banyak betul krisis sekarang ni.
yang jelas krisis ekonomi.
sungguh tak bahagia tanpa ekonomi yang bagus.
nak makan di segamat je pun dah kena berkira-kira dalam kepala.
segamat bukan lah bandar sangat.
ala-ala hutan belantara gitu.
tapi gerai makan yang cikai je pun harga nak standard shah alam.
siapa yang guna PTPTN,
belum apa-apa lagi dah ada hutang.
nanti dah grade, nak beli rumah, kereta.
nak kawin lagi.
kesian bakal suami saya :P
sila berjimat cermat ya kawan-kawan.
buat adik-adik junior,
akak pesan betul-betul ni,
jangan excited sangat dengan duit PTPTN tu.
hujung sem nanti semput-semput je.
semacam ada sesuatu.
menekan manusia dengan ekonomi?
manusia sanggup buat apa sahaja untuk makan.
bahaya betul.
minggu pertama tamat sudah.
lecturer best.
dapat kerja grouping member best.
meeting tiap malam pun best.enjoy je
sibuk sedikit mungkin.
better dari gangguan jiwa+perasaan yang pelik-pelik kan? hehe.
saya sering mendapat mimpi indah :)
cuma sehari dua ni sakit di sana sini sedikit.
menyampah je sakit gedik-gedik nak datang.
tidur berpeluh-peluh menahan sakit.
rindu 5761.
dalam doa ku pohon.
2 comments:
dpt ptptn ke?
tak pong.
Post a Comment