Sunday, July 24, 2011

kisah yang mak excited sangat.

a few days back ada program apa entah.
dan emak saya pulang dan bersemangat waja untuk bercerita.

*mak saya memang teruja bercerita tiap kali balik dari program pengisian.
tapi kisah-kisah peribadi orang lain dia sangat benci.

on the phone.

"ha! yeke! awak tak tahu ke? kan dia tu memang macam tu"

datang tangan mak cubit.

ya.mak sangat tak suka gosip tah-apa-apa.

okeyy, kisah yang mak teruja sangat tu adalah

ada dua orang lelaki.
satu si nelayan dan satu si cikgu.
keduanya mahu ke seberang sungai.
si nelayan mahu pergi ke jeti seberang dan si cikgu mahu mengajar di seberang.
maka berangkatlah mereka menaiki sampan.

tiba-tiba.
kata si cikgu, "wahai nelayan, kamu pandai membaca?"
"saya tidak pandai membaca cikgu" jawap nelayan tadi.
"oh, maka kamu telah sebahagian dari hidupmu"

tanya si cikgu lagi, "kamu punya wang banyak?"
dengan rendah diri nelayan menjawap,
"saya cuma peroleh keping-keping wang syiling dan jarang sekali wang kertas"
"maka kamu telah hilang sebahagian lagi dari hidupmu" perlekeh si cikgu.

tiba-tiba di pertengahan sungai
sampan yang dinaiki mereka bocor dan dimasuki air.

nelayan bertanya, "cikgu pandai berenang?"
dengan penuh gelisah dia menjawap, "tidak saya tidak pandai berenang"
"oh maka kamu akan kehilangan seluruh hidupmu"

=.=

siapa pun kamu.
tiada yang sempurna atau yang lebih hebat.

kita hidup saling memerlukan bukan?
 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords