Saturday, July 9, 2011

sambungan 18SG.

jom la sambung cerita.haha

then kitorg pun jalan la bawah ular yang tgh bergayut terjuntai kat pokok tu.
at last lepas la dari ular tu.
alhamdulillah.

then macam-macam la kitorg jumpa.
lubuk pacat and lintah :)

pesan saya pada member,
jangan duk belek-belek badan korg time trekking ni.
gatal ke apa, rasa pelik ke ape biar je dulu.
kau nak belek nanti jumpa benda pelik-pelik kang berjoget kat tengah hutan ni
bukan boleh buat apa.
nak belek nanti dah sampai toilet ke camp site ke.

*tahukah anda kalau pacat atau lintah tak puas hisap darah kita
dia akan meninggalkan kesan luka yang tidak berhenti darah mengalir.
dan parut yang sangat gatal hingga berbulan-bulan.

so kitorg pun teruskan perjalanan hingga ke muara sungai.
sampai tepi pantai.
laluan ke teluk camp site kami kena rentas laut or redah hutan balik.
nak jadi kisah kami pilih jalan laut.
memang hebat kami semua nak berenang kann.
ada la sorg dua yang berjaya berenang.
yang selebihnya termasuk saya,
pegang tangan ramai-ramai masuk dalam air.

sekali ombak datang.
dush.
semua tenggelam.
nak timbul balik orang kiri kanan saling tarik-tarik.
a'ah memang best gila telan air laut banyak-banyak sampai kenyang.
sampai muntah-muntah.

at last kami yang dari golongan tinggi lampai *dulu jela* berjaya timbul.
tinggal la seorang kawan kitorg yang tak berjaya mendarat lagi.
lantaran ketidakcukupan tingginya.huhu

kami yang lain tercungap-cungap di tepi batu-batu.
muntah mengeluarkan segala air masin yang masuk ke anak tekak.
semua orang dah tak mampu nak tolong kawan kecik kami tu.

at last datang la sorg hero.
menghulur bantuan.
dia hulur batang kayu entah celah mana dia jumpa.
hulur kat si kecik then dia capai then tarik sampai tebing.

berjayalah dia mendarat.
alhamdulillah.

belum lagi kisah yang jatuh gaung patah gigi.
memang tragis gila.

haihhh.anak sapa la ni main ganas sangat ni.
tak rupa anak perempuan dah gamaknya.

solat tengah hutan dengan air wuduk satu group satu botol.
tidur malam dengan full uniform.
solat tepi pantai tanpa alas.
rasa gila kepentingan solat tu walau di mana jua.

redah selut paras dagu.
lompat bintang 1000kali.
kena rendam dalam kolam udang.

badan dah tough gila kot.
tapi masih maintain ayu and comel selalu.hehe

anyway, pengalaman banyak bagi pengajaran kat kita.
how to work in a group.
build your leadership.
overcome the fear.
build your confident.
how to deliver the task.
how to differ the priority.
most important, how to be creative and be independent.
banyak lagi la kann.

camping bukan cikai-cikai weh.
siap ada task jaga barang amanah tu biasala kan.
telur mentah la, daun la, biskut hup seng la.
yang mencabar, kena bangun qiamulail.
kena hafal satu surah.
yang ingat sepanjang camping surah yang kena hafal,
al-fath, al-hujurat, as-soff, and lain-lain.
for your information semua aktiviti ganas-ganas ni,
our uniform are tudung labuh, tshirt labuh.
smart je semua orang.nanti upload pic eh.
cool huh?

they teach us how to bring your iman every where you go.
bukan letak iman dalam masjid atau tinggal kat sejadah je.

and sekarang paling penting macam mana nak istiqamah dengan semua ni?
hurm.
tahan lasak dan kuat iman!


No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords