Tuesday, August 23, 2011

the love : pernikahan itu.


lagi dari myilham :)


Malam tadi berbincang satu topik dengan isteri. Sambil menikmati jus tembikai di Gourmet ( sebuah kedai jus buah di Irbid ) dan menikmati detik-detik yang ada sebelum berpantang – dia menimbulkan satu persoala

n yang agak menarik untuk difikirkan. Bagaimana untuk meyakinkan orang bahawa berkahwin tanpa bercinta itu tidak terdedah kepada risiko berupa penyesalan, berubah hati, jatuh hati pada orang lain dan sebagainya.

Logiknya, membuat keputusan tanpa ada rasa cinta itu suatu yang berat untuk diterima, lebih-lebih lagi di zaman ini. Kalau boleh, biarlah betul-betul kenal luar dan dalam, ada hubungan dulu untuk beberapa lama. Setelah beroleh ketetapan hati barulah berkahwin. Kalau tanpa kenal mendalam dan tanpa timbul rasa cinta, agak mustahil untuk bernikah seperti praktikalnya generasi datuk nenek kita dahulu.

Lalu pada saya, sebenarnya orang berkahwin itu boleh dikategorikan kepada dua.

Pertama : Orang yang berkahwin kerana mahukan si dia

Mereka bercinta, mereka saling memerlukan, mereka yakin dengan kasih sayang dan kesetiaan masing-masing lalu mereka simpulkan kesemua itu dalam ikatan perkahwinan. Pada si lelaki, tidak ada lagi wanita lain dalam hidupnya. Dari zaman bercouple lagi, wanita itulah satu-satunya insan yang dia sayang dan berikan kesetiaan. Janji-janji untuk sehidup semati tidak pernah jemu dilafazkan.

Kedua : Orang yang berkahwin kerana agama

Lebih tepat, dia memang berkahwin kerana mahukan perkahwinan itu sendiri. Dia mahu menjaga diri, maruah dan agamanya dari terjebak dengan dosa. Dalam masa yang sama, dia tidak bermain cinta dengan sesiapa, dan bakal isterinya juga tidak dikenali sebagaimana layaknya orang bercinta. Dia bertekad untuk bercinta selepas berkahwin.

KEUNTUNGAN

Di sekeliling kita, filem, drama dan novel semuanya menggambarkan bahawa situasi pert

ama lebih memberi keuntungan untuk kebahagiaan masa hadapan. Mulakan dengan cinta dan berkahwin kerana cinta. Itu yang ditonjolkan sebagai jaminan kebahagiaan sampai tua.

Adapun situasi kedua, kerapkali dimomokkan dengan kemungkinan-kemungkinan buruk. Contohnya, si isteri nanti terpaksa memendam rasa apabila si suami tidak mencintainya, ataupun rasa cinta si suami lambat untuk timbul. Begitu juga sebaliknya. Berkahwin kerana bukan mahukan dia, tetapi kerana mahu mengelak dari terjebak dengan dosa. Lalu dia menjadi kambing hitam dalam perkahwinan. Sudahnya, digambarkan keadaan yang berakhir dengan penderitaan ataupun penindasan.

Akhirnya, situasi kedua tidak menjadi pilihan dan situasi pertama terus menerus dijadikan amalan.

HAKIKAT NIKAH

Sebenarnya, sekali pandang memanglah nampaknya berkahwin dengan cinta atau berkahwin kerana mahu dapatkan si dia itu seolah lebih relevan. Tetapi sebenarnya tidak. Kadang kala, keindahan itu mainan syaitan yang mengaburi pandangan mata hati kita. Bukan bermaksud tidak boleh berkahwin kerana cintakan si dia, tetapi tidak boleh berkahwin semata-mata kerana mahukan dia dan mengenepikan aspek-aspek lain terutama agama. Begitu juga, tidak boleh bermain cinta sebelum berkahwin kerana ia dilarang oleh agama.

Pilihan terbaik adalah bercinta selepas berkahwin.

Saya akui, masih ramai yang tidak yakin dengan cinta selepas kahwin, ataupun berkahwin semata-mata agama dan bukan atas dasar cinta mencintai. Tetapi hakikatnya, itulah pilihan yang paling baik. Bagaimana?

Anda menikahi dia kerana satu sebab yang jelas, iaitu mendahulukan agama. Bermakna, anda menikahi dia kerana agama dalam dirinya, dan anda yakin bahawa kerana agama itu anda akan beroleh bahagia. Begitu juga dengan dia. Maka perkahwinan anda itu adalah di atas titik yang jelas. Setelah bernikah, barulah masing-ma

sing mendalami pasangan. Dari situlah, semakin lama semakin timbul rasa cinta.

Banyak cinta sejati, lahirnya dari tanggungjawab.

Banyak cinta sejati, lahirnya dari rasa hormat.

Banyak cinta sejati, lahirnya dari pengorbanan.

Kesemua proses itu berlaku di alam rumahtangga. Ia tidak berlaku di alam percintaan yang penuh riang ria.

Maka rasa cinta itu hadir dengan proses yang bersih dan suci, tanpa sedikit pun terpalit dosa. Dari situlah lahirnya rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

RISIKO

Pernikahan mana yang tidak ada risiko? Perkahwinan mana yang tidak bertemu susah dan payah?

Kalau risiko hati akan beralih arah, situasi pertama dan kedua mempunyai potensi yang sama

. Tetapi kelebihan lebih berpihak kepada situasi kedua, kerana mereka mengikat kebahagiaan itu dengan redha Allah. Mereka mendahulukan agama dan kepentingannya berbanding diri masing-masing. Justeru kalau bahagia mereka bersyukur dan kalau ditimpa susah mereka bersabar.

Namun kalau nikah hanya semata-mata rasa cinta atau pemujaan kepada si dia, berkemungkinan perasaan itu makin lama makin menghilang, apatah lagi jika tidak ditambat dengan pergantungan kepada Allah. Apatah lagi jika tidak memberi ruang dan keutamaan untuk agama. Jika nikah hanya disandarkan kepada rasa cinta semata-mata, maka lebih mudahlah pernikahan itu diganggu gugat oleh syaitan dan sekutunya.

NIKAHLAH KERANA AGAMA

Saya akui, salah satu cabaran paling besar bagi orang yang mahu bernikah kerana agama, ata

u bercinta selepas berkahwin ini, adalah dugaan dan cabaran di awal-awal pernikahan. Mereka akan berhadapan dengan beberapa keadaan rumit dalam proses mengenali antara satu sama lain. Tetapi kebiasaannya, pasangan seperti ini dapat mendepani cabaran tersebut dengan penuh kesabaran dan ketabahan, meskipun masing-masing belum merasa cinta antara satu sama lain. Tetapi mereka membina rasa itu dengan penuh taqwa. Mereka kembali kepada matlamat dan tujuan mereka berkahwin kerana Allah, demi agama, dan bukannya untuk memuja manusia.

Lalu niat dan tekad itu menjadi benteng daripada serangan syaitan, yang sememangnya mahu meruntuhkan rumahtangga mereka.

Adapun pasangan yang bernikah hanya kerana rasa mahu memiliki dan didorong oleh perasaan yang dinamakan cinta, maka cabaran di hari-hari awal perkahwinan kebiasaannya sukar ditempuhi dengan baik. Masing-masing cenderung menyalahkan antara satu sama lain. Lebih parah, apabila ‘warna’ sebenar pasangan masing-masing

mula kelihatan selepas bergelar suami atau isteri. Segala yang indah sangat cepat menjadi pudar.

Maka bernikahlah atas dasar agama.

Jika menikah atas dasar agama dengan orang yang sudah dikenali atau dicintai, maka itu boleh dianggap bonus.

Tetapi jika tidak dikenali atau belum dicintai, usah khuatir kerana jika agama menjadi pilihan, in

syaAllah perasaan cinta itu akan hadir selepas anda bernikah nanti, kerana sesungguhnya yang memberi cinta itu adalah DIA dan bukannya dia.


berapa ramai antara kita yang fikir soal ni?

shot by angah and abg farouq.


"rindu nak buat kerja kawin!" -girls talk

No comments:

 
to the fullest of life. - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords