.30pm : review subject+homework+exercise
4.30pm : asar + tazkirah dorm (kalau belum masuk waktu lelap kejap)
5.30pm : komander’s /lepak+borak+appointment+review subject
6.30pm : bergerak ke musolla+ulang hafazan+review subject
7.00pm : maghrib+mathurat+zikir+hafazan+sesi luahan perasaan *where the shoulder to lean on is always there
8.15pm : prep
10.30pm : isya’
11.00pm : meeting
11.30pm : balik dorm+review subject+plan hari esok+check plan
12.30am : tidur
Saya tak letih dengan rutin itu.
Cuma di hujung minggu saya melepas rehat dan tidur selepas brunch hingga zohor.
Saya gembira dan merasa kepuasan sejati dengan apa yang saya kecapi.
Saya punya result akademik yang bagus.top5 kelas.top10 batch
Saya seronok ke meeting jawatan2 yang saya diamanahkan.tak rasa terpaksa
Saya sihat sejahtera dengan berat yang ideal dan pemakanan yang seimbang.
Saya punya ramai sahabat dari berbilang umur dan latar belakang.
Jangan pelik kalau saya punya sahabat baik 3,4 tahun lebih tua.
Jangan pelik juga jika saya boleh jumpa di mana-mana sahaja sahabat saya.
Jangan pelik kerana saya mampu berjaya tanpa seorang lelaki ajnabi bernama kekasih.
I just stand on myself beside HIM the almighty and supported by my fellow friends.
mahu kembali.
Mungkin kerana bila keluar dari biah (surrounding) tersebut,
Dan takdirnya saya tercampak ke tempat yang memaksa saya untuk lebih fleksible.
Tidak boleh terlalu tegas.
Tidak boleh sesuka hati nak tiup wisel sebut, “skuad, exercise sedia mula!”
Apa kau ingat kau kutuk-kutuk aku, aku bagi muka ke ha!
Memang tak la.
Alhamdulillah saya berjaya menahan diri dari terbawa-bawa dengan habit lama.
menjadi lebih lembut.
Tidak segarang dahulu.
Mahunya satu sekolah atau mungkin juga setiap manusia yang saya jumpa dapat debik satu.
Yeah.dunia memang berbeza.
Harus bertindak berpandukan akal dan iman.
Manusia sering malas berfikir.
Yang ruginya manusia itu.
Maka terpulanglah.
Saat saya terlena atau terbuai mungkin.
Sering diri sendiri mengingatkan bahawa,
Jika kau leka bergurau dengan waktu ketahuilah ramai insan lain sudah mengatasimu.
Dimana diriku saat itu?
Apa kau mahu sumbang yang kecil-kecil saja untuk ummah?
Apa kau tahu yang kecil-kecil melembapkan perjalanan kejayaan ummah?
Apa guna orang yang dididik penuh hebat mensia-siakan diri sebegini rupa?
Aku sedar aku cuma insan biasa.
Tapi sudah dididik penuh luar biasa.
Apa ku mahu mensia-siakan semua itu?
Bukan yuran RM400 sebulan yang ku hiraukan.
Bukan bangga bersama mereka yang bersekolah di sekolah RM400 sebulan.
Bukan itu.
Tak tahu pun yuran sekolah lain.
Tak pernah sangka kebanyakan orang bersekolah yang yuran RM250 setahun!
Serius tak tahu.
Tapi kerana waktu yang sangat berharga.
Waktu yang tak mungkin berpatah balik.
Bodoh dan sial lah diriku andai mahu berdegil untuk membazirkan usaha gigihku selama ini.
Hurm.
Hakikatnya aku yang sekarang sudah banyak di’alter’ berpandukan keadaan.
walau dalam diri masih diri yang sama.
Itu sebab sering jiwa ini menjerit dan meronta.
Kerana itu bukan dirinya yang sebenar.
Bukan dirinya yang sebenar.
Kalau dulu bila tengok orang buat dosa,
Memang rasa nak hampuk n sembelih orang tu
Sebab rasa pembuat dosa ni sangatlah bongkak n berlagak nak mampus buat dosa di bumi tuhan.
Teringat satu pesanan mantan seorang pemimpin pelajar ketika jamuan kepimpinan,
“semua manusia lemah dan mesti akan melakukan dosa, tapi ingatlah pembuat dosa yang terbaik adalah yang paling banyak bertaubat”
Sungguh aku blur saat itu.
Apa bodoh sangat semua manusia nak buat dosa ni.
Gile bajet diri macam perfect sangat je kan?
Dalam hati,
“ouhhh mungkin dosa yang kecil2, seperti masuk tandas tak baca doa”
Gile suci otak.serius suci masa ni banyak perkataan carut pelik-pelik n lucah yang tak tahu.nak kata suci gile tu.
Tapi bila berhadapan dengan reality dunia yang maha hebat.
Seperti pesan seorang ustazah,
“mualimah tahu dunia kamu hari ini sangat hebat, untuk menjaga diri sendiri sahaja sudah sangat mencabar,iye sangat hebat. Mualimah kasihan dengan kamu semua”
beliau bercakap dengan linangan air mata.
Betapa beliau merisaukan dunia kami belia remaja.
Tapi itulah reality
“tapi hakikatnya mualimah pun tak mampu nak buat apa. Yang penting kamu harus teguh di jalan Allah. Janji dengan mualimah kamu akan berusaha teguh dan thabat walau dengan apa jalan sekalipun”
Ya itu hakikatnya.
Sungguh manusia yang bergaul itu lebih baik dari mereka yang menyendiri.
Tapi harus kuat, gagah perkasa untuk terus teguh.
Sungguh setiap nafas di jalan-Nya itu punya ganjaran tersendiri untuk kita.
No comments:
Post a Comment